Sunday, October 5, 2025

Pencarian Segmen Bloglist Cie aka Roziah terjawab

 





Assalamualaikum,

Alhamdulillah terjawab sudah pencarian Cie bagi segmen Bloglist di Blog dia. Ada 5 pemenang dan tak sangka pulak blog sajesuka-suka naik nama. Terima kasih lah cie buat segmen bloglist ni. Untuk 3 bulan ni sebelum tahun 2025 tamat maka segala cerita mak nenek yang aku up boleh nampak di  bloglist sebelah kanan. Jadi kena rajin rajin up cerita lah ye. 

Di bawah ni adalah keputusan mereka yang 5 bertuah termasuk aku.  Tahniah ya buat semua. Rasa macam meriah pulak blogger-blogger sekarang. Aku je yang kadang tengelam timbul nak up cerita. Tapi ianya tidak akan mematahkan semangat aku dalam berjuang opss menulis ler. Apa ingat nak pi berperang ke apa. Opsss... Ya berjuang supaya sentiasa mendoakan perjalanan Misi kemanusiaan sedunia GSF di permudahkan oleh Allah SWT. Begitu juga rakyat Malaysia yang terlibat semuga tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Cemas juga bila kata kena tawan semuanya rakyat Malaysia. Allahuakbar. Walaupun begitu nampak macam kita kalah tapi sebenarnya kita dah menang sebab seluruh dunia sedang bangkit untuk melawan zionis durjana. Kita doakan semuga bantuan yang di hulurkan sampai kepada rakyat Palestin yang sedang sengsara dengan serangan ganas zionis durjana. Hidup Palestine. 

Aduhaiiii maaf lah bersemangat pulak bila cerita tentang isu antarabangsa yang sedang kita ikuti perkembangan mereka sekarang.  Sambung balik cerita aku.

 

Ok Ini adalah mereka-mereka  yang berjaya:-

5 Blog Terpilih untuk Bloglist

Hasil daripada cabutan menggunakan Wheels of Names, berikut adalah senarai 5 blog terpilih yang akan berada di sidebar bloglist Roziah Muhammad Nor untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025):



12. Sueann

10. eyma



Bila tenguk senarai nama wah ni semua geng-geng yang rajin menulis ni. Kena ambil aura mereka lah supaya aku bersemangat menulis setiap hari. Chaiyok chaiyok chaiyok.


15 comments:

  1. Alhamdulillah...nama SA tersenarai...syukur..tahniah kak notie..

    ReplyDelete
  2. Tahniah, kak, kerana terpilih. Semoga terus bersemangat berblogging. 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena istiqoma gitu. hehehe padahal kadang hauk je apa ye nak buat citer

      Delete
  3. Ya perancangan Allah kadang-kadang kita tidak faham.
    Tahniah. Nama blog dan tajuk akan sentiasa terpampang.

    ReplyDelete
  4. nampaknya kita kena rajin berblogging lah bila dah tersenarai kat blog kak cie. ambil aura orang rajin!

    ReplyDelete
  5. tahniah notie rajin sertai segmen

    ReplyDelete
  6. Tahniah semoga terus rajin menulis 😄

    ReplyDelete
  7. Tahniah..satu nikmat berblog..ada kegembiraan membahagiakan..semua ini manfaat bersosil sihat di arena blogging..

    ReplyDelete
  8. congrats.. x sempat nak join hari tu..next time ek

    ReplyDelete