Tahniah dan terima kasih kepada semua Warga Hospital Putrajaya!
Hospital Putrajaya telah menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista.
Pengiktirafan berprestij ini adalah hasil daripada penilaian bebas dan telus berdasarkan parameter utama berikut:
1. Cadangan dan penilaian daripada rakan-rakan profesional perubatan
2. Metrik kualiti hospital
3. Pengalaman pesakit
Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan setiap anggota hospital — dari barisan hadapan hingga ke pentadbiran — dalam memberikan rawatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berfokuskan pesakit.
Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi untuk kita semua mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh lagi Hospital Putrajaya sebagai pusat penjagaan kesihatan pilihan utama negara.
Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas!
Kredit dari forward WA Group Rekod HPJ
Assalamualaikum,
Wah tak sangkalah . Tiba-tiba dapat info diatas ni daripada Pn Mar. Tapi kita orang tak tahu pun yang HPJ menerima pengiktirafan tersebut. Kat FB HPJ pun tak nampak bayang. Tapi tadi nampak ex DG Datuk Hisham update status tersebut dalam Fb. Datuk Hisham walaupun dah pencen tapi kepakarannya masih di perlukan di Jabatan Endokrine HPJ.
Manakala info yang Pn Hanum bagi kalau di Malaysia, bagi semua Hospital termasuk swasta adalah Sunway Medical Centre ranking no 1, HKL no 4 dan HPJ no 29. Manakala bagi hospital kerajaan pula HKL no 1, Hospital Umum Serawak no 2 dan HPJ no 3.
Apa pun semua ini adalah usaha semua staff Hospital Putrajaya dibawah pentadbiran Dr Suraya sebagai Pengarah Hospital yang begitu dedikasi sehingga mendapat pengiktirafan seperti ini. Semuga Hospital Putrajaya semakin berjaya dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan buat warga di Putrajaya.