Tuesday, November 25, 2025

Wednesday, November 19, 2025

Life is Beautiful Giveaway

 


Assalamualaikum,


Cantik kan kalendar customise yang di buat oleh Blogger Mummy Ayu. Hah sapa yang berminat boleh lah join GA yang MA buat ni . Jadi apa lagi meh lah jom ramai-ramai kiter meriahkan Giveaway Mummy Ayu ni. Jom jom jom jom jom hebuh hebuh eh jom join GA MA


Update terkini lupa nak up cara-caranya nak join. hehehehe


1. buat 1 entry, tajuk....Life is Beautiful Giveaway link kan ke blog Mummy Ayu ni

2. tinggalkan link entry tu kat bahagian komen..entry ni

tu je...
simple kan?

tarikh tutup ....
27 nov 2025

gambar atas tu aku link ke tuan rumah Mummy Ayu ye

Perhimpunan Bulanan November 2025

 


Thursday, November 13, 2025

Sumbangan Program Jelajah Madani sempena 25 tahun HPJ


                                                   Sumbangan sebanyak Rm100,00

Wednesday, November 12, 2025

Tuesday, November 11, 2025

Sunday, November 9, 2025

Audit Rekod Perubatan Pesakit 2025

 

                                                                 Big Boss bagi penerangan

Pelbagai event di Lobi Endokrine HPJ minggu ini

 


Tuesday, November 4, 2025

Sambutan Jubli Perak Hospital Putrajaya

 

Kejohanan Bowling Piala Pengarah 2025

 

                                                        Dr Khairul merasmiskan kejohanan

WW: Mekanik Minda


 


Friday, October 31, 2025

Latihan Kebakaran di Hospital Putrajaya 2025

 Taklimat dahulu sebelum operasi fire Drill diadakan dengan kerjasama Pihak Bomba Putrajaya

Tuesday, October 28, 2025

Amalan yang perlu Istiqoma untuk Allah murahkan rezeki


 15 Tips Murah Rezeki!

www: Tips keseronokan bekerja


 Keseronokan bekerja bukan sahaja membuat kita lebih bersemangat, malah meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. 

Mengurus stres dengan bijak adalah langkah pertama menuju kesejahteraan diri! 💪  

Keseronokan bekerja bukan datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. 🌟

Thursday, October 23, 2025

Tuesday, October 14, 2025

www: Keseronokan bekerja

 


Keseronokan bekerja bukan datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. 🌟

Hari Jantung Putrajaya

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Hospital Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Komuniti Madani Putrajaya, Institut Jantung Negara serta rakan-rakan strategik, buat julung kalinya akan menganjurkan Hari Jantung Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad, seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 19 Oktober 2025 (Ahad)

Masa: 7.30 pagi – 1.30 tengah hari

Tempat: Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya

 

 Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan jantung serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, saringan jantung oleh Institut Jantung Negara (IJN), kuiz kesihatan, dapur sihat, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan percuma. 


Jom Orang Putrajaya....ramai-ramai menjayakannya.


Monday, October 6, 2025

Anugerah Sijil Hospital Mesra Ibadah


Sijil Khas Hospital Mesra Ibadah

Sunday, October 5, 2025

Pencarian Segmen Bloglist Cie aka Roziah terjawab

 





Assalamualaikum,

Alhamdulillah terjawab sudah pencarian Cie bagi segmen Bloglist di Blog dia. Ada 5 pemenang dan tak sangka pulak blog sajesuka-suka naik nama. Terima kasih lah cie buat segmen bloglist ni. Untuk 3 bulan ni sebelum tahun 2025 tamat maka segala cerita mak nenek yang aku up boleh nampak di  bloglist sebelah kanan. Jadi kena rajin rajin up cerita lah ye. 

Di bawah ni adalah keputusan mereka yang 5 bertuah termasuk aku.  Tahniah ya buat semua. Rasa macam meriah pulak blogger-blogger sekarang. Aku je yang kadang tengelam timbul nak up cerita. Tapi ianya tidak akan mematahkan semangat aku dalam berjuang opss menulis ler. Apa ingat nak pi berperang ke apa. Opsss... Ya berjuang supaya sentiasa mendoakan perjalanan Misi kemanusiaan sedunia GSF di permudahkan oleh Allah SWT. Begitu juga rakyat Malaysia yang terlibat semuga tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Cemas juga bila kata kena tawan semuanya rakyat Malaysia. Allahuakbar. Walaupun begitu nampak macam kita kalah tapi sebenarnya kita dah menang sebab seluruh dunia sedang bangkit untuk melawan zionis durjana. Kita doakan semuga bantuan yang di hulurkan sampai kepada rakyat Palestin yang sedang sengsara dengan serangan ganas zionis durjana. Hidup Palestine. 

Aduhaiiii maaf lah bersemangat pulak bila cerita tentang isu antarabangsa yang sedang kita ikuti perkembangan mereka sekarang.  Sambung balik cerita aku.

 

Ok Ini adalah mereka-mereka  yang berjaya:-

5 Blog Terpilih untuk Bloglist

Hasil daripada cabutan menggunakan Wheels of Names, berikut adalah senarai 5 blog terpilih yang akan berada di sidebar bloglist Roziah Muhammad Nor untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025):



12. Sueann

10. eyma



Bila tenguk senarai nama wah ni semua geng-geng yang rajin menulis ni. Kena ambil aura mereka lah supaya aku bersemangat menulis setiap hari. Chaiyok chaiyok chaiyok.


Tuesday, September 30, 2025

Keputusan GiveAway Mencari Saham Akhirat 2.0

 

                                                       Masjid Lapan Kubah di Terengganu

Trip Keluarga Pantai Timur - Hari 1 Bhg 2

 

                                              Masjid 8 kubah di Jerteh Terengganu

Thursday, September 25, 2025

GA Mencari Saham Akhirat 2.0

 

                               Masjid 8  kubah di Terengganu bukan di Moscow ye

Tuesday, September 23, 2025

Trip Keluarga Pantai Timur - Hari 1 Bhg 1

 

                                                    Masjid Mahmodiah Kota Bharu

Monday, September 22, 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 Oktober - Disember 2025

 


Cara Nak Join Segmen Bloglist

  1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
  2. Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
  3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
  4. Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.

Assalamualaikum,

Hah nampak kat Blog SA segmen ni emm apa lagi cuba lah. Lagi pun geng KKM juga tapi hospital je lain. Apa pun kita datang sokong serta menambahkan ukhwah sesama kiter.

Hah apa tunggu lagi marilah jom. Jom jom jom join semua

Friday, September 19, 2025

Trip Keluarga Pantai Timur - Hari Pertama

                                           Semua seronok nak jalan-jalan
 

Thursday, September 18, 2025

Bantuan Penjagaan Oku Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar/Pesakit kronik Tidak Terlantar


 Assalamualaikum,

Nak kabor kalau ada waris atau kawan-kawan yang menjaga Oku Terlantar atau pesakit Kronik Terlantar boleh lah mohon bantuan tersebut. 

Ini adalah cara-caranya. Mudah-mudahan di permudahkan urusan menjaga orang sakit.

Wednesday, September 17, 2025

Sambutan Bayi Hari Malaysia 2025 Peringkat Hospital Putrajaya

 

                                                            Bayi Hari Malaysia

Tuesday, September 9, 2025

Monday, September 8, 2025

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat JK WP dan Putrajaya


 Assalamualaikum,

Sebagai warga KKM keselamatan pesakit adalah amat di ambil berat sebab mereka adalah pelanggan kami pada setiap masa. Malahan tanpa pesakit siapale kami ye.  

Jadi kali ini Jabatan Kesihatan WP dan Putrajaya telah mengadakan event di Taman Tasik Permaisuri pada 13hb September 2025 dari pukul 7.00 pagi sehingga 12 tengahari.   Macam-macam aktiviti diadakan. Sesiapa area Cheras boleh lah join. Ada cabutan bertuah tu tau. hah senam robik zumba tu selalunya waktu pagi. 

Apa lagi meh le jom jom jom heboh heboh heboh. eh... tersasul pulak gaya macam TV 3 hehehehe.