Thursday, May 9, 2024

Lawatan Hospital Pulau Pinang

 

Assalamualaikum,

Semalam ada lawatan muhibbah daripada Hospital Pulau Pinang. Ini adalah disebabkan mereka akan menjalani akraditasi MSQH pada tahun hadapan. Oleh kerana Hospital Putrajaya dah berjaya jadi banyaklah hospial yang datang berkunjung untuk mempelajari bagaimana nak buat bila time audit Akriditasi tersebut.  

Mereka datang pada pukul 10.45 pagi. Jadi aku dan Pn Hanum pergilah ke auditorium menyambut kedatangan tetamu. Kata Pn Hanum Jabatan Rekod yang datang hanya 2 orang dan seorang pegawai IT.  


Sedikit taklimat di beri sebelum masing-masing memulakan perbincangan.


Oleh kerana yang datang tak ramai jadi Pn Hanum buat di bilik mesyuarat kami. Dia cerita lah apa-apa yang berkaitan. Dari segi polisi, standard kerja, sistem keselamatan pejabat dan macam-macam lah. Oleh kerana masa yang diberikan terlalu singkat jadi Pn Aini wakil dari Hospital Pulau Pinang macam tidak puas hati sebab banyak lagi yang mereka nak tanya.
 


Unit IT pulak pegawai IT Hospital Putrajaya tidak dapat hadir kerana ada hal lain jadi Encik Hadi yang juga baru sahaja bertugas di Hosital Pulau Pinang pun macam tidak boleh nak dapat  maklumat yang betul. Ini kerana kami mengunakan sistem manakala Hospital Pulau Pinang pula secara manual walaupun ada pegawai IT. 


Pukul 2 petang dengan terkocoh-kocoh nak balik sempat juga lah kami ambil gambar di depan pejabat .

Semuga berjaya Hospital Pulau Pinang

2 comments:

  1. Agak susah kalo yg satu dah pakai sistem, sementara yg satunya masih manual yaa .. apapun semoga hospital penang dilancarkan saat proses audit yaa ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kesian pulak staf Pulau Pinang sebab macam-macam yang kena perbaiki. Baik keselamatan , prosedur kerja malahan situasi pejabat pun banyak masalahnya. Semuga mereka berjaya

      Delete