Maka sampai je ke tempat karnival berpayungan le kami sorang satu payung. Ala leceh sungguh le nak bawa payung. Dah le aku asyik bersin aje, lagi nak pegang payung lagi, nak belek novel lagi alahaiiiiii tersiksa sungguh. Oleh kerana kesiksaan disebabkan selsema aku cuma beli 8 buku aje..... Aje ... hahahaha yelah kan. Kalau tak mesti lagi banyak aku borong tapi sebab selsema jadi tak rasa selesa nak belek lama-lama. Lagi pun jarang woooo Alaf nak bagi 30 persen harga novel baru selalunya 20 persen je. Pertama sekali aku tuju ialah buku terbaru kak min. Dan pagi tu kak min ada. Penulis lain seperti Hani Fazura (aku sambar buku terbaru dia), Lyn Dayana (sipnosis buku dia macam best je sambar satu juga), Aisya sofea pun ada juga serta sorang penulis baru yang aku tak tahu. Novel aisya sofea yang terbaru Masih Setia aku dah beli dah tapi terlupa nak bawa padahal dah tau dia ada. Jadi aku bawa le yang lama nak minta sign.
Ni yang aku beli
Penulis Hani Fazuha dengan hasil terbarunya. Best sesangat. Kategori JK ahaks..
Penulis Aisya Sofea
Asyik menandatangi novelnya. Top penulis Alaf ni tau.
Wah nacha dan iejay bukan main dok ralit.
Kak meen dengan buku-buku hasil nukilannya. Congrats kak
Lynn Dayana dgn novel Juara Carta cinta... best kategori JK ahaks
Aku, nacha dan ryn bersama novelis yang bertugas pagi Ahad tu... Tahniah semua best citernya.
Notie, buku yang kita beli mcm serupa aja :D
ReplyDeleteLorrr ya ke...mesti dah golek2 baca... huwaaaa kita lum abis lagi le baca. Hish tak leh jadi ni nak baca novel nak baca novel nak baca novel... hehehe
ReplyDelete