Wednesday, October 30, 2024

Sign opsyen SSPA 2024

 


Assalamualaikum,

Orang gomen dah sign opsyen SSPA lum. hah sign jangan tak sign. Sign dapat kenaikan gaji kalau tak sign silap haribulan di bersarakan awal ya sebab dah tak relevan. emm Begitu lah nasib orang gomen. Apa pun syukur alhamdulillah. Rezeki Allah berikan.


29hb ada taklimat bagi kumpulan pelaksana, jadi pergi lah dengar. Pasal cuti kelompok, pasal gaji pasal term jawatan dan macam-macam lagi lah. Yang best sebab cuti kelompok selama 20 hari dalam setahun. Kalau cuti umrah pertama kali dapat 7 hari sebelum ni kalau nak tambah hah boleh le cuti sampai 20 hari tapi buat yang pertama kali umrah le. Kalau tahun depan pi umrah lagi tak boleh le mohon cuti umrah ni. Masa aku buat umrahtahun 2017 tak da lagi cuti umrah. Ni dah ada hah boleh lah kumpul duit buat umrah tapi kalau boleh biarlah Allah jemput aku menunaikan haji dulu sebelum buat umrah kali kedua. Aamiin. 

Banyak juga jawatan yang di jumudkan sebab sudah tidak relevan dan ianya untuk dipelbagaikan tugas sebab sekarang tiada lagi jawatan kelulusan PMR ye. Semuanya dah guna SPM. Dan yang untungnya bagi lantikan pertama gaji minimum RM1500. Mana yang gaji kurang hah automatik dapat kenaikan sampai RM1500 tu. Alhamdulillah. Tapi bila naik gaji kerja pun bertambahlah ye. Jangan lah pulak bila kena buat kerja banyak dan teruk hah meroyan semua tapi bila tang gaji hah nak pulak. Kita orang dulu gaji starting je rendah tau tapi masa tu barang tak mahal seperti sekarang. Kerja banyak pun hadap le semua sebab bos-bos garang-garang. hehehehehe Bukan macam sekarang budak-budak muda kerja kerani start je dah 1K. Kita orang dulu emm ratus je dik. Nak beli kereta pun fikir banyak kali sebab tak mampu. Budak sekarang senang dapat kerja je terus beli kereta. Kadang mak bapak dah belikan walaupun belum ada pendapatan tetap lagi. Zaman dah berubah kan. Alhamdulillah syukur aku pernah alami semua itu.   

Hospital Putrajaya mempunya ramai staff dan pelbagai jawatan. Jadi pihak admin sudah buat booth untuk sign opsyen SSPA ni di Level LG. Selain daripada itu ada juga taklimat bagi jawatan tertentu daripada 18hb sehingga 30hb.  Jadi pergi lah dengar taklimat.


Masa 22hb pulak ada kawan yang bagi tahu jom sign opsyen sebab masa tu kaunter tidak ramai orang. Kita orang ingatkan 29hb baru dengar taklimat dan sign,  rupanya boleh je sign awal takut nanti kaunter ramai orang. Jadi apa lagi kami pun jengukle. 


Buat pendaftaran dahulu kat meja hujung tu hah lepas tu baru tahu kaunter mana kita kena hadap. Nanti pihak admin semak nama dan keluarkan lah surat kontrak SSPA. hehehehe Hah masa ni belek le apa yang kita dapat dan soal lah apa yang perlu tahu. Dah ok hah sign le. Nanti satu copy kita dapat untuk simpanan.   


Sign guna dakwat cair hitam ye. Kawan aku dah tersign dakwat warna biru dah kena print balik form. Daripada cepat jadi lambat.

 Ni staf-staf pejabat aku. Kami ramai-ramai serbu sebab tak ramai orang. Kalau ramai huh jenuh le tunggu nama. Ikut giliran.


Kemudahan cuti rehat kelompok 20 hari


Ni skim yang akan berubah namanya.


Kemudahan cuti menjaga anak.

     Hah ini yang kena tahu ni. Dulu aku tak puas hati sebab kenaikan gaji tahunan N29 dengan N32 beza kalau naik pangkat naik RM10 je. Kalau dapat tempat yang jauh emm macam tak berbalui je naik pangkat. Yang ni hah nampak juga lah ada perbezaan sikit. 

Apapun syukur lah atas rezeki yang aku perolehi sebelum beberapa tahun lagi nak pencen. Alhamdulillah ya Allah atas rezeki yang aku perolehi. 


2 comments:

  1. Betul kalau naik pangkat tapi amount sikit kena tukar tmpt kerja jauh... Tak berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu ada yang sanggup PJJ demi rezeki keluarga sebab berbaloi-baloi dapatnya.

      Delete