Thursday, March 12, 2026

Program Ziarah Ramadan





Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Putrajaya telah mengadakan Program Ziarah Ramadan pada 11 Mac 2026 sempena meraikan bulan Ramadan dan membantu para pesakit membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Psikiatri, Hospital Putrajaya dan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia. Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan wang tunai diberikan kepada pesakit psikiatri yang terpilih.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan semua penerima sempena Syawal yang bakal menjelang.






Yang ni tenguk Allahuakbar daif sungguh








 Semuga Allah mempermudahkan urusan pesakit dan juga team yang membantu. 

9 comments:

  1. Alhamdulillah bagus program macam ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Pengetua kami selalu kata : more you give, more you get.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pengetua amie. Lagi banyak kita bagi lagi banyak kita dapat.

      Delete
  3. Semoga penerima mendapat manfaat dan yang memberi diberi ganjaran berlipat ganda.

    ReplyDelete
  4. Semoga dpt meringkan beban penerima

    ReplyDelete
  5. Bagus program sebegini ..at least dapat kurang sedikit beban

    ReplyDelete