Assalamualaikum,
Sapa pernah tenguk citer Jepun ni. Rasanya dalam tahun 1998 gitu. Tak ingat tv mana. Dolu femes dengan citer Jepun sebelum winter Sonata datang menyerang. Masa tu zaman baru nak ada internet . Masa tu baru nak berjinak-jinak guna internet. Siap ada mirc.... ping masuk .....bunyi semacam je....hehehe terkonang semasa dolu pulak aku. Bercinta dalam talian berchating je pun boleh jatuh cinta....hahahaha .apa lagi kalau dapat berkenalan dengan orang belah sana yang guna ayat-ayat jiwang karat. Boleh cair baca.....hahahahaha kalau terkenang buat aku senyum sendiri. hehehehe Tapi ada kawan aku bertemu jodoh melalui chatting ni. Alhamdulillah dah anak 3 dah.
Ok berbalik citer ni best sebab dia bercinta dalam talian. Komposer tu tersalah hantar lagu dia melalui email dan terberkenalan lah. Lepas tu terjatuh cinta lah walaupun tak kenal. Padahal sebenarnya mereka dah kenal tapi sebab nama samaran dalam email tak tahu pun perempuan tu orang yang sama dalam email tersebut. Aku suka lagu with love ni walaupun sepatah haram aku tak faham. Suka muzik dia yang sweet muet gitu.
Hero dia ialah pelakon Takenouchi Yutaka. Ada lagi satu aku suka pelakon Jepun ni Takuya Kimura. Hah lagi satu yang femes Takashi Sorimachi....Dia femes dalam GTO great teacher Onizuka. Bila tenguk kat wikipedia pelakon Takashi ni kahwin dengan heroin dalam GTO tu.
Dulu-dulu rasa macam pelakon Jepun hensem sangat. Tapi masa tu belum tenguk citer Korea. Sekali terjebak winter sonata huh terus nak pi korea. Tapi nak pi jepun juga sebab tempat dia cantik....mudahan wishlist aku ni tercapai juga satu masa nanti.
Ada satu lagi drama Jepun tapi aku tak ingat nama dia. Yang aku ingat ada satu peramugari ni comel dan cute tapi kelam-kabut sikit sebab baru bekerja sebagai peramugari. Dia tersuka kat pengajar dia seorang peramugara ke pilot tak hengat. Aku cuma ingat yang perempuan tu nama dia chiaki...emm ye ke. Selain dari citer Oshin yang aku suka tu hah citer ni aku suka sebab lepas tu aku berangan nak naik kapal terbang jumpa peramugari yang cantik dan pilot atau pramugara yang ganteng. huhuhu hish hish tiber termiang pulak aku. hehehehe Gedik dalam blog je ye.hehehe
eh tiber pulak mengimbau citer Jepun.
Hahaaaa... rasanya saya lebih banyak tonton cerita Korea berbanding Jepun. Hero Korea lebih romantik kihkihkih.
ReplyDeleteHaah hero korea kalau sweet muet memang manis leting. Rupa memang hensem tak habis....oh kwon sang woo oh lee min hoo....hahahaha tersampuk citer korea ni
DeleteDulu2 suka tengok rin hane koma siri drama Jepun tv1
ReplyDeletewah citer tentang apa ni sis. Tak pernah tenguk pun.
Deletehaha. memori zaman baru akil baligh ni. saya suka drama ni dengan Love Vacation. Lalalala..love song. Pelakon lelaki pulak saya suka Fukuyama Masaharu. Comel tak hengat
ReplyDeletewah fukuyama citer apa sal. Tenguk cute juga tu. hehehehe
DeleteApa entah tajuk Perfect Love ke apa. Lupa dah. Lama sangat
Deletewah macam best je citernya
DeleteMemang zaman tu hantu drama Jepun.. pelakon handsome pastu mula la berangan..hahhaha
ReplyDeleteMasa tu kdrama belum masuk malaysia. Memang hantu jepun le layan jdrama dia semua.
DeleteRasanya i tgk citer oshin kot. pun i tak sure tahun bila. apa citer korea dah ada masa tu? ehh. u ada plan nak ke Pakistan ke?
ReplyDeleteHaah oshin best. Suka bila time dia kecik lagi comel pelakon tu dan bijak. Tahun ni pi pakistan belum boleh lah. Tahun depan insya Allah
Deletetermiang tu adatlah org normal., hehehe
ReplyDeleteAmboiiii wak. Ni terkena buluh wak tu yang miang semacam je. hehehe
Delete