Wednesday, January 18, 2023

Masak-masak dan makan-makan


Assalamualaikum,

Semalam geng belakang bergotong royong. Projek masak nasi lemak sebab  nak habiskan beras yang diberikan oleh Ku Nan yang Dr Mimi dapat. hehehehe apa da ayat aku sikit punya panjang berjela nak citer. hehehe

Ok jadi bila ada beras free sekampit masing-masing beri idea nak masak apa kat opis. Lagi pun tahun ni belum buat makan-makan lagi kan. Jadi kita orang pakat  masak nasi lemak dan bahan sampingan pot luck. 

Jadi aku pun beli lah bahan mentah santan cair. Mula-mula nak guna santan kotak. Ada yang tidak setuju. Dan kebetulan kat kedai runcit Minang yang aku selalu pergi tu ada jadi beli lah 2 pack setengah kilo. Sekali nampak jagung biji dalam tin. Ting idea aku pun muncul nak buat cucuq jagung lah.

Jadi beli lah bahan-bahan nak buat cucuq jagung. Beli pinggan plastik sekali sebab dah habis stok kat pantri. Sampai rumah terus terjah belakang rumah petik daun kucai dan daun pandan. Dah siap.  

Jadi paginya aku yang sampai awal terus sediakan periuk dan basuh beras. Sambil tu sediakan bahan nak buat cucuq jagung. Kebetulan ada periuk multi purpose Ita punya hah dh ada minyak boleh lah goreng cucuq jagung.

Bila yang lain-lain sampai riuh le pantri tu. Oleh kerana Dr Mimi yang suka santan cair jadi aku suruh dia masak. Beras dah basuh tinggal bancuh santan je. Daun pandan dan halia dah campak dalam periuk. 

Lepas tu aku pun buat le bancuhan cucuq jagung. Jadi sementara menunggu nasi lemak masak aku dah boleh goreng cucuq jagung.  


Matron bawa telur rebus, jadi ni tengah kopek kulitnya. 



Masa kat kedai Minang aku nampak kangkung. Apa lagi lah rembat 2 ikat. Kangkung ni Dr Mimi tengah celur. Boleh makan dengan nasi lemak.

Dr Mimi bawa sambal tumis sampai 2 jenis. Satu sambal tumis ikan bilis satu lagi sambal tumis biasa. Lepas tu lizah pulak bawa sambal tumis tomato. Ann bawak nugget. Pa TP bawa ayam goreng tempahan oleh Matron siew.  


Bila dah masak je nasi lemak hah Dr Hammad laju je datang. Dia yang menjadi peserta pertama yang makan dulu.  Tu sedang menyendok nasi lemak dan bahan-bahannya. 


PA Tp pulak bila tenguk nasi lemak dah siap hah makan dulu. Lepas tu baru ingat nak sediakan untuk boss. Ya lah belum sarapan bila nampak nasi lemak panas-panas....emm memang semua pun terjah ramai-ramai. Tak cukup 1 periuk. Kita orang pindahkan dalam mangkuk dan masak lagi 1 periuk.

 Meriah kan lauk pauk yang ada. Periuk multi purpose tu baru bersihkan selepas celur kangkung. Tengah nak panaskan minyak. Sedia untuk mengoreng cucuq jagung.


Hah tu dia nampak tak aku sedang goreng cucuq jagung. Yang lain tengah sedap makan nasi lemak.

Bila dah masak mana yang sudah makan terus je lah makan cucuq jagung yang aku goreng. Rupanya ramai juga peminat cucuq jagung tu. Belum habis goreng, tangan-tangan yang mengambilnya ramai je. En Hisham yang jarang join kita orang pun oleh kerana meja kerja dia dekat pantri...aku nampak tangan dia mengambil cucuq jagung yang aku goreng. Dalam pada member-member ramai makan nasi lemak dia boleh ambil cucuq jagung tu entah berapa kali. Dalam hati aku wah wah wah En Hisham suka makan cucuq jagung rupanya.

Nasi lemak kena masak cepat sebab ada beberapa geng dan staff yang kena hadiri bengkel dan ada Doktor yang ada meeting. Jadi bila dah makan mereka pun terus ke bengkel yang start pada pukul 9 pagi. 

Yang tidak terlibat pula menunggu nasi lemak masak trip yang ke dua dan juga yang masuk kerja lambat. 


                            Menu-menu yang ada. Tenguk sambal pun dah kecur kan. 



Seronok tenguk depa makan sambil menyembang.


     Dr Hammad dah selesai makan nasi lemak tengah makan cucuq jagung sambil bercerita dengan Puan Suzani dan Dr Sahidah. Entah apa citer tu agaknya.

Puan suzani pun rupanya suka cucur jagung yang aku masak. Sebab lepas makan ni , depa ada meeting. Lepas tu Ita tanya aku cucur jagung ada lagi tak. Aku nampak ada lah tinggal sikit setelah selesai aku goreng. 

Ita pun pergi kat pantri dan terus je bawa piring cucuq jagung beri pada Puan Suzani. Kata Ita Puan suzani makan dia sorang yang habiskan baki cucuq jagung yang tinggal. Lepas tu dia bisik kat Ita boleh tak Kak Ati buat lagi....hehehehe aku gelak je. Lorrrr tak cukup rupanya sampaikan request buat lagi.

Nampak gaya hari Jumaat ni kena buat lagi lah. Makan cucuq jagung panas-panas dengan suhu bilik kerja yang sejuk....emmmm memang le sodap.

  





 

14 comments:

  1. Aduh!! Syok owh buat makan-makan macam ni.. Meriah wei..

    ReplyDelete
  2. Memang seronok makan2 reramai cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak hilang stress kerja sambil makan sambil sembang

      Delete
  3. Masak ramai2 makan ramai2 xsedar dh habis semua kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis goreng cucuq pun belum habis goreng dah tinggal sikit.

      Delete
  4. seronoknya main masak2 kat pantry opis.. Meriahnya.. Makan ramai2 mesti sakan menambah kan.. Nasi lemak sedap tu... Cucur plak panas2, mmg tak cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali buat camni seronok. Lepas tu makan berebut-rebut best kan. Tu lah dah ada request lagi sebab rasa tak cukup makan. aduhaiii

      Delete
  5. wahh sedap tuu cucuq jagung 👍

    ReplyDelete
  6. Ya ampun! Seronoknya sambil menggoreng sambil makan! Makanannya pulak ada macam-macam. Kalau begini, kita pun nak joint sama, masuk ikut pintu dorameon hahahahhaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya amie goreng panas-panas. Satu opis semerbak bau jemput-jemput jagung. Licin habis. Kalau ada chef amie lagi best.

      Delete