Lempu yang di jadikan korban di sembelih di tempat kami membelinya. Lepas tu dah disembelih barulah di bawa ke Muar dengan lori yang di pandu oleh Suami Ika. Ni kat Batu Pahat ni.
Cerita hari raya Aidil Adha yang lalu. Dah nak masuk awal Muharam baru nak up citer.
Raya Aidil Adha yang lalu kami ada buat ibadah korban adik beradik. Oleh kerana Kak ambah berada di tanah suci Mekah jadi Kak Jal lah jadi chef tukang masak masa pagi raya. Kiranya orang tangkak beraya di muo.
Gambar yang ada rupanya masa daging dah sampai. Lepas tu team Melaka jadi tukang timbang. Masa ni lepas siapkan air sirap bandung dan buah-buahan aku terus tumbang sebab demam. Kuih yang aku order dengan kawan kat Kg Baru pun kak jal dan Jol yang tolong ambilkan.
Apa yang berlaku kat dapur yang dah ramai dengan keluarga Kak limah serta yang lain-lain aku dah tak tahu sebab dah terbongkang tidur kerana demam.
Nasib baik kak Nong dan Kak Jal yang tolong kemaskan. Setelah daging korban di potong-potong serta di timbang. Ada yang buat sup tulang. Meriah lah makan daging fresh korban.
Bangun makan ubat lepas tu tumbang lagi tak sedar apa pun yang berlaku. Besok dah baik sikit kemas-kemas nak balik KL. Balik bersama julie. Masuk toll Tangkak je dah jem. Aku sambung lagi tidur sebab seharian ni asyik cirit birit dan muntah-muntah. Padahal semalam tak makan apa pun. Nasib sepanjang perjalanan ke KL yang jem tu aku tidur dan tidak meragam perut nak cirit birit.
Berhenti kat RnR Air Keroh sebab jem dan driver dah mengantuk. huhuhu petang le sampai rumah. Nasib baik besok cuti lagi hah apa lagi sambung tidur lagi. Teruk nau aku demam kali ni.
Selamat menjalani ibadah qurban aidiladha 1445H
ReplyDeleteAlhamdulillah wak dah selesai acaranya
DeleteHarap sihatlah sudah sekarang ni kan Notie.
ReplyDeleteAlhamdulillah, berkorban di Aidil Adha.
Alhamdulillah dah sihat. Dah kerja pun amie.
DeleteSalama Adil Adha... Meriah acara setiap tahun kan :D
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat mengimarahkan Raya Aidil Adha
DeleteHarap2 saat ini kakak sudah sehat lagi yaa 🤗. Kalo dah demam ini, tambah pula minum obat, dah pasti tertidur seharian. Efek obat kan
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah sihat.
DeleteAlhamdulillah..gotong-royong ahli keluarga..
ReplyDeleteGotong royong supaya cepat siap.
Delete