Mee siput dengan sambal tumis......krup krap krup krap
Macam ni lah rupanya buat mee kuning.
Mee kuning di masuk dalam acuan kecil-kecil
Lepas tu di jemur sehingga kering
Ni mee siput yang telah di goreng dengan sepaket kecil sambal tumis
MEE SIPUT KAK CHIK
Mee Siput merupakan antara makanan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan di Johor khususnya di Tangkak dan Muar. Secara tradisi, Mee siput yang digoreng rangup dimakan bersama sambal tumis itu sesuai dijadikan menu minum petang.
Tambahnya, produk mee siput yang dihasilkan turut mendapat sambutan hangat dari pelanggan yang berada di luar Johor seperti Kedah, Perlis serta Kuala Lumpur.
Jika datang ke Daerah Tangkak, jangan lupa borong Mee Siput Kak Chik!
Untuk tempahan :
MS Kak Chik Enterprise
KB 6B Lorong 1, Kg. Sawah Ring, 84700 Gersik, Tangkak, Johor
Phone : 019-6276570/ 019-6276578
Kredit Amazing Tangkak FB
Assalamualaikum,
Hah sapa pernah makan mee siput. Kalau area Muar dan Batu Pahat kudapan ni memang legend lah. Sebab aku dah kenal mee siput ni dari sejak zaman sekolah lagi. Makan dengan sambal kicap atau pun sambal tumis. Tapi yang sedap tu mee siput dalam plastik kecil lepas tu hancurkan dan tambah dalamnya sambal tumis atau sambal kicap. Gaul semua sebelum di makan. perghhhh sodap. Kalau sambal kicap tu dia cair-cair.....sodap. hehehehe
Dulu-dulu belum ada jualan yang dia orang dah siap-siap goreng lepas tu ada sambal tumis. Sekarang dah moden siap dah di goreng dengan penyedapnya lagi. Jadi tak payah susah-susah nak mengorengnya. Ala kalau nak goreng dia pun sonang macam kita goreng keropok tu hah biar goreng terendam. Hah nanti dia kembang balik kan sebelahnya . Bila dua-dua bahagian dah kembang hah angkat le. Jangan sampai hitam dan hangus tak sedap mee siputnya.
Kalau aruah bapak aku pula suka mee siput kering tu di pecah-pecahkan nya dalam pengat pisang ke pengat keledek. Masa pengat tu masih panas atas dapur hah pecah-pecahkan mee siput tu dalamnya. Nanti dia kembang dan masak.....hah sedap. Pengat nya kena ada sagu biji. Baru mantul.
Tapi ada juga orang buat mee siput tu masak sizling.....hah tang ni aku tak pandai dan tak pernah lagi makan.
Orang belah utara kenal Mee sanggul tapi mee dia jenis halus sikit daripada mee siput. Aku pun ada juga nampak mee sanggul tu.
Kalau kat muar ni ada macam-macam jenis mee siput. Tapi aku selalu kirim Kak Ijah kakak kat Parit Sulong tu mee Siput dari Sg Balang Muar. Mee siput dia bila goreng ranggup sikit dari mee siput yang lain. Ada setengah mee siput tu walaupun dah goreng dia keras sikit. Hah tu bezanya.
Lepas tu dia ada size kecil dan size besar, Kalau size kecil tu ok le. Tapi bila size besar hah penuh kuali semasa mengorengnya.
Masa try beli mee siput ni dlu mcm peik jugak knp ada mcm sambal tumis sekali dlm bungkus rupanya kena mkn dgn sambal tu.. hihihi
ReplyDeleteMakan gitu je pun boleh je tapi lagi sedap bubuh sambal tumis. Lagi ngamsoi
Deleteoh mi siput xyah dimasak dah boleh terus makan ya
ReplyDeleteKalau pack siap ada sambal tu dah di goreng sis. Kadang dia jual mentah tanpa sambal jadi kena goreng sendiri
Deleteooh wak baru tau mee siput camni., dh mcm mee mamee pulak erk., hehe
ReplyDeleteMee mamee tradisional wak. Legend tu kudapan dari dolu2 wak
DeleteSaya suka mi siput, cuma tak tahan selalu sambal tumis tu diorang bubuh belacan
ReplyDeleteoh sal alegik belacan ke. Makan gitu je tak yah sambal pun boleh je
Deletetakde sambal tak best pulak. hehe
DeleteCuba dengan sambal kicap pulak. Sambal kicap takde belacan.
DeleteBaru tahu ada mee siput.. Makan terus camtu la ya.. kruk krak la bunyi la kan..hehe
ReplyDeleteNi kalau dah pack ada sambal maknanya dah goreng boleh terus makan. Kadang dia jual mentah kena goreng sendiri
Deleteofismate dari Tangkak yg introduce mee siput....dah lama x makan..suka makan dgn sambal tumis..
ReplyDeleteKalau orang muo memang biasa le jumpa. Jom le nohas pi Muar. JJCM
Deletekalau dah start makan, takleh berhenti hahaha
ReplyDeleteKalau dapat yang rangup lagi le syiok dengan sambal tumis yang sedap. Memang menambah-nambah
DeleteFirdaus suka sangat makan mi siput ni. Dia makan cenggitu jew, tak bersambal tumis.
ReplyDeleteMakan gitu je pun sedap. Tapi kalau dengan sambal tumis lagi lagi lagi sodap. hehehe
Deleteoooo ammi nak sibuk masuk FB tangkak ni lah...kalau boleh order online, boleh gak buat ngonyeh2 petang
ReplyDeleteDalam shoppee banyak je orang jual mee siput. Tapi sedap ke tak bergantung le sebab tak boleh nak rasa. Tapi kalau bagus dia baru goreng dan hantar terus bukannya stok lama-lama takut dah tak elok rasanya.
DeleteFeveret Sha nie.. dapat pula sambal dia sedap.. Memang best.. Tapi kat sini orang jual dengan kicap pedas bukan sambal..
ReplyDeletemakan dengan sambal kicap pun sodap selain daripada sambal tumis
Delete