Tuesday, February 10, 2026

Bershell Out menyambut Ramadan

 

                                           Meja dah siap sedia untuk di serang. hehehehehe

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni kami dapat membuat sedikit jamuan sempena nak menyambut bulan Ramadan. Patutnya nak buat hari Jumaat tapi big boss pi bengkel Ketua Jabatan di Bangi jadi di percepatkan le majlis hari ini sebab minggu depan dah raya cina. Lepas tu Ramadan.


Menunggu untuk di makan






Sos yang recommended:
1. Hot spicy kebaboom
2. Eggy spicy yummy
3. Thai sensation tomyam
4. Chili butter curry

Semua sosnya sedap sampai menjilat jari gitu.



Menunggu sos di tuangkan adata makanan.


Ni geng 4 orang di luar.


Ni meja kat luar. Oleh kerana bilik pantry dah penuh meja buat meja khas untuk 4 orang duduk di luar.


Belum start lagi ni.


Tunggu nak tuang sos. Ada 4 sos yang diberi. Tapi semuanya sedap. Menjilat jari gitu.


Seronok pulak makan beramai-ramai macam ni. 



Dah licin meja kami. Sedap.



Amboi Teha dengan Pn Hana. Banyak sungguh makan tinggal cengkerang je.


     Yang ni lagi haru bersih licin taida sampah. Makan dengan kerang sekali ke? Muskil muskil. hehehehe



Lepas tu pekena desert pulak. 





Selesai je semua beredar. Aku pun dah ngantuk sebab kenyang perut senang hati. Nap sekejap sebelum pukul 2. hehehehe sebenarnya dah makan ubat batuk. Jadi mata pun nak tertidur je.

Sekian dahulu majlis makan-makan bershell Out di Jabatan Rekod Perubatan.  



26 comments:

  1. Seronoknya ada makan- makan sebelum Ramadhan...meriah tu ha..lama gak SA x layan shellout...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan shell out sesekali best. Ni kat opis lagi meriah.

      Delete
  2. Seronok nya makan² Shell out... Linda tak pernah lagi makan Shell out.. hahaha..ketinggalan betul..nak masak nya pun malas juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak makan kat kedai memang mahal tapi boleh je buat sendiri. Seafoodnya pun boleh letak yang kita suka je.

      Delete
  3. Best best tumpang seronok 😍😍

    ReplyDelete
  4. Jabatan kami tak buat makan2 sebelum Ramadan tahun ni tak sempat. Biasanya mesti buat. Minggu depan Cie dah cuti jadinya tak sempat la dah nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan big boss minggu ni sibuk. Hari semalam je dia ada tu yang buat.

      Delete
  5. Meriah, sempat ber-shell-out sebelum Ramadan. Alhamdulillah. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ni je yang free hari lain big boss tak ada di opis

      Delete
  6. Bestnya! Memang makan hingga menjilat jari ni :D

    ReplyDelete
  7. Amboi, meriah ye diorang bershell out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kat rumah pun boleh mim. Bentang plastik makan ramai-ramai. Seronok.

      Delete
  8. fuhh meriah! makan shellout teruss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali. Dia orang tak pernah makan kat opis. Akak pernah makan kat kedai juga order dan makan kat pejabat. Kat pejabat lagi seronok.

      Delete
  9. Good idea juga ni untuk makan dengan family yang complete hujung minggu ni. Insyaallah Jumaat ni nak jemput si bujang di asrama.

    ReplyDelete
  10. jamuan sempena sambut bulan Ramadan memang feel dia lain macam!

    ReplyDelete