17 April 2026 – Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya
Hospital Putrajaya hari ini menerima sumbangan bermakna berupa 13 unit kerusi roda heavy-duty (bariatrik) model Movzy X2 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan pesakit. Majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Dr. Siti Alia binti Eliza, mewakili pihak penyumbang yang memilih untuk kekal anonim, kepada Dr. Nur Zulaikha binti Nordin. Selaras dengan prinsip akauntabiliti, proses sumbangan ini telah diselaraskan sepenuhnya oleh Unit Perhubungan Awam dan Unit Pengurusan Aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan setiap unit direkod dan diselenggara dengan sempurna.
Daripada 13 unit yang diterima, sebanyak 5 unit telah diagihkan ke Jabatan Kecemasan (ED) untuk kegunaan segera, manakala unit selebihnya disalurkan ke wad-wad mengikut keperluan seperti Wad 4A, 3C, 2D, 9A, 10A, serta unit L&D dan Daycare. Terima kasih kepada pihak penyumbang atas keprihatinan yang sangat luar biasa ini. Semoga kemudahan tambahan ini dapat melancarkan lagi urusan rawatan dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga Putrajaya yang memerlukan.
Assalamualaikum,
Ni kejadian berlaku pada bulan April yang lalu. Terima kasih pada penyumbang dan dapat kerusi roda baru buat pesakit. Alhamdulillah pesakit dapat kerusi baru.







Alhamdulillah.. semoga dipermudah urusan si penderma
ReplyDeleteTerima kasih buat penderma.
DeleteMaksudnya, orang awam pun boleh buat sumbanganlah ya?
ReplyDeleteBesar jasa penyumbang beri manfaat kepada ramai pesakit. Sedekah jariah.
Boleh je. Boleh contact admin Hospital kalau nak menyumbang. Banyak pahalanya sebab ramai orang yang mengunakannya selagi tidak rosak pahal mengalir selagi digunakan.
DeleteTerbaik! Memang sangat diperlukan kerusi roda jenis bariatrik/heavy-duty ni di hospital untuk keselesaan pesakit yang memerlukan. Bagus pihak hospital cepat bertindak agihkan terus ke Jabatan Kecemasan dan wad-wad terlibat. Terima kasih penderma dan terima kasih Kak Notie atas perkongsian info murni ini
ReplyDeleteTerima kasih kepada penyumbang. Sekarang banyak kerusi roda yang lagi changgih di bandingkan yang lama. Alhamdulillah bagus juga buat pesakit di hospital
DeleteSemoga pahala penderma2 mengalir seperti air zam2.
ReplyDeleteAamiin
Deletealhamdullilah, terima kasih buat yang menyumbang, besar ganjaran buatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih penyumbang. HPJ memang memerlukannya
Deletenampak kemas kerusi roda utk kegunaan pesakit
ReplyDeleteCantik dan ringan rasanya
Deletealhamdulillah.. semoga bertambah baik hari demi hari untuk kegunaan mereka yang memerlukan, in syaa allah
ReplyDeleteUntuk kemudahan pesakit juga
DeleteSemoga melimpah ruah rezeki penyumbang.
ReplyDeleteAamiin
DeleteAlhamdulillah, ramai yang mendapat manafaat atas sumbangan yg amat berguna ni.
ReplyDeletePahala berganda-ganda selagi orang ramai mengunakannya.
DeleteMasya Allah... semoga pahala sentiasa mengalir kepada penyumbang bila kerusi roda yang disumbangkan sentiasa dimanfaatkan oleh pengguna.
ReplyDelete