Assalamualaikum,
Alhamdulillah lega aku. Pagi ni kena audit HPIA bagi Jan hingga Dis 2023. Sebelum di audit sementara menunggu pukul 10.30 pagi rasa dalam perut tu macam-macam rasa, sekejap rasa nak buang air kecil sekejap rasa nak buang air besar. Padahal dah tenang-tenang perasaan malahan semalam dan pagi ni dok klik-klik excel file yang kami dah buat sebelum ni. Semak balik macamana nak dapat deno dan nemu untuk mendapatkan peratusan Lapuran perubatan yang di buat. sekejap jadi sekejap eh napa lain datanya. Huh poning.
Nasib baik pegawai audit mempercepatkan masa kedatangan pada pukul 9.30 pagi. Mula-mula Pn Hanum macam nak jawap tapi dapat teguran dari Dr Renu asyik HOD je yang menjawap. Pegawai penyelaras yang lain kena ke depan le. Jadi aku lah yang ke depan.
Mula-mula rasa gugup tak tahu nak cakap apa. Nasib baik Dr tu baik ajar step demi step apa yang kita perlu buat. Otak rasa blank ko bila di suruh bercerita apa yang kita paham tentang kerja kita. aduhaiiiiiii padahal benda tu kita buat hari-hari tapi bila kena audit terus tak tahu nak fikir. hehehehe
Dia punya gementar tu lain macam. Apa pun bila dah selesai syukur sangat. Ni baru audit dalaman. Hujung bulan ni pulak audit luaran. huhuhu
Audit oh audit kenapa ko datang tiap tahun. hehehehe
wah..hebat kak notie. tapi audit memang seram.tak buat salah pun rasa takut
ReplyDeleteTerpaksa sal demi kerana tugas. Tapi tu lah kadang seram sejuk dibuatnya. Lain yang di tanya lain pulak yang di jawapnya dek kerana gugup dan nervous
Delete