Assalamualaikum,
Hari minggu yang lepas kita orang berkampung di Sports Arena Uniten di Bangi. Sebab kat situ lah berlangsungnya pertandingan Netball Piala Pengarah HPJ.
Jadi pagi-pagi berkampung lah kami ke sana. Tahun ini Jabatan Rekod telah mendaftarkan kumpulan bagi pertama kalinya untuk masuk bertanding. Mereka training petang dan kadang hari Sabtu. Aku teringin juga nak join tapi almaklum dah nak warga Emas kan takut kaki tak kuat je. Jadi Boss lantik aku sebagai ketua tukang sorak. hahahaha masa kat pejabat macam-macam gaya tapi akhirnya semuanya ke laut. Takde buat apa-apa persediaan pun. Ada yang kata nak bawa gendang le tutup periuk lah tapi semuanya ke laut dalam. Akhirnya emm hentam saje lah labu. hehehehe
Acara bermula dengan pendaftaran peserta. Selepas tu ucapan Pengarah dan pembukaan Kejohanan. Pengarah juga cuba untuk menjaringkan gol yang bermakna kejohanan bermula.Ada senam robik dan selepas tu peserta mula bertanding.
Senarai 16 kumpulan yang bertanding. Nama pun gempak kan. Jangan fikir orang sepital tak reti main netball. Yang dah berusia pun aku tenguk perghhhh zup zap zup zap jaringkan gol.
Boss lah yang cadangkan nak join bertanding. Pada mula-mulanya hanya suka-suka je daftar masuk sekali bila lawan eh johan ko kumpulan A. Tak sangka kami.
Tapi bila dah masuk semi final petangnya....masing-masing dah tak larat. Akhirnya dapat no 4. Ya lah no 4 dari 16 pasukan. Terer juga kan. Kita orang pun terus tunggu sampai habis.
Sekali bila penyampaian hadiah pula....tiba-tiba Queen Rekod di sebut. Semua pun yeh lah tapi apa yang kami menang. Kelakor je masing-masing. Menjerit bagai nak rak rupanya menang kumpulan sorak. Padahal kita orang simple je takde macam-macam peralatan tapi bila Team QR lawan bila masuk gol je bersorak macam nak apa. Sikit-sikit QR fight fight fight. Walau pun penyokongnya berapa kerat je yang tinggal tapi suara kami memang gempak lah. Tu yang menang sorak tu. Aduhaiiii masing-masing pun macam tak caya.
Mana tak menang ambil hadiah pun dia punya sorak emmm gegar court dibuatnya.
Dr munirah yang sampaikan hadiah. Ni puan Hanum panggil kami beramai-ramai.
Lepas tu hadiah tempat ke 4. Walaupun tak dapat Johan tapi kami menang sampai 2 hamper. Jadilah kan.
Staff kami yang masuk pertandingan. Bayangkan hampir semua staff yang masuk bertanding jadi aku, hanim dan cc Shu jadi tukang sorak bersama pemain simpanan. Tapi terima kasih juga lah buat Hanim sebab vokal dia memang mantap. Bergema suara dalam court. CC mila last minit tak dapat join sebab sakit. Jadi bila kurang kita orang macam pasrah je lah sebagai team sorak. Tu yang tak sangka tu.
Team perubatan memang mantap lah. Penjaring gol dia memang terer. Kita orang cuma pecahkan telur sebiji je sebab Aida kata dia dah penat. Dapat bola pun tangan dah mengigil asyik tak masuk jaring je walaupun peluang ada.
Team farmasi dapat tempat ke 2. Suka tenguk center dia banyak energy sungguh. Dah final pun masih lagi laju dia lari.
Hadiah wang tunai dan medal.
Ada pemain terbaik, penjaring terbaik dan defender terbaik. Dapat piala kecil. Yang piala besar tu Piala Pengarah.
Pengarah memulakan acara.
Ni masa senam robik
Pihak urusetia Kelab Kebajikan Hospital yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan. TQ pihak urusetia.
Laporan dalam Face book. Petang tu masing-masing keletihan. Besok kerja baru teringat anak buah aku semuanya masuk bertanding malahan Pn wawa pun jari dah lebam. Jadi ada yang off pagi ada yang off petang sebab kaunter tak boleh kosong. Boss dia pun dah sakit tekak sebab bersorak. Seharian tak habis lagi citer pasal game netball. Semuga tahun depan boleh jadi juara pulak. Aamiin
Sorakan yang sungguh hebat.
Queen Rekod fight fight fight.
ps: aku kan bekas pemain netball bila tenguk orang bermain aduhaiiii rasa nak join sama apa lagi bila tenguk member-member dah kepenatan. Tapi bila teringat usia dan kaki yang dah tak kuat emmm main pas-pas bola lah ye. Buat lepaskan rasa gian nak main netball. hehehehe
Happeningnya sambutan hebat.
ReplyDeleteTahniah! top 4 tu kira power dah tu
Tu lah masing-masing macam tak percaya sebab boleh menang ketiga-tiga game yang pertama dan jadi johan kumpulan A.
DeleteHebaaat. Ini salah satu olahraga yg saya tak bisa sangat2 dari zaman sekolah 🤣. Trauma pula pernah kena hantam di muka 😂. Makanya selalu takut kalo dah Exam bola volley 😅. Dan nilai dah dipastikan failed lah 😅
ReplyDeletePaling seronok lah netball. saya ktif zaman sekolah dulu. Lah ni nak angkat kaki pun tak larat apa lagi nak lari....huhuhu zaman dolu boleh lah
DeletePower tu... Bukan kaleng kaleng... Hihii
ReplyDeleteTu lah masing-masing macam tak caya je boleh dapat tempat ke 4 daripada 16 pasukan. Juara kumpulan 1 pulak tu
Delete