Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, November 25, 2025
Sunday, November 23, 2025
Wednesday, November 19, 2025
Life is Beautiful Giveaway
Assalamualaikum,
Cantik kan kalendar customise yang di buat oleh Blogger Mummy Ayu. Hah sapa yang berminat boleh lah join GA yang MA buat ni . Jadi apa lagi meh lah jom ramai-ramai kiter meriahkan Giveaway Mummy Ayu ni. Jom jom jom jom jom hebuh hebuh eh jom join GA MA
Update terkini lupa nak up cara-caranya nak join. hehehehe
Thursday, November 13, 2025
Wednesday, November 12, 2025
Tuesday, November 11, 2025
Sunday, November 9, 2025
Thursday, November 6, 2025
Wednesday, November 5, 2025
Tuesday, November 4, 2025
Monday, November 3, 2025
Friday, October 31, 2025
Wednesday, October 29, 2025
Tuesday, October 28, 2025
www: Tips keseronokan bekerja
Keseronokan bekerja bukan sahaja membuat kita lebih bersemangat, malah meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

Sunday, October 26, 2025
Thursday, October 23, 2025
Tuesday, October 14, 2025
www: Keseronokan bekerja
Keseronokan bekerja bukan datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. 
Hari Jantung Putrajaya
Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Hospital Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Komuniti Madani Putrajaya, Institut Jantung Negara serta rakan-rakan strategik, buat julung kalinya akan menganjurkan Hari Jantung Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad, seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Oktober 2025 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan jantung serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, saringan jantung oleh Institut Jantung Negara (IJN), kuiz kesihatan, dapur sihat, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Jom Orang Putrajaya....ramai-ramai menjayakannya.
Monday, October 6, 2025
Sunday, October 5, 2025
Pencarian Segmen Bloglist Cie aka Roziah terjawab
Assalamualaikum,
Alhamdulillah terjawab sudah pencarian Cie bagi segmen Bloglist di Blog dia. Ada 5 pemenang dan tak sangka pulak blog sajesuka-suka naik nama. Terima kasih lah cie buat segmen bloglist ni. Untuk 3 bulan ni sebelum tahun 2025 tamat maka segala cerita mak nenek yang aku up boleh nampak di bloglist sebelah kanan. Jadi kena rajin rajin up cerita lah ye.
Di bawah ni adalah keputusan mereka yang 5 bertuah termasuk aku. Tahniah ya buat semua. Rasa macam meriah pulak blogger-blogger sekarang. Aku je yang kadang tengelam timbul nak up cerita. Tapi ianya tidak akan mematahkan semangat aku dalam berjuang opss menulis ler. Apa ingat nak pi berperang ke apa. Opsss... Ya berjuang supaya sentiasa mendoakan perjalanan Misi kemanusiaan sedunia GSF di permudahkan oleh Allah SWT. Begitu juga rakyat Malaysia yang terlibat semuga tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Cemas juga bila kata kena tawan semuanya rakyat Malaysia. Allahuakbar. Walaupun begitu nampak macam kita kalah tapi sebenarnya kita dah menang sebab seluruh dunia sedang bangkit untuk melawan zionis durjana. Kita doakan semuga bantuan yang di hulurkan sampai kepada rakyat Palestin yang sedang sengsara dengan serangan ganas zionis durjana. Hidup Palestine.
Aduhaiiii maaf lah bersemangat pulak bila cerita tentang isu antarabangsa yang sedang kita ikuti perkembangan mereka sekarang. Sambung balik cerita aku.
Ok Ini adalah mereka-mereka yang berjaya:-
5 Blog Terpilih untuk Bloglist
Tuesday, September 30, 2025
Sunday, September 28, 2025
Thursday, September 25, 2025
Tuesday, September 23, 2025
Monday, September 22, 2025
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 Oktober - Disember 2025
Cara Nak Join Segmen Bloglist
- Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
- Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
- Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
- Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.
Friday, September 19, 2025
Thursday, September 18, 2025
Bantuan Penjagaan Oku Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar/Pesakit kronik Tidak Terlantar
Assalamualaikum,
Nak kabor kalau ada waris atau kawan-kawan yang menjaga Oku Terlantar atau pesakit Kronik Terlantar boleh lah mohon bantuan tersebut.
Ini adalah cara-caranya. Mudah-mudahan di permudahkan urusan menjaga orang sakit.
Wednesday, September 17, 2025
Tuesday, September 16, 2025
Wednesday, September 10, 2025
Tuesday, September 9, 2025
Monday, September 8, 2025
Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat JK WP dan Putrajaya
Assalamualaikum,
Sebagai warga KKM keselamatan pesakit adalah amat di ambil berat sebab mereka adalah pelanggan kami pada setiap masa. Malahan tanpa pesakit siapale kami ye.
Jadi kali ini Jabatan Kesihatan WP dan Putrajaya telah mengadakan event di Taman Tasik Permaisuri pada 13hb September 2025 dari pukul 7.00 pagi sehingga 12 tengahari. Macam-macam aktiviti diadakan. Sesiapa area Cheras boleh lah join. Ada cabutan bertuah tu tau. hah senam robik zumba tu selalunya waktu pagi.
Apa lagi meh le jom jom jom heboh heboh heboh. eh... tersasul pulak gaya macam TV 3 hehehehe.












.jpg)




.png)












.png)
.jpg)
.jpg)













