Sign autograph HPJ
28.1.2026 - LAWATAN UNIVERSITAS BINA MANDIRI (UBM) GORONTALO, INDONESIA KE HOSPITAL PUTRAJAYA.
Hospital Putrajaya (HPj) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 81 orang yang terdiri daripada mahasiswa bidang Farmasi dan Nutrisi serta para pensyarah dari Universitas Bina Mandiri, (UBM) Gorontalo, Indonesia.
Sesi telah dimulakan dengan penuh tertib melalui ucapan aluan oleh Dr. Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya. Agenda diteruskan dengan perkongsian perkhidmatan Jabatan Dietetik oleh Puan Nor Afidah Binti Jamaludin, serta taklimat informatif daripada Miss Tara mewakili Jabatan Farmasi.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna, para delegasi turut dibawa melawat secara fizikal dan diberi pendedahan visual mengenai peranan penting:
Semoga lawatan ini menjadi jambatan perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kedua-dua pihak. Kami berharap delegasi UBM pulang dengan input praktikal yang bermakna, dan Hospital Putrajaya terus komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.
Selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Universitas Bina Mandiri, Gorontalo, Indonesia ! 
Jabatan Dietetik & Sajian memberi penerangan mengenai Jabatn tersebut di HPJ.
Wakil dari Farmasi
Posing ramai-ramai. Cantik sebelah kanan bertudung putih semuanya.
Alhamdulillah banyak juga kami menerima tetamu daripada Indonesia. Semuga banyak pengetahuan yang di perolehi dengan melawat Hospital Putrajaya. Mungkin boleh juga bertukar-tukar fikiran disamping memperolehi ilmu baru.Pertanyaan daripada tetamu yang datang
Melihat jabatan Dietetik & Sajian
Jabatan Fisioterapi
Melawat Jabatan Farmasi












semoga program ni memberi mnfaat pada kedua-dua pihak :D
ReplyDeleteMungkinb boleh bertukar-tukar fikiran untuk memperbaiki lagi perkhidmatan
Deletelawa unifrom diorang...tapi, penat nak jaga
ReplyDeleteDia orang selalu sedondon. Kadang macam-macam warna
Deleteselalu juga rombongan lawatan sambil belajar dari Indonesia ye kak..semoga semua mendapat manfaat...
ReplyDeleteKalau orang kaya indonesia selalu mendapat rawatan di malaysia. Katanya murah dan lebih lengkap.
Deleteanak saya memang suka bidang farmasi... ni dia pun apply dekat uitm harap dia berjaya amin
ReplyDeleteSemuga cita-citanya menjadi Pakar Farmasi terkenal nanti. Aamiin
Deleteawal tahun ni mmg ramai yg buat benchmarking kan?
ReplyDeleteTu lah. Tapi kami alu-alukan tetamu yang datang.
DeleteSemoga memberi manfaat buat kedua-dua negara. Dan tentunya tambah erat hubungan dua negara berjiran.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ilmu yang bagus share untuk manfaat bersama.
DeleteWaaah ramaaaai yg datang 🤩🤩🤩. Gorontalo yaaa, jauh jugaaa, sayapun blm sampai kesana 😄. Pulau Sulawesi tuh.
ReplyDeleteSemoga mereka bisa banyak belajar dari sana, dan terapkan di rumahsakit di Indonesia. Selama ini saya lebih suka berobat di Penang, sebab jauuuuuh lebih murah dan cepat, dibanding jakarta yg sedikit2 duiiit saja .
Tu lah dengar juga ramai orang Indonesia datang mendapatkan rawatan di sini.
DeleteWahh. .lawatan ni bukan sekadar pergi tengok tempat, tapi bukak minda & jaringan persahabatan antarabangsa!
ReplyDeleteOrang kata lawatan sambil belajar gitu.
Delete