Friday, April 25, 2025

Jamuan Raya di Jabatan Forensik HPJ

 


Assalamualaikum.

Jabatan Forensik ni tiap tahun jemput kita orang datang beraya kat tempat dia. Almaklumle jiran yang terdekat.  Jadi hari ni kita orang pun pergi memenuhi jemputan mereka. Kat HPJ ni sepanjang Syawal ada je Jabatan yang menganjurkan jamuan raya. Ada yang kami dapat jemputan ada yang kita orang jeling je sebab tak dapat jemputan. Macam hari ni selain Forensik , Jabatan Farmasi ada juga buat jamuan tapi dia jemput ketua Bahagian je. Tahun ni tak jemput ramai tak macam tahun lepas memang ramai jemputannya dengan macam-macam makanan. Jadi bila lalu Farmasi tu kita orang jeling je lah sebab tak dapat jemputan.


 Tok tok tok..... ada orang tak ni


Suasana di dalamnya. 


Tu dia simple je banner jamuan


Jemput makan. Satay dia mengoda sungguh sebab besar isinya. Mula-mula staf Rekod je yang ramai. Setelah kami selesai makan apa lagi ramai jemputan yang lain hadir.


Nasi minyak, rendang ayam, Satay, Mee kari serta buah-buahan dan kuih serba sedikit. 


Makan satay 3 cucuk layan dengan rendang dan sambal sotong dengan lemang. Lepas tu pekena mee kari. Sedap dan kenyang. Tahun lepas ada laksa Serawak.


Tahu begedil dia pun sedap. Besar isi dalamnya.


Masa lalu nak balik seronok tenguk sambil makan layan video kat pc. 

Terima kasih daun keladi ya Jabatan Forensik.....lain tahun jemput lagi

Thursday, April 17, 2025

Batam - Skin care yang digunakan oleh Pipid TA




Assalamualaikum,

Yang baju putih tu lah TG Batam namanya Pipid. Cantik kan. Kulitnya mulus bersih. Apa lagi sempat aku tanya apa skincare yang dia pakai. Tada.... Boleh tenguk di bawah ya. Lepas di beritahu Pipid apa skincare dia apa lagi merata le kami cari di Batam. Tak jumpa apa lagi shoppe le jadi mangsa. hehehehe

Wednesday, April 16, 2025

Monday, April 14, 2025

Kemeriahan Hariraya Aidil Fitri 2025

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat berkumpul lagi beramai-ramai keluarga Bakri. Kalau di hitung semuanya yang hadir sepatutnya 85 daripada 95 orang tapi akhirnya 83 sahaja sebab seorang disebabkan faktor kesihatan dan seorang lagi sangkut jem  kat JB. Yang 10 orang lagi tu untuk 2 keluarga yang beraya di kampung mertua masing-masing. Orang brunei pun dapat balik beraya tahun ini.