Assalamualaikum,
Hari Raya ke 2
Raya ke 2 macam biasa mesti pergi Gersik jengah Pak saudara yang tinggal, Oleh kerana marhaban hari ke 3 jadi kita jalan beraya dulu. Selalu kena tenguk jadual marhaban kat kampung baru boleh buat jadual perjalanan beraya adik beradik.
Jadi pagi tu singgah rumah Kak lela, Tenguk Elvy dah siap-siap nak balik KL. Katanya besok nak pergi Jakarta bertugas sambil makan angin.
Singgah beraya rumah Kak limah kat Tanjung Agas. Meri masak laksa Johor. Lepak kat belakang rumah Kak limah seronok pulak tenguk pokok tanaman dia.
Laksa Johor
Sup kambing. Hasil perusahaan menantu ke 2 di Bangi.
Memang sedap masakan kat Rumah Paman. Ada sambal goreng ayam masak kicap. Simple tapi sedap.
Cucu Brumei pulak buat hal. Boleh pulak dia kencing dalam seluar. Dia lupa tak pakai pampes bila bangun tidur. Maknya pulak tak bawa seluar spare. Nasib baik suami kak Miah bagi kain pelekat. hehehehe 2 tahun dulu jatuh benjol kepala. Macam-macam aje cucu Kak jal ni.
Pergi rumah Kak Tijah kat Parit Sulong. Bila belek-belek eh takde gambo.
Raya ke 3
Pagi ni ada marhaban kampung. Ada orang tu selalu up status buat bubur lambuk bila Ramadan jadi kita orang request sajikan bubur lambuk kat orang kampung. Hah tu dia pukul 4 pagi kak Norra dan suaminya masak bubur lambuk.
Siap hidangan untuk marhaban. Selain itu letak kuih raya sikit dan air kotak. Senang. Dia nak makan atau tapau bawa balik kita orang sediakan beg plastik.
Dah siap masak kita orang letak dalam mangkuk. Kalau nak makan boleh makan kalau nak bawa balik pun boleh je.
Lupa nak suruh Jol ambil gambar masa marhaban. Kampung kami di muo masih lagi ada acara marhaban. Walaupun adik beradik ramai yang dok lain tempat tapi kami masih ambil bahagian.
Siap je marhaban apa lagi bersiap le kami untuk beraya ke rumah adik beradik yang lain.
Pergi area sungai Balang singgah rumah kawan Kak Norra serta senior aku juga. Lepas tu pergi rumah Kak mon Kakwan Kak ambah masa kerja. cari punya cari rupanya dari sg Balanag dia dah pindah ke area Batu Pahat nun. Sekali ikut waze eh dah sampai Parit Sulong ruamh area Kak Tijah. Kak mon dapat panggilan haji tahun ini jadi pi le jenguk, Patutnya dengan suami tapi suami dia baru kena serangan stroke jadi tak dapat le pergi.
Lepas tu pi Tangkak rumah Kak jal. Kak jal hari ni sambut adik beradik Aruah Bang Mad. emm memang tak beraya le kalau famili abang mad datang. Dari tengahari sampai ke petang.
Bubur lambuk yang baki banyak masa marhaban tu jenuh le kami pack dan bagi adik beradik semasa pergi berhari raya. Yang Kak jal punya aku bagi 1 bekas besar sebab tahu ramai adik beradik Bang Mad datang. Lepas tu khas untuk Hafiz yang request kat makcik dia suruh buat bubur lambuk. Hafiz tahun ni beraya rumah mak mertua dia kat mersing. Ni baru sampai rumah maknya di Tangkak.
Rumah adik tak singgah sebab dia pi beraya rumah adik beradik Shiba.
Pengakhir raya ke 3 ialah rumah Kak nong. Ada roti canai apa lagi semua pun berebut nak makan. Dah sebulan tak sarapan roti canai memang laku lah.
Alhamdulillah dapat berkumpul beraya rumah adik beradik seperti tahun sebelumnya.
Meriah bila berjumpa dgn sanak saudara dan kenalan.. ke sana sini dan beraya.. menyediakan makanan dan menyantap makanan di rumah org ketika beraya.. :D
ReplyDeleteMasa ni lah dapat berjumpa memeriahkan suasana raya
Deletesonoknya beraya ramai2 bersama keluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah sis. Masa ni lah dapat bertemu meriahkan ukhwah sesama kami
DeleteSeronoknya beraya.
ReplyDeleteSaya rasa macam tak puas beraya kali ini.
Bil;a dapat berkumpul beramai-ramai memang rasa tak puas
DeleteItu enaknya kalo adik beradik ramai. Di saat momen raya begini baru terasa 👍👍.
ReplyDeleteRumah pohon itu baguuuus sangat. Dulu saya teringin punya rumah pohon, gara2 banyak baca novel Enid Blyton kan 😁.
Novel enid blyton best kan. Gara-gara dia rasa macam nak pi uk lah pi kebun lah pi manjat rumah pokok lah. Apa lagi novel kanak-kanak dia femes masa dulu
DeleteSeeonoknya .raya SA tahun ni suram...di landa sakit...tahun depan la kita mendonia...but to make sure x sakit dh...
ReplyDelete