Friday, May 24, 2024

Pesta buku Antarabangsa 2024


 Assalamualaikum,

wah hari ini dah bermula lah pesta buku Antarabangsa 2024. Seminggu cuti sekolah hah seminggu lah pesta berjalan. Aku pulak camno nak pergi ke tidak ni. 

Emm rasanya tidak le dapat pergi sebab nanti terover beli novel yang bukan-bukan. Hah shoppee ada kan beli situ je lah. Ikutkan nak jumpa juga dengan Kak su tapi Kak su punya jadual minggu depan di Booth Jejak Tarbiah. Buku yang kak su nak cerita tu macam best je. Tapi buku tak basi kan hah nanti lah kemudian boleh beli. Minggu depan pulak aku nak balik kampung. Kan ada cuti Hari Jadi Agung. Dah sebulan tak balik ni dah rindu kakak-kakak aku kat kampung.

Sekarang ni aku cuma aim nak beli novel Anjel, Rose HArisa dan Lily Haslina. Novel Anjel dah beli kat shopee. Yang buku Rose dan Lily tak nampak bayang lagi. Lepas tu novel Anna lee pun nampak best'

Selepas Jemari Seni melabuhkan tirainya pada tahun 2018 dan Alaf 21 pun dah semakin suram tidak seperti dahulu yang meriah dengan penulis profilik mereka. Penulis lama macam kak Anis Ayuni dah lama tidak menulis. Yang lain-lain pulak dengan penerbitan lain. Jemari Seni pulak telah melahirkan penerbitan Manes yang di buka oleh bekas penulis JS iaitu Nir dan Lila Vee.  Banyak muka-muka baru yang aku belum teringin lagi nak beli dan membaca sebab ada yang aku dah beli dan bukan citarasa aku jadi slow lah sikit sekarang beli novel. Hanya penulis tertentu sahaja.




Alhamdulillah Karya seni masih lagi unggul dengan penerbitan novel mereka yang laris jualannya dan masih ramai peminatnya. Ada beberapa penulis dia yang aku suka juga macam Rehan Mahtar, Angel, Rose dan Lily. Tapi kena tenguk cerita dulu menarik atau tidak. Cinta-cinta paksa kahwin ni dah clince apa lagi yang hero anak orang kaya ke berlagak ke emmm kadang-kadang aku lebih suka baca novel Creative  Enterprise sebab bahasa dia dan cerita dia kadang menusuk kalbu. Tapi tu lah Creative dah berkubur rasanya.   

Buat semua yang tidak tahu nak buat apa dengan anak-anak hah bawa lah mereka ke Pesta Buku Antarabangsa 2024. Semaikan sifat membaca kepada mereka. Bukan semaikan sifat suka ada gadget. Kalau tidak emmm rasanya akan pupus lah buku di dunia ini sebab orang lebih suka pegang handphone daripada pegang buku termasuk lah aku. hehehehehe 


Buku rose sungguh mengoda aku.


                                                            Buku Lily pun sama. 


8 comments:

  1. rasanya ada juga buku kak kat PBAKL kut tapi kak kat rumah ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah sis. Saya tahun ni malas nak pi. Order online je buku yang nak di baca. Ramai geng ulat buku dah senyap dari aktiviti ke pesta buku. Mungkin 1hb jun ni kak su mai baru lah depa pi.

      Delete
  2. Aisssh hanya sampai 2 june yaaa. Saya ke KL akhir june pula. Tapi memang dah niat beli novel Malaysia kak .

    soalnya dulu saat masih sekolah di sana, saya rutin beli novel2 alaf21. Demi bisa memperbanyak kosa kata bahasa Melayu, jadi saya belajar dari novel sana 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah rajin juga ya beli novel malaysia. Saya ada kawan penulis Noor suraya yang selalu terjemah buku indonesia ke malaysia. Kadang-kadang kita orang beli buku penulis indonesia juga seperti Andrea Hirata. Ada juga beberapa penulis yang kami suka.

      Delete
  3. Abang Farid ajak ke PBAKL tapi kami sibuk urusan di rumah Bonda. Kebetulan pula Jumaat 31 Mei saya pun dapat jemputan untuk hadir pelancaran terbitan buku YADIM di situ. Kami 10 penulis gabung idea dan tenaga tulis 25 buah buku kanak-kanak tema 25 para Rasul. Tak ada rezeki nak turut serta sebab petang Jumaat tu dah gerak ke KLIA2. Dah nak terbang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah amie, kalau tak balik awal boleh naik pentas.

      Delete
  4. Waalaikumusalam sis miss you, tak sempat nak pi event/festival macam ni, rajin sis membaca novel, tenang bila sesi duduk pegang buku. Alhamdulilah sihat sis sihat? Moga sentiasa dalam lindunganNya♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka baca novel dari zaman sekolah lagi. Bila dah ada duit sendiri lagi rancak seperi rancaknya Pesta Buku Antarabangsa setiap tahun. Lah ni je dah kureng tapi tetap suka pegang buku yang baru beli. Terima kasih doanya.

      Delete