Assalamualaikum,
Pada hari Isnin 19hb ogos yang lalu kami di jemput sebagai audit koding di Institut Respiratori Perubatan oleh Jabatan Rekod Perubatan di institut tersebut. Selain daripada Hospital Putrajaya seramai 4 orang manakala ada 2 orang dari Hospital Kuala Lumpur.
Oleh kerana aku dok ampang jadi terus je lah ke IPR manakala Pn Hanum dan 2 orang lagi AMRO naik kenderaan jabatan daripada Hospital.
Ni lah pertama kali masuk IPR jadi termanggu juga le. Tak tahu mana nak tuju tanya je Pak Guard tu. Rupanya ada 2 blok. Satu blok untuk pesakit luar dan 1 blok lagi untuk Pesakit Dalam. Yang blok pesakit luar tu termasuk juga pejabat pentadbiran. Bangunan hospital bangunan lama jadi takde lah changgih sangat macam hospital baru malahan tenguk bangunan pun dah tahu dah berusia berpuluh tahun.
Oleh kerana aku dan 2 lagi AMRO dari HKL datang awal, jadi pihak urusetia suruh sarapan dahulu sebelum memulakan audit.
Kita orang buat audit koding di Auditorium sebab kat situ je line internet yang kuat. Tempat yang dicadangkan pada awal internet macam ciput je apa lagi nak guna internet kan jadi ikut je lah. Lagi pun kes koding tak banyak sebab tu tak ramai.
Pn hanum dan Pn Mar jadi verifiers manakala 4 orang buat koding. Yang koding buat dulu nanti yang verifiers laju je sebab dah expert coders.
Alhamdulillah sebelum tengahari dah setel. Semua yang terlibat dalam audit koding.
Sebelum balik kita orang pergi lah jenguk pejabat Rekod depa. Pejabatnya kecil je dan kawasan kaunter pun hanya untuk 2 orang je. Sebelahnya pejabat Pengarah.
Staf yang ada. Berapa kerat je staff Pejabat Rekod IPR.
Kecil je kawasan pejabat dia kan. Bi;lik boss pun comel je.
Wad Institut Perubatan Respiratori. Bangunan 2 tingkat je.
Selesai membuat lawatan muhibbah di pejabat Rekod kita orang pun balik.
Ada juga audit khusus coding yaa. Yg ini saya memang tak paham , bab coding lebih pening lah kepala 😅. Salut dengan orang2 yang memang expert dalam bidang ini 👍
ReplyDeleteAudit ni dijalankan supaya koding hospital yang dibuat oleh unit rekod tepat kodnya. Jadi peratusan kod tersebut tepat dan betul adalah tinggi. Saya ada kawan senior yang expert tentang kod penyakit sebab dia bekerja di HKL yang merupakan segala macam penyakit ada. Kalau petik je satu penyakit automatik dia boleh beri kod koding tersebut. Perghhh otak macam komputer boleh save semua kod penyakit.
DeleteAlhamdulillah selesai meng audit tu lah baru boleh tarik nafas panjang.. Buat audit di auditorium sbb situ jer line kuat.. harap di masa hadapan akan ada penambahbaikan :D
ReplyDeleteBangunan lama TT sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang besar untuk upgrade fasiliti IT
Deleteselesai tugas berat alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah ok lah sis kod penyakit hospital tersebut tak susah sangat
Delete