Wednesday, February 11, 2026

Lawatan Universitas Bina Mandiri Indonesia

 


Sign autograph HPJ


28.1.2026 - LAWATAN UNIVERSITAS BINA MANDIRI (UBM) GORONTALO, INDONESIA KE HOSPITAL PUTRAJAYA.

Hospital Putrajaya (HPj) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 81 orang yang terdiri daripada mahasiswa bidang Farmasi dan Nutrisi serta para pensyarah dari Universitas Bina Mandiri, (UBM) Gorontalo, Indonesia.
Sesi telah dimulakan dengan penuh tertib melalui ucapan aluan oleh Dr. Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya. Agenda diteruskan dengan perkongsian perkhidmatan Jabatan Dietetik oleh Puan Nor Afidah Binti Jamaludin, serta taklimat informatif daripada Miss Tara mewakili Jabatan Farmasi.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna, para delegasi turut dibawa melawat secara fizikal dan diberi pendedahan visual mengenai peranan penting:
💊 Jabatan Farmasi 🥗 Jabatan Dietetik serta
🏋️‍♂️ Unit Fisioterapi
Semoga lawatan ini menjadi jambatan perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kedua-dua pihak. Kami berharap delegasi UBM pulang dengan input praktikal yang bermakna, dan Hospital Putrajaya terus komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Universitas Bina Mandiri, Gorontalo, Indonesia ! ✨


Dr Khairul mengantikan Pengarah memberi kata aluan.



Jabatan Dietetik & Sajian memberi penerangan mengenai Jabatn tersebut di HPJ.


Wakil dari Farmasi


Sumbangan buat tetamu






Posing ramai-ramai. Cantik sebelah kanan bertudung putih semuanya.


Pertanyaan daripada tetamu yang datang


Melihat jabatan Dietetik & Sajian


Jabatan Fisioterapi



Melawat Jabatan Farmasi

Alhamdulillah banyak juga kami menerima tetamu daripada Indonesia. Semuga banyak pengetahuan yang di perolehi dengan melawat Hospital Putrajaya. Mungkin boleh juga bertukar-tukar fikiran disamping memperolehi ilmu baru.


16 comments:

  1. semoga program ni memberi mnfaat pada kedua-dua pihak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinb boleh bertukar-tukar fikiran untuk memperbaiki lagi perkhidmatan

      Delete
  2. lawa unifrom diorang...tapi, penat nak jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang selalu sedondon. Kadang macam-macam warna

      Delete
  3. selalu juga rombongan lawatan sambil belajar dari Indonesia ye kak..semoga semua mendapat manfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang kaya indonesia selalu mendapat rawatan di malaysia. Katanya murah dan lebih lengkap.

      Delete
  4. anak saya memang suka bidang farmasi... ni dia pun apply dekat uitm harap dia berjaya amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga cita-citanya menjadi Pakar Farmasi terkenal nanti. Aamiin

      Delete
  5. awal tahun ni mmg ramai yg buat benchmarking kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Tapi kami alu-alukan tetamu yang datang.

      Delete
  6. Semoga memberi manfaat buat kedua-dua negara. Dan tentunya tambah erat hubungan dua negara berjiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ilmu yang bagus share untuk manfaat bersama.

      Delete
  7. Waaah ramaaaai yg datang 🤩🤩🤩. Gorontalo yaaa, jauh jugaaa, sayapun blm sampai kesana 😄. Pulau Sulawesi tuh.

    Semoga mereka bisa banyak belajar dari sana, dan terapkan di rumahsakit di Indonesia. Selama ini saya lebih suka berobat di Penang, sebab jauuuuuh lebih murah dan cepat, dibanding jakarta yg sedikit2 duiiit saja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dengar juga ramai orang Indonesia datang mendapatkan rawatan di sini.

      Delete
  8. Wahh. .lawatan ni bukan sekadar pergi tengok tempat, tapi bukak minda & jaringan persahabatan antarabangsa!

    ReplyDelete