Tuesday, May 23, 2023

Monday, May 22, 2023

Rezeki berjumpa kawan Blogger Yan di Langkawi

 


Assalamualaikum,

Allahuakbar....memang tak sangka sungguh dapat jumpa Blogger Yan.

Alkisahnya minggu lepas aku gantikan kawan yang tidak dapat hadir Meeting penstrukturan Jawatan Skim Rekod Perubatan di Langkawi pada 16hb sehingga 18hb di Hotel seaview di langkawi. Kiranya ni memang adhoc punya kes. Tapi siapa lah kita kan. Perancangan Allah itu yang menentukan segalanya. Sebenarnya ada hikmahnya aku ganti kawan. 

Pagi 16hb tu aku dan zarimah naik flight pukul 9.45 pagi di KLIA dan sampai di Airport Langkawi dalam pukul 10 lebih. Lama sungguh tak pi langkawi. Rasanya paling last pergi dengan geng UB yang di ketuai oleh Kak su aka penulis Noor Suraya. Tahun bila emmm lupa dah aku tapi memang dah lama lah. 

Jadi bila dapat ganti kawan ni seronok pun ya sebab dah lama tak pi dan dapat jumpa rakan Rekod Perubatan yang dah lama tak jumpa. Sejak dah bertukar Program ni aku memang dah jarang jumpa orang Rekod pasal kerja. Jadi ada beberapa junior yang aku kenal selain daripada muka-muka baru yang join Rekod Perubatan. Almaklum le aku dan zarimah ni kiranya dah otai-otai gitu. Ramai senior aku yang sikit demi sikit dah pencen. Jadi banyak le muka-muka baru yang aku tak kenal.

Oleh kerana sampai awal. Kita orang letak beg dulu dan pi HIG Mall. Hah ko borong coklat. Sebelum tu sempat makan tengahari kat Nasi Kandar Merdeka. Lepas tu sebelum sampai kat HIG mall singgah kedai depannya tu beli kain batik. Hah ko dapat lah beli kain batik jawa yang aku idamkan selama ini. Almaklum dah lama tak beli batik jawa ahaks....ayat sungguh clice. Tapi ye lah aku kalau cari batik jawa memang carik kat Langkawi sebab murah dan dapat size yang besar. Rambang mata ko. Patutnya carik patern terbaharu.....lupa mau tanya. Bila buka satu demi satu hah aku yang rambang mata dan tak tahu nak beli. Kalau naik ferry terhad 3 helai je ni naik flight hah apa lagi borong le lebih dari 3. hehehehe nampak tak dia punya teruja tu. hehehe 1 kedai tu je kami dah borong kain batik jawa, baju kelawar size besar dan tangan panjang. T shirt je aku tak belek....kalau belek emm cam habis duit kat situ je. adehaiiiii

Lepas shopping kat HIG kami terus balik hotel. Meeting start pukul 3. Pung pang pung pang peluk sana peluk sini sebab lama tak jumpa....emmm ayat ni lagi. hahahahaha 

Petang tu zarimah ajak ke Rams dekat je dengan hotel kami sebab dia ada benda nak beli. Aku on je lah. Kami pergi ber 4 dengan Munirah dan kamariah dari negeri Terengganu.

Rams ni best sebab coklat dia ada yang lagi murah dari HIG dan juga pinggan mangkuk dia lagi cantik.

Dok pilih coklat dan pusing sana pusing sini hampir nak penuh bakul aku....pergi lah jenguk area peralatan rumah yang cun dan cantik. Pinggan mangkuk yang latest perghhh cantik. Tapi memikir nak membawanya....hah cuci mata je.

Sekali mata aku nampak seseorang yang sedang riuh rendah membelek barang. Tapi aku nampak Chef Cikju. Kalau Chef cikju ada mesti Yan ada. Masa aku memandang tu Chef cikju perasan aku dok pandang mereka. Aku takut salah orang sebab aku tak nampak Yan. Dok keliling dulu sambil tu dengar mereka menyoping. Dalam hati emmm tak boleh jadi ni aku mesti tegur. 

Bila aku tegur Ya Allah rupanya Yan sebelah je dengan Chef cikju tapi sebab Yan tinggi aku boleh tak cam dia. Apa lagi berpeluk le kami. Dapat salam dengan mak mereka. Allahuakbar. Bertahun kenal akhirnya dapat bertentang mata. Yan kata bulu roma dia merinding sebab dapat jumpa aku. Aduhaiiiii dah bertentang mata tak tahu nak cakap apa. 



Tenguk le Yan memang tinggi sampai kan kena tunduk nak bergambar dengan aku.

Kiranya ni kali ke 2 selepas Blogger DJ kawan blogger yang aku jumpa. Dengan Sal  manjang je tak jadi-jadi. Insya Allah ada rezeki nanti. 


Bersama mak Yan. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Mak Yan. Aamiin.
Nampak tak bakul aku dah penuh dengan coklat. hehehehe 

Tak dapat berlama-lama sebab malamnya sambung meeting lagi. 

Alhamdulillah syukur Allah rezekikan dapat bertemu Yan. 

      

Sunday, May 14, 2023

Jamuan Raya Pejabat Tahun 2023

 

            Bergambar ramai-ramai semua staff di pintu masuk pejabat. Tu pun rasanya ada yang tercicir.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah majlis jamuan raya opis yang di buat pada hari jumaat yang lepas berjalan lancar dan meriah. Bab posing tu memang meriah. Kalau dah ramai tu emmm macam-macam gayo ada.

Wednesday, May 10, 2023

Persiapan untuk majlis Hari raya

 




Assalamualaikum,

Kat pejabat ni walaupun ada yang sibuk bengkel terjemahan Buku Lapuran Tahunan tapi kemeriahan untuk sambutan raya untuk esok tetap berjalan.

Team kelab Kebajikan yang baru terutamanya PA Hanim begitu sibuk mendeko pejabat.  Atas tu deko ruangan hadapan pejabat.  Cantik tak deko opis kita. 

Ni pulak untuk meja hidangan. 


Ni pulak depan pintu masuk. 


Ni barang-barang untuk menu cocktail. Mula-mula geng belakang tak nak buat cocktail lagi sebab dah selalu buat. Dah jemu. Sekali eh boss request suruh buat. Kena lah buat juga dah big boss request. 


Ni untuk meja makan. Bilik boss dah siap deko juga untuk meja VIP tapi lupa pulak nak snap gambar. Semalam dah deko dengan bekas dorm sekali aku tenguk eh dah clear rupanya bekas dorm tu sedang di cuci.

Ni bilik mesyuarat untuk majlis jamuan nanti. Tengah mendeko ruangan supaya cantik bila jamuan besok



Ni semua nya bahan tahun lepas yang matron buat. Jadi mana yang elok kita orang gunakan balik. Macam lampu dan kad penghias.. Tu yang memang di simpan dalam stor jadi bila buat majlis boleh digunakan semula


Tak sabor nak tunggu besok

Wednesday, May 3, 2023

Kemeriahan raya tahun 2023

 Assalamualaikum,

Macam biasa setiap tahun rumah pusaka di Bakri akan di penuhi oleh anak-anak Hj Abdullah dan Hjh Saifah serta cucu dan cicit. Kali ni meriah sekali dengan orang Brunei iaitu anak Kak Jal yang bekerja dan berkahwin dengan orang brunei dapat balik beraya bersama. Malahan aku dapat cucu saudara di pihak Kak Ijah iaitu menantunya yang bungsu dapat anak baru lelaki sebelum puasa. Kalau di kira-kira semuanya hampir 89 orang. Kalau Anak Kak Limah yang bungsu dengan cucunya hadir semuanya jadi 94 orang. Alhamdulillah syukur Allah kami dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun-tahun sebelum ini. Rasanya 2 tahun PKP je yang tidak dapat berkumpul.

Monday, May 1, 2023

Perlantikan Ketua Pengarah baru KKM

 


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merakam setinggi- tinggi tahniah kepada 

YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan

Atas pelantikan sebagai: 

KETUA PENGARAH KESIHATAN


Semoga pelantikan YBhg. Datuk Dr. dapat memartabatkan perkhidmatan kesihatan negara agar lebih efisien, dinamik Dan mapan demi #MalaysiaMADANI

Alhamdulillah terjawap sudah siapa Ketua Pengarah kami yang baru. Semuga KKM tetap gah di mata Malaysia khasnya dan dunia amnya. 


Selamat Hari Raya 2023

 



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Orang dah balik KL baru lah nak ucap selamat Hari raya. Balik kampung emmm memang tak hadap le blog ni semua.  Apa pun kemeriahan hari raya tetap meriah di sana sini.

Hari ni baru naik kerja hah baru lah nak ucap Selamat Hari raya pada kamu semua. Semuga Bulan Ramadan dapat kita jumpa lagi di tahun hadapan. Semuga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki untuk bertemu Ramadan lagi.

Tahun ini buat pertama kalinya aku dapat duit Raya dari big bos aku.....hah nampak tak dah tua bangka baru orang nak bagi duit raya. hahahahaha tapi cakap betul lah selama ini boss -boss akusebelum ini  tak pernah bagi duit raya. Tapi kali ni bukan big bos je bos kecik pun bagi malahan cc aku pun bagi. Alhamdulillah mudahan Allah gandakan rezeki mereka yang bermurah hati bersedekah kepada staff mereka. Aamiin

Jadi masih lagi dalam bulan syawal aku memohon sepuluh jari kaki dan tangan memohon ampun dan maaf jika ada ketelanjuran tulisan aku yang mengusik hati nurani kalian yang membacanya. Maaf lah ye. Dan aku maafkan semua makhluk di muka bumi ini kecuali orang Israel sebab dia ganas asyik nak serang orang palaetin apa lagi di bulan Ramadan bulan yang mulia ini. Jahat kan orang Israel tu. Emm geram aku.  Ya lah orang Islam Palestin sibuk menjalani ibadah puasa dia sibuk nak hentam orang palestin. 

Apa pun semuga Allah mengampunkan dosa aku sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Aamiin