Friday, May 17, 2024

Rombongan menghantar bakal Haji tahun 2024

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada tahun ini kakak yang nombor 5 mendapat panggilan haji. Jadi pada 14hb Mei hari Selasa yang lalu kami beramai-ramai menghantar kakak ke Movenpick Hotel & Convention Centre iaitu  tempat daftar bakal-bakal haji. 

Oleh kerana daftar pada pukul 10.45 pagi jadi pukul 7 kami pun memulakan perjalanan dari Putrajaya ke KLIA. Port lepak kat Putrajaya sebab dekat dengan KLIA. Kak Jal dan Jol serta isteri dan anaknya sampai kat Putrajaya dari Muar dalam pukul 12 malam. almaklum paginya kerja jadi setelah magrib baru memulakan perjalanan. Manakal rombongan kak Nong dari Melaka pukul 4 pagi dah memulakan perjalanan.

Kami bertemu di tempat biasa di Masjid bersebelahan dengan Movenpick Hotel untuk sarapan pagi dahulu. Sambil tu menunggu Kakak yang kat Rawang sampai.



Tempat ni dah jadi port kami apabila menghantar saudara mara ke Tanah suci Mekah. 


Hah cucu kak Nong siap bapanya bawa toto lagi. 


Sambil makan sambil mendengar nasihat kak Nong dan Kak Jal yang sudah menunaikan haji ke Tanah suci Mekah. 


Tapi seronok piknik kat sini. Makan bertambah-tambah. hehehehe. Kak nong bawa nasi himpit dengan rendang ayam. Siap ada teh panas lagi. Kak Jal bawa sambal tumis dengan rendang ayam juga. Aku bawa sambal goreng soohon ala kicap. 


Dalam pukul 11 kami menunggu untuk mendapatkan name tag serta dokumen lain serta bag sandang yang akan di berikan kepada bakal Haji. 


Cucu kak nong tu sampai terbaring atas lantai sebab punya lama menunggu proses pendaftaran.


Kak Norra yang sudah menunaikan Haji pada tahun 2019 menolong mengambilkan barang-barang pentng seperti tag, beg sandang dan macam-macam lagi. Aku pun tak tenguk dapat apa, Oh ye gelang besi pun baru dapat juga pada masa ni. 

Bila dah siap taging dan tulis pada bagasi besar, Adik tolong hantar ke dalam.


Part ni lah yang sangat menyedihkan untuk berpisah.


Bersalam-salaman.....emmm aku pun merembes juga semasa menulis ni. Semuga Allah jaga kakak ku semasa di Tanah suci Mekah.



Kerusi lipat tu sepatutnya Kak Ambah nak bawa tapi sebab masa duduk tak betul dia jadi senget jadi terus tak jadi bawa. Bawa tongkat yang boleh menjadi kerusi sebagai ganti.

Dalam pukul 11 bila semua bakal-bakal haji masuk ke bilik pendaftaran untuk memulakan perjalanan, kami pun mula beransur pulang.


Sebelum balik sempat lah posing dulu adik beradik serta anak saudara. Anak kak nong Yazed serta isteri dan anak-anaknya dah balik. Budak-budak dah mula meragam jadi Yazed terus je balik Melaka. 

Kami pula ke tempat makan tadi untuk sambung lunch pula sebelum masing-masing balik ke Muar, Batu Pahat, Melaka , Rawang dan Putrajaya. 

Screen shoot dari live perjalanan jemaah Haji KT 17

Dalam pukul 2 lebih rupanya ada video live Tabung Haji buat bagi KT 17 yang sedang berlangsung. Masa tu aku dalam perjalanan balik ke Ampang. Julie yang dah sampai rumah uple gambar kak Ambah yang sedang dalam perjalanan ke KLIA. Dalam live tu aku tenguk balik, masuk je dalam dewan ada taklimat di berikan. Lepas tu Ustaz Tarmizi bacakan doa dan azan. Masa ni rasa sedihnya. Jemaah Haji mula berbaris untuk menaiki bas ke KLIA. 

Orang yang buat live tu ikut bas sampai ke KLIA. Jadi masa dia naik buggy nampaklah kak Ambah naik bersama dia. Ya Allah , Allah mempermudahkan urusan Haji kakak ku dari mula sehingga sampai ke airport.  

Kita orang risau bagaimana perjalanan Haji nanti tapi oleh kerana rayuan aku dan anak saudara sebagi pengiring tidak berjaya jadi dia redho menunaikan haji seorang diri. Tapi kami semua doakan dia semuga Allah mempermudahkan urusan Haji Kakak ku Sabariah Abdullah. 

Tak lama kemudian Kak ambah whats up dalam group yang dia naik bas bersama petugas Tabung Haji yang agak ramai juga dalam perjalanan tersebut.  Bas tu tak payah naik tangga dan paling hadapan sekali. Memang perjalanan dia Allah permudahkan. 

Apa pun semuga Allah mempermudahkan urusan haji Kakak ku , di pertemukan dengan orang yang baik-baik dan memperolehi haji yang mabrur. Aamiin

6 comments:

  1. Tahniah kepada yang dapat jadi tetamu Allah

    ReplyDelete
  2. semoga beliau mendapat haji yg mabrur.

    kakak ipar ammi pun insyaallah bertolak awal bulan depan kalau tak silap. Dia pergi yg bayar sendiri jadi tempoh dia tak samalah kot mcm yg under TH ni agaknya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak ipar ammi ambil pakage ke. sebab tawaran datangnya dari tabung haji sebab visa haji hanya dari Tabung Haji je. Lepas tu baru kita nak ambil muasasah atau pakage bergantung pada kemampuan. Kalau visa special dari Arab saudi tu lain citer

      Delete