Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, May 23, 2023
Monday, May 22, 2023
Rezeki berjumpa kawan Blogger Yan di Langkawi
Assalamualaikum,
Allahuakbar....memang tak sangka sungguh dapat jumpa Blogger Yan.
Alkisahnya minggu lepas aku gantikan kawan yang tidak dapat hadir Meeting penstrukturan Jawatan Skim Rekod Perubatan di Langkawi pada 16hb sehingga 18hb di Hotel seaview di langkawi. Kiranya ni memang adhoc punya kes. Tapi siapa lah kita kan. Perancangan Allah itu yang menentukan segalanya. Sebenarnya ada hikmahnya aku ganti kawan.
Pagi 16hb tu aku dan zarimah naik flight pukul 9.45 pagi di KLIA dan sampai di Airport Langkawi dalam pukul 10 lebih. Lama sungguh tak pi langkawi. Rasanya paling last pergi dengan geng UB yang di ketuai oleh Kak su aka penulis Noor Suraya. Tahun bila emmm lupa dah aku tapi memang dah lama lah.
Jadi bila dapat ganti kawan ni seronok pun ya sebab dah lama tak pi dan dapat jumpa rakan Rekod Perubatan yang dah lama tak jumpa. Sejak dah bertukar Program ni aku memang dah jarang jumpa orang Rekod pasal kerja. Jadi ada beberapa junior yang aku kenal selain daripada muka-muka baru yang join Rekod Perubatan. Almaklum le aku dan zarimah ni kiranya dah otai-otai gitu. Ramai senior aku yang sikit demi sikit dah pencen. Jadi banyak le muka-muka baru yang aku tak kenal.
Oleh kerana sampai awal. Kita orang letak beg dulu dan pi HIG Mall. Hah ko borong coklat. Sebelum tu sempat makan tengahari kat Nasi Kandar Merdeka. Lepas tu sebelum sampai kat HIG mall singgah kedai depannya tu beli kain batik. Hah ko dapat lah beli kain batik jawa yang aku idamkan selama ini. Almaklum dah lama tak beli batik jawa ahaks....ayat sungguh clice. Tapi ye lah aku kalau cari batik jawa memang carik kat Langkawi sebab murah dan dapat size yang besar. Rambang mata ko. Patutnya carik patern terbaharu.....lupa mau tanya. Bila buka satu demi satu hah aku yang rambang mata dan tak tahu nak beli. Kalau naik ferry terhad 3 helai je ni naik flight hah apa lagi borong le lebih dari 3. hehehehe nampak tak dia punya teruja tu. hehehe 1 kedai tu je kami dah borong kain batik jawa, baju kelawar size besar dan tangan panjang. T shirt je aku tak belek....kalau belek emm cam habis duit kat situ je. adehaiiiii
Lepas shopping kat HIG kami terus balik hotel. Meeting start pukul 3. Pung pang pung pang peluk sana peluk sini sebab lama tak jumpa....emmm ayat ni lagi. hahahahaha
Petang tu zarimah ajak ke Rams dekat je dengan hotel kami sebab dia ada benda nak beli. Aku on je lah. Kami pergi ber 4 dengan Munirah dan kamariah dari negeri Terengganu.
Rams ni best sebab coklat dia ada yang lagi murah dari HIG dan juga pinggan mangkuk dia lagi cantik.
Dok pilih coklat dan pusing sana pusing sini hampir nak penuh bakul aku....pergi lah jenguk area peralatan rumah yang cun dan cantik. Pinggan mangkuk yang latest perghhh cantik. Tapi memikir nak membawanya....hah cuci mata je.
Sekali mata aku nampak seseorang yang sedang riuh rendah membelek barang. Tapi aku nampak Chef Cikju. Kalau Chef cikju ada mesti Yan ada. Masa aku memandang tu Chef cikju perasan aku dok pandang mereka. Aku takut salah orang sebab aku tak nampak Yan. Dok keliling dulu sambil tu dengar mereka menyoping. Dalam hati emmm tak boleh jadi ni aku mesti tegur.
Bila aku tegur Ya Allah rupanya Yan sebelah je dengan Chef cikju tapi sebab Yan tinggi aku boleh tak cam dia. Apa lagi berpeluk le kami. Dapat salam dengan mak mereka. Allahuakbar. Bertahun kenal akhirnya dapat bertentang mata. Yan kata bulu roma dia merinding sebab dapat jumpa aku. Aduhaiiiii dah bertentang mata tak tahu nak cakap apa.
Sunday, May 14, 2023
Jamuan Raya Pejabat Tahun 2023
Bergambar ramai-ramai semua staff di pintu masuk pejabat. Tu pun rasanya ada yang tercicir.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah majlis jamuan raya opis yang di buat pada hari jumaat yang lepas berjalan lancar dan meriah. Bab posing tu memang meriah. Kalau dah ramai tu emmm macam-macam gayo ada.
Wednesday, May 10, 2023
Persiapan untuk majlis Hari raya
Wednesday, May 3, 2023
Kemeriahan raya tahun 2023
Assalamualaikum,
Macam biasa setiap tahun rumah pusaka di Bakri akan di penuhi oleh anak-anak Hj Abdullah dan Hjh Saifah serta cucu dan cicit. Kali ni meriah sekali dengan orang Brunei iaitu anak Kak Jal yang bekerja dan berkahwin dengan orang brunei dapat balik beraya bersama. Malahan aku dapat cucu saudara di pihak Kak Ijah iaitu menantunya yang bungsu dapat anak baru lelaki sebelum puasa. Kalau di kira-kira semuanya hampir 89 orang. Kalau Anak Kak Limah yang bungsu dengan cucunya hadir semuanya jadi 94 orang. Alhamdulillah syukur Allah kami dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun-tahun sebelum ini. Rasanya 2 tahun PKP je yang tidak dapat berkumpul.
Monday, May 1, 2023
Perlantikan Ketua Pengarah baru KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merakam setinggi- tinggi tahniah kepada
YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan
Atas pelantikan sebagai:
KETUA PENGARAH KESIHATAN
Semoga pelantikan YBhg. Datuk Dr. dapat memartabatkan perkhidmatan kesihatan negara agar lebih efisien, dinamik Dan mapan demi #MalaysiaMADANI
Alhamdulillah terjawap sudah siapa Ketua Pengarah kami yang baru. Semuga KKM tetap gah di mata Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Selamat Hari Raya 2023