Assalamualaikum,
Acara yang selalu kami buat dan selalu bermasalah bagi kami ialah stor simpanan fail Pesakit. Jadi aktiviti gotong royong mengangkat Fail Pesakit untuk di pindahkan ke stor ke 2 di PBBR merupakan acara wajib. Bilik Stor Fail hanya boleh menampung 2 tahun je simpanan. Bila masuk tahun baru kenalah mengemas untuk di pindahkan.
Nampak tu susunan fail BHT pesakit. Selalunya En Shaiful yang buat sikit demi sikit. Jadi bila dah selesai sorting tahun yang kami nak bawa maka satu hari yang tidak sibuk untuk kami bergotong royong memindahkan fail tersebut. Almaklum le staf kami En Shaiful je kumbang yang ada. Bunga-bunga yang lain kenalah tolong menolong.
Bila di buat macam ni memang namppak berselerak le.
Ni pulak permohonan lapuran Perubatan yang telah di terima dan telah selesai prosesnya. Kena juga letak di stor PBBR sebab tak cukup tempat nak simpan.
Bila lori dah sampai semua bergotong royong mengangkatnya. Nasib baik loading bay dekat je jadi tak le jauh sangat nak jalan. Tapi bila buat ramai-ramai tidak le rasa susah.
Se ekor kumbang di apit bunga-bunga. Boss pun ikut sama bergotong royong.
Entah apa lah yang di gelakkan tu.
Tu dia ko. Bersusun-susun fail Pesakit.
Macam-macam gaya
Masa angkat dalam lori tak rasa lagi beratnya.
Sampai terduduk Pn Wawa buat kerja
Akhirnya penuh lah lori. Jom pi PBBR(Pusat Bersalin Berisiko Rendah)
Yang tinggal di pejabat ialah beberapa staff yang jaga kaunter. Yang lain semua pergi gotong - royong.
Sampai di Bilik Stor hah susun balik ikut no tertentu
Sampai di PBBR ayoh lah angkat pi tingkat 4.
Boss dan Pn wawa dalam lori menolong mengatur fail mana masuk bilik mana. Ada untuk O&G, ada Paeds dan ada lain-lain.
Sampai di Bilik Stor hah susun balik ikut no tertentu
Dalam pukul 12 lebih habis lah Fail dalam lori dan susun di Bilik Stor. Lepas tu masing-masing pun dah penat. Lepak dulu. Pn Wawa order nasi ayam untuk lunch kami dan Pn Su order tealife untuk minuman.
Lepas makan lepak dulu dan dalam pukul 2 lebih balik semula ke HPJ. Minggu lepas gotong royong sisihkan fail ikut disiplin untuk memudahkan fail dilupuskan nanti. Manakala hari ni fail 2 tahun yang lepas di simpan.
Berapa lama fail tu akan di simpan sebelum dilupuskan? Ke mmg tak akan dilupuskan?
ReplyDeleteYang biasa 7 tahun. Paeds dan O& G 10 tahun. Manakala psychiatrik selamanya
DeleteUrusan dokumen ini memang yaaa peniiiing 😂😂. Walau dah zaman digital, tapi saya paham ada beberapa yg hard copy tetap harus ada. Ini diluruskan setelah 7 THN ya kak?
ReplyDeleteDulu saya urus dokumen nasabah yg bermasalah, itu wajib disimpan 30 tahun baru bisa dihancurkan 🤣🤣. Terkadang staffnya saja dah berganti2 pula. 😅
Bila melibatkan dokumen penting kadang hard copy perlu juga walaupun dulu kata nak paperless. Tak jadi sangat
Deletebanyaknya...mmg perlu kpd gotong-royong, kerja berat menjadi mudah, dapat diselesaikan dgn cepat..
ReplyDeleteKena gotong royong. Tu pun tak habis dalam 1 hari
Delete