Thursday, September 1, 2022

Royal Floria 2022 di Putrajaya

 


Assalamualaikum,

Yeh Floria datang lagi, kali ni balik ke tempat asalnya. Tahun 2020 buat kat Taman Botani dan di tempat baru tapi aku tak pergi sebab parking susah dan nampak banyak bukit kena di daki dan lurah kena di turuni....hehehe.  Entah kenapa bila tukar tempat tu malas pulak nak pi tapi Kak Jal dengan julie pergi juga. Sebab Kak Jal peminat bunga hah mesti lah datang tenguk. Tapi kata dia tak pusing semua sebab tempatnya banyak bukit dan tak larat nak jalan semua tempat. 

Tapi kali ni bila kata balik ke tempat lama...hah gigih ko nak pergi malahan selepas je balik kampung terus je pi homestay julie kat putrajaya.  




Kali ni macam-macam ada malahan ada kawasan yang luas untuk berpiknik dengan anak-anak. Siap ada zoo lagi....hah apa lagi mesti budak-budak suka.

    Kalau nak tahu berkenaan Floria boleh le pi sini  Sejarah bermulanya Floria di Putrajaya


Tempat ni memang aku suka tenguk. Oleh kerana bersempena bulan kemerdekaan hah jalur gemilang menjadi hiasannya. Tema tahun ni bunga Orkid. Dalam banyak-banyak deko gergasi atas jalan ni aku suka yang payung warna-warni. Boleh le bergambar atau berselpie sampai lebam. aiyakkkk

Malahan semasa ambang merdeka ada pertunjukan pentas dan juga bunga api. Malahan bila malam memang lagi cantik lah dengan lampu warna-warni.....huhuhu tapi kita orang tak pi...hanya tenguk bunga api dari tingkat 9 bangunan kuaters di Putrajaya. hehehehe jadi lah ye dah sah le jalan akan jem dan orang ramai.....tak larat nak pi.    


aku tayang le gambar bunga-bunga sedang mekar berbunga supaya hati semua yang memandang pun bermunge-munge....hehehehe bukan aku sorang ye yang hati bermunge-munge.


Bunga ni macam bunga butang tapi bila banyak-banyak ala-ala tomeinya... 


Oleh kerna tema bunga orkid jadi banyak juga bunga orkid disana sini. Dengan hiasan pokok ati-ati...cantik pulak



Kekwa ni pun cantik....alahaiiiiii rasa kembang di hati pulaknya


Ada hiasan macam ni di sepanjang jalan. Cantik sangat tapi orang ramai lalu lalang jadi susah nak ambil sorang 



Geram kan tenguk orkid macam-macam jenis....plak tu berbunga semuanya. Bila tanam huh nan ado le nak bunga banyak-banyak camni. 


Ni macam species bunga tahi ayam tapi katanya bunga marigold....emmm ye kut macam warna emas kan.



Orkid lagi


Ada pertandingan bonsai juga....macam-macam jenis bonsai....harga pun kalau jual emmm memang kayangan ler






Kami masuk  Pavilion sebab beraircond. Rupanya ada pertandingan gubahan antarabangsa. Macam-macam negara. Jerman ada tu yang aku ingat le.
















Kat pintu keluar pavilion ada la mesin jual coin tema orkid harga RM40. Kak Jal kata daripada beli ni baik le beli bunga. hahahaha orang yang sebelah kami gelak je dengo kata Kak Jal. 







Akhirnya......yeh takde orang....hahahaha


Ada juga jualan pokok-pokok. 

Dah habis keliling kami balik ke pangkal jalan tenguk tempat jualan pokok -pokok pula. Tapi rembat tak banyak.....setel semua kita orang pun balik. diam tak diam masuk pukul 10 hampir pukul 12.30 hari kita orang keluar. Tu pun sebab jem nak dekat 1 jam juga tunggu julie jemput sebab parking jauh.

Hah sapa yang belum pi jom lah. Tarikh dia 29hb Ogos 2022 sehingga 4hb September 2022. Harga tiket  dewasa dalamRM15. Boleh beli kat kaunter tapi kalau nak cepat beli online je. Sebab kadang kat kaunter orang ramai. 



6 comments:

  1. Hati saya pun ikut berbunga-bunga! Sama-samalah kita berbunga-bunga...eh, macamana kita pulak yang berbunga-bunga.... ahaks! Memang meriahlah. Nampak warna-warni sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha orang perempuan kalau tak minat bunga tak tahu le. Serasa alam semuanya berbunga-bunga. hehehe

      Delete
  2. wahh kaler bungaan warna warni blink blink ghituuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak kalau pakai baju blink blink lagi cun wak dengan munge-munge keliling taman.

      Delete
  3. berbunga-bunga hatiku yang memang suka bunga. ha..yang ni memang gambar akak kan? tuan tanah pun baju bunga-bunga ye? coin orked tu kalau duit dah banyak sangat tak tau nak buat apa kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga ni kadang buat terapi jiwa dan minda. Hahaha tuan tanah nak berbunga-bunga gitu. Coin orkid tu mula-mula tenguk eh ada je idea depa ni semua tapi bila dengar kak Jal kata baik beli bunga haah terus setuju. Beli makan pun konyang....hahahaha

      Delete