Tuesday, March 15, 2022

Sanitise pejabat dek penangan Omicron

 


Bilik Timbalan Pengarah

Assalamualaikum,

Hah tu dia tahun ni je dah masuk kali ke 3 opis kita orang kena sanitise. Big Boss pun dah pening kepala bila satu-satu staff maklum kat dia tak sihat dan tiba-tiba bila buat test kendiri hah poitif covid 19.  Yang serba salah tu sebab kene maklum kat Pengarah. Hah apa lagi lah Pengarah pun sound baik punya  awat lah staff kami ramai yang kena. Tak ikut SOP ke atau pun rajin yang ke sana ke sini. Alahaiiiiii pengarah kalau jaga SOP pun kalau ada yang di jangkiti dari sekolah anaklah, dari husband lah dari wife lah.....hah camno. Kita orang tepis - tepis tapi kalau Allah nak bagi hah kena redho le. Bukannya kuman tu nampak. Kalau nampak hah dah jauh kami larikan diri.

Kita orang pun suspen je bila dalam whatsapp pejabat up satu demi satu nama naik confirm positif. Suspen sebab eh kita contact rapat ke dengan dia. Walaupun contact rapat dah tak payah kurantine kat rumah lagi seperti sebelum ni tapi masing-masing pun risau takut di jangkiti.

Apa lagi bila bahagian hadapan satu barisan seorang demi seorang confirm positif. Lepas tu menyerang pulak bilik statistik. Lepas bahagian depan dah habis kurantine bahagian belakang pulak yang kena. 

Dan minggu lepas hari khamis, Linda pagi-pagi datang kerja. Lepas tu katanya tak sihat dan pergi klinik. Sekali tengahari dengarnya confirm positif. Yang kami pulak tak tahu kalau Linda confirm positif sebab tiba-tiba kumpulan yang buat sanitise kat pejabat datang satu rombongan berbaju putih. Hish seram je tenguk. hehehehe Masa depa datang tu kita orang tertanya-tanya lah eh opis kena sanitise ke. Sapa pulak yang confirm poitif ni. Masing-masing terkejut lah dan masa tu juga baru tahu kalau Linda positif. Oleh kerana datang pejabat paginya jadi satu pejabat kena sanitise. 

Pertama kali opis kena sanitise masa geng kursus kat Mimos kena. Lepas tu kali ke dua buat pagi petang masuk pejabat, aku terus ambil cuti sebab tak berbaloi datang tengahari, lepas tu cari parking pun jenuh. Baru buat kerja sikit dah nak balik jadi terus EL lah. Dan ni kali ke 3 belah petang.



Bilik mesyuarat


Ni pula bahagian hadapan. Mula-mula CC, lepas tu jiran sebelah encik Rosli lepas tu jiran sebelah Kak Adah. Yang hujung nurul dah kena sebelum ni jangkit dari suami ke anak dia. Yang belakang hujung sini ayu dengan hujung sana Mek Za dah kena masa kami bengkel kat Mimos bulan 1. Hanya Ammar dan Irah je belum tewas. Mudahan takle. Kalau kena emm habis le....2 baris ni dengan  8 orang dah kena tembak oleh Omicron.


                     Dari bahagian hadapan ke bahagian belakang.


Ni bahagian belakang.... tempat aku kerja



Bilik Dr Noriza dan Dr Shahidah


Ni bilik GIS pula.

Masa dapat makluman semua staff balik sebab pejabat kena sanitise....hah apa lagi semua pun balik le rumah. Takkan nak tunggu pejabat sampai selesai sanitise. Ambil masa juga.

Tapi tu lah bila kena kali ke 3 ni Pengarah macam tak suka sebab dek kerana Covid 19 banyak kerja tertangguh. Apa lagi bila satu demi satu staff tumbang. Tu pun kalau nak kerja di rumah pun kena perkenan dari Pengarah kalau tak sesuai dicadangkan ambil cuti rehat. emm sian juga bagi mereka yang anak-anak kena duduk di rumah bila sekolah dan taska di tutup. Siapa nak jaga anak-anak jadi mak atau bapa yang kena gelir jaga anak. 

Apa pun emmm kena jaga SOP ketat-ketat ni.....sebab dah banyak yang dah kena dek virus Omicron ni. Semuga ianya terhapus dengan segera di muka bumi Malaysia dan dunia. Aamiin Aamiin


12 comments:

  1. samalah di sini, lepas seorang2 officemate positif covid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. omicron cepat berjangkit tapi simptom tak teruk macam delta. Semuga opis nohas nyah dari kuman Covid 19

      Delete
  2. alamak..kalau Pengarah tak kasi ke sana ke sini, takkanla nak berkurung saja di rumah? Teringat entry akak yang cluster lamb chop

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU lah pasal. Sekarang pulak dah macam longgar sikit dari segi qurantine. Contact rapat dah tak yah qurantine kecuali kalau ada gejala. tak tak yah pakai gelang pink pun. Jadi orang ambil mudah.

      Delete
  3. Dua tahun lamanya kita bertabah... sampai sekarang masih takut, ya Allah!
    Saya pun tawakal saja kalau kena bertugas di sekolah walaupun sekarang masih cuti sekolah. Maklumlah kena jaga budak-budak SPM. Tak tahulah nak kata apa, bila ada calon-calon yang positif, terpaksa tangguh ambil exam bulan April.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga amie dan keluarga di lindungi. Tenguk kes hari tu sabah tinggi juga. Selangor ni memang champion. entah bila lah nak habis benda ala ni. Kesian budak-budak SPM kan.

      Delete
  4. serangan omicron sukar nak tepis puasla asyik nk kena sanitise selalu kalau ofis r rumah tempat kegiatan penggiatnya dijangkiti. tapi tetap terpaksa dibuat juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis. Tak kena boleh lah cakap suruh buat itu buat ini. Habis tu kalau dah nak kena walau bagaimana SOP pun di buat hah camno tu.

      Delete
  5. bukan kita boleh pilih2 nak ambik ke tak virus Omicron ni kan..
    dia sangkut taknak lepas.

    cakap ngan pengarah tu..."tak percaya pada qada & qadar" ke?? ahakssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ammi.... nak cakap macam tu dengan pengarah huh nanti di kata sapa lagi pandai dia kan Doktor mesti lebih tahu

      Delete
  6. salam....rupanya ada jugak sama tahap pemikiran mcm pengarah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah pengarah memang mempunyai pemikiran yang sama jika mereka tidak kena virus Covid 19. Kalau dah terkena hah baru tahu macamana staff bawahan nya menghadapi musibah.

      Delete