Monday, June 13, 2022

Hari Penderma Darah Sedunia




Assalamualaikum,
Selama 6 tahun aku jaga data Bloodbank hari ni baru aku tahu rupanya hari ni Hari Penderma  Darah Sedunia. Alahaiiii loratnya aku ni....hehehehe



Setiap tahun, 14 Jun diisytiharkan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


Ini bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.

Tema tahun ini adalah ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’

Terima kasih penderma darah  A , B , AB dan O

Penderma darah merupakan wira kepada semua kerana 1beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Wow begitu berharganya darah yang pihak penderma dermakan. Jadi sesiapa boleh sahaja menjadi wira dengan menderma darah mereka. Hah apa lagi pi le derma darah . Jom jom jom. Jom Derma Darah



8 comments:

  1. oo..baru tahu jg..selama hidup ni, baru 2 kali derma darah..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang dalam KKm pun baru le tahu...sebab banyak sangat hari yang kena di ingati sampai tak boleh ingat. hehehe

      Delete
  2. banyak sangat 'hari', sampai tak tau dah. selamat menderma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tenguk diari KKM memang sepanjang tahun macam-macam hari sampaikan tak tahu hari apa da....hehehe

      Delete
  3. HARI MERAIKAN PENDERMA DARAH YG BAIK BUDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan begitu berharganya darah yang di dermakan.

      Delete
  4. Belum pernah derma darah.
    Zaman di kampus dulu nak derma darah tapi petugas KKM kata darah saya tak cukup untuk didermakan.
    Sampai sekarang tak berani nak cuba derma darah hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiiiii nak derma ni kadang ada orang boleh ada orang gayat. Ada kawan saya bersemangat nak menderma tapi lepas menderma entah macamana nurse tu letak beg darah atas badan dia terus member pitam. Rupanya dia gayat tenguk darah. aduhaiiii

      Delete