Aduhaiiiii aku memang tengah bengang dan tension tahap gaban. Huwaaaaaa banyak sangat ketidakadilan di dalam pejabat yang aku rasa dah tak tahan sangat. Sedih pun ada bila dikatakan prestasi merosot. Ni semua gara-gara SKT yang dah jadi caca-marba jadinya. emmmm entah lah ye camni le nasib orang bawahan. Suka di sanjung-sanjung tak suka sepak macam bola. Mentang-mentang le kita orang tak pandai mengipas n membodek. Huwaaaaaaaaaaa aku rasa nak menjerit lahhhhhhhhh. Tensennnnn tul.
Kalau dikata prestasi merosot hanya berdasarkan pada pencapaian yang tidak mencapai 50% memang le aku tak boleh nak kata apa dah, dah memang terpaksa menunggu pihak negeri menghantarnya. Masalahnya hal berkaitan penghantaran ni memang sejak azali masuk di Bahagian tu dulu setiap kali meeting memang isu itu takan habis selagi kerjanya mengumpul data. Tapi yang aku tak puas hati tu... orang lain boleh bagi percentage mencanak-canak tapi annual report tahun 2007 tak keluar lagi tu apa citer. Orang yang incharge benda tu boleh selamba dek je hanya kerana dia orang kesayangan. Habis tu kami yang bertungkus-lumus terpaku di kerusi buat kerja macam nak mampus semuanya di bagi prestasi teruk. Habis tu ada sorang tu asyik menghilang je masuk kerja pun macam chipsmore sekejap ada sekejap takde boleh pulak di calunkan cemerlang. Huh memang hampeh gila **** betul lah opis aku ni. Bagi penilaian pun dah tak ikut kreteria organisasi semuanya main hentam keromo je janji dapat bagi markah bagi orang tertentu. Apa niiiiiiii orang yg buat ni semuanya kerja profesional bukannya orang kuli cabuk tapi kerja hampeh, takde profesional semuanya main ikut rasa masing-masing je. Golongan profesional apa ni!!! Hampeh semuanya. Ya allah aku tak pernah rasa tensen macam ni. Memang dah tahap kronik sungguh ni.
Dah le bengkek dgn boss Medical care aku yang kerjanya hanya nak cari salah orang je. Nak ikutkan patutnya besar pangkat lebeh besar le kerjanya kan tapi apa kes kalau kerja hanya membuat minit, uruskan meeting, hamput staff hantar submission setiap bulan, memantau je kerjanya, napa tak capai, napa sikit percentagenya. Aku yang tunggang terbalik nak buat submision lagi, nak validate data lagi lepas tu nak merging data lagi bukannya sikit ada 15 report setiap bulan bagi setiap state yang ada 15 semuanya termasuk institusi. Huwaaaaaa macam nak mampus le buat submision update penerimaan, Tak habis lagi nak validate data dah nak merging lagi. Huh dah le assistant aku di tarik keduanya. Hanya nak membantu orang kesayangan yang hanya kerjanya menerima permintaan maklumat. Sampai 2 orang lagi tu. Yang buat kerja kedua assitant, yang chiefnya gelak sana gelak sanun goyang kaki. Manjang je ngadu banyak kerja le sibuk le. hempeh tul.
Ya Allah ya tuhan ku. Kau berilah aku kekuatan dan ketabahan agar aku tetap sabar dalam menangani cubaan ini. Semuga kebenaran mengatasi kebatilan dan ketidakadilan di dalam pejabat ku ini. Hanya Kau yang maha mengetahui apa jua yang berlaku baik tersurat atau yang tersirat. Semuga kebenaran mengatasi segalanya. Kau berilah keinsafan pada mereka-mereka itu supaya aku tidak bertambah lagi dosa hanya kerana bercakap dan mengata mereka-mereka itu hanya kerana ketidakpuasan hatiku ini. Ya Allah Ya Tuhanku Kau yang lebeh mengetahui segalaNYA. Amin
No comments:
Post a Comment