Thursday, January 12, 2023

160 tahun Underground train di London

 


Assalamualaikum,

Hari tu ternampak  news dalam talian yang mengatakan Underground train kat UK tu berusia 160 Tahun. Wow begitu tuanya. Boleh baca kat sini Sejarah berkenaan London Underground

Peta kat atas tu yang mula-mula di buat. Kalau tenguk tu emm berselirat kan. Ada line warna -warni gitu. Aku baca pun pening. Begitu banyak jenis train yang ada. Boleh baca pertama kali aku naik Tube di Hari ke 2 di UK - naik Underground Train



Hah yang atas ni yang baru. Nampak lebih tersusun laluannya. Masa aku pergi UK dulu memang naik Tube je ke sana ke sini. Kadang naik train dari pagi dari London zoom ke New castle. Itu salah satunya. Jauh juga antara satu dengan yang lain setiap hari kami meeting dan mencari ilmu.



Kat stesyen boleh dapatkan peta ala pamplet kecil macam ni. Nak naik apa nak pi mana hah tenguk je peta tu. Masa tu aku tak pandai nak baca peta dia jadi Kak Kam lah yang bawa kami ke sana ke sini, Nak pi stesyen mana nak pi perhentian mana. Ikut je lah. Dia ada color-color untuk memudahkan kita berjalan. Color coding gitu. Bagus pamplet tu cekau berapa banyak hah simpan. Kadang hilang kadang cicir hehehehe. ebtah mana aku simpan. Boleh buat khazanah gitu. Tanda dah naik underground train. 



Ni kat Baker Street


Abaikan le muka yang bercapuk tu. Tak perasan bedak tak rata. Masa tu musim nak masuk Autumn. Jadi sejuk sikit. Bawa krim supaya tak mengelupas kulit.




Dr Elyas dan Kak kam semasa menunggu train sampai



Stesyen Paddington



   Tenguk signboard kalau ada label bulat merah macam tu hah kat bawah tu ada lah stesyen dia yang berhampiran.


Ni di stesyen Embankment


NI di stesyen Westminister. MAsa ni rasanya jalan-jalan area london sebab oakai baju santai je bukan pi kerja.


Menunggu train sampai. 



Kawasan dia walaupun bawah tanah tapi terjaga bersih. Tapi kalau malam sunyi juga nasib baik kami bertiga kalau aku sorang emmm tak tahu nak cakap camne. Dah le tempat orang tercanggak-cangak sorang-sorang.

Bila belek-belek gambr yang ada hanya kat atas je aku sempat ambil nama stesyen yang kami singgah. Padahal banyak je nama stesyen yang ada tapi kadang sampai lambat dan terkejar masa nak kejar train lain jadi tak sempat posing. Kat sana masa kena punctual dan memang terkejar-kejar lah sebab perjalanan jauh antara satu sama lain tempat yang kami kena pergi. 

OK lah itu je. Saja mengimbau kenangan lalu.  


14 comments:

  1. wow sonoknya jalan2 jauh sampai london tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kerja sambil berjalan sis. Rezeki Allah beri.

      Delete
  2. Bestnya, jauh perjalanan lias pemandangan

    ReplyDelete
  3. Indahnya kenangan lalu!
    Dapat imbas kembali pun dah rasa bahagia sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tapi pergi tempat yang mahal ni kenangan dia lain macam. hehehehe Mudahan ada rezeki dapat pergi lagi sehingga ke amsterdam ke paris ke switzerland ke. Aamiin

      Delete
  4. Jelesnya kiter dia dah sampai London. Gaya macam locals je kak. Selalu tengok kat TV, Subway ni banyak terjadi kes hate crime terutama untuk orang Islam dan bangsa minoriti so tak digalakkan jalan sendiriran. Malaysia gak yang selamat walaupun LRT selalu rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala jangan le camtu. Akak pun tak tahu Allah beri rezeki macam tu. Cam tak percaya je dah sampai London. Dia tak suka muslim tu bukan kat london je malahan akak kena masa kat Brisbane kena carutkan oleh mat saleh Australia. Sabor je bila teringat.

      Delete
    2. don't worry, saya jeles in a good way. tengok akak sampai London, saya pun semangat nak penuhkan tabung gajah. haha

      Delete
    3. jom jom jom kita pi UK jom. Aamiin Mudahan Allah rezekikan dapat pergi lagi

      Delete
  5. Seronok kan bila flash back kite dia negara orang luar..dapat juga merasa 4 musim..hehe
    Aini tak penah jejak kaki di London lagi tapi teringin gak cuma xtau bila..Klau negara lain penah la..
    Paling hujung dunia Maghribi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah magribi best tu. Akak pun belum pernah sampai. Ni sejak worldcup magribi femes rasa cam nak pi je. Insya Allah ada tu rezeki nanti pi london

      Delete
  6. Kalau Sha ini dah pening da nak baca line tu.. Berselirat kat mata Sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama le dgn ahkak. pusing kiri pusing kanan semua pun tak paham.

      Delete