Aittt dah 3haribulan 2011 ye. huh sekejap je masa berlalu dah masuk tahun 2011. Selamat datang tahun 2011. Dan selamat jalan 2010. Tahun yang begitu banyak peristiwa dan macam-macam yang telah aku alami. Penghujung 2010 aku telah di landa demam yang teruk sampai melepek seminggu beb. Huh memang terseksa sungguh bila kena demam yang teruk. Bahana pergi malam mesra malam jumaat di IPK, Bangsar tu hari ahadnya aku di landa demam. Petang ahad pergi klinik dapat lah mc 1hari iaitu 20hb tu. Hari selasa masih tak kebah lagi aku ambik off hari awal muharam yang aku kena kerja sampai mabuk-mabuk buat data entry di Hotel Puri, Melaka. Hari rabu masih melepek lagi sampai dah tak larat asyik le tidur je. huhuhu sampai hari jumaat aku masih tak bangun lagi. Kali ni ambil el je. Petang jumaat kak ambah bagi air penawar yang di suruh kak nafisah buatkan. Kata kak nafisah aku melanggar sesuatu yang tak nampak di pandangan mata huwaaaaa apa tu, semasa keluar mlm jumaat di bangsar tu. Laaaaaa sudah. Kak ambah marah aku, dah le keluar rumah malam-malam lepas tu tak baca apa-apa main jalan je hah kan dah terlanggar benda yang tak nampak. huhuhu tak sangka weiiiii
Sabtu dan ahad masih tak bangun lagi. Pagi Isnin pergilah kerja sebab dah seminggu dok melepek tapi badan rasa seram sejuk. Bila pergi check kat klinik panel ,Doktor tu kata aku dah tak demam lagi. Tapi Doktor tu risau juga sebab muka aku masih pucat dan aku rasa masih demam walaupun suhu dah ok. Kena rujuk kat hospital Putrajaya buat testing darah manalah tahu kut kena demam denggi ke. Aku takut juga tapi takde pulak bintik2 keluar kat badan walaupun dah seminggu demam. Bila Doktor check semua ok. Darah pun ok juga cuma dia kata mungkin aku baru nak baik jadi dia bagi pil multivitamin dan vitamin c. Dalam hati aku dah cuak ni tak boleh jadi ni. Sementara menunggu result darah keluar aku pun call kak ambah. Ikutkan kak ambah dah cuti seminggu habiskan cuti tahunan dan nak balik kampung. Kebetulan juga malam Jumaat 30hb tu mak nak buat kenduri tahlil. Kak ambah risau juga nak tinggalkan aku melepek demam jadi bila Doktor kata ok je aku pun terus tak sedap hati nak balik kampung pulak berubat. Lepas aku call kak ambah call pulak kak jal bagitau masalah aku. Kak jal kata ok datang rumah dia. Jadi lepas je ambil pil vitamin aku suruh julie hantar ke pejabat dahulu sebab nak mohon cuti. Nasib baik cuti aku banyak lagi lepas maklumkan pada Nurul aku terus apply cuti nak balik kampung berubat.
Sampai tangkak, kak jal punyalah risau tenguk muka aku yang pucat. Malam tu juga terus berubat. huhuhu memang ada benda lain yang menyebabkan aku sakit. Lepas berubat tu baru lah kata kak jal ada perubahan sikit pada diri aku. Akak yang mengubat aku suruh aku amalkan baca selawat, Fatihah, 3 kul dan ayat kursi buat pendinding diri. huhuhu semua tu aku baca tapi takde lah pulak jadi amalan. Lepas ni kena amalkan selalu le. huhuhuhu tak sangka sungguh aku akan alami benda ni semua. Seminggu bercuti ni baru lah ada selera nak makan. Rasanya kurus juga le entah berapa kilo turun. Aduhaiiii domam oooo domam. Jangan dibuat main tau jika demam berpanjangan. Hendaklah berubat cepat-cepat wei.
No comments:
Post a Comment