Sunday, December 12, 2010

Masih Setia - Aisya Sofea


Sinopsis : MASIH SETIA


Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Harga : RM 19.90

Halaman :512

 
 Komen aku:-
 
 Sejak akhir-akhir ni mood nak membaca novel memang merundum jatuh betul lah. Tapi mood membeli tu tak le pulak. hehehehe pantang je ada buku baru pasti aku rembat. Hari tu pi rumah JS pun ada 2 buku dia yang macam best dan kelakor emmm entah mana lah aku campak dia. Buka sampul belek depan belek belakang lepas tu letak balik kat bawah meja. Huh nanti-nanti le. Sampai la ni tak baca lagi. Dan dah bersusun juga buku baru yg aku buat pandang tak pandang je. Entah le napa ek. 
 
Tapi masa balik dari melaka dan kerja pada hari jumaatnya, semasa pegi anjung nampak le buku Aisya sofea yang terbaru dengan buku Sarnia. La ni novel kat kedai anjung tu dok offer 20 persen bagi novel lamanya yang tak laku tu walhal baru lagi semuanya . Agaknya bila aku cakap aku beli dpt diskaun kat minerva baru dia nak bagi diskaun kut. hehehehe . Novel aisya sofea dpt 10 persen sebab cepat habis manakala novel sarnia dapat 20 persen. Huh rembat le nak pi minerva jalan TAR tu entah bila.
 
Jadi sepanjang mlm sabtu aku dah start membaca. Sambung semula hari sabtunya. Rehat sekejap tenguk tv dan akhirnya petang sabtu aku habis membacanya. Huh bestnya layan jiwang karats. hehehehe Aku ni peminat tegar jiwang karats n citer kelakor tahap romantik memang aku layan tahap tak hengat le.
 
Cerita kali ni membawa aku mengimbau semula perjalanan ke Bukit Tinggi dan Padang di Sumatera, Indonesia tu. Aku memang suka pi Bukit Tinggi tu, sampaikan 2 tahun berturut pergi ikut pakage. Walaupun tempat yang sama dan berlainan tourist guidenya aku tetap suka. Dan andainya tiada bencana seperti yang berlaku sekarang rasanya macam tahun depan nak pergi lagi. Seronok dan nyaman rasanya perjalanan di Bukit Tinggi tu. Shopping tu jangan cakap le memang rambang mata tenguk kain sulaman.
 
Pergi kali kedua tu hampir saja tidak jadi kerana gempa bumi yang berlaku pada bulan Oktober 2009 seperti yang di ceritakan dlm novel masih setia ni jadi bila dia tulis berkenaan Hotel Ambacang sebenornya plan asal memang rombongan kami akan menginap di hotel tersebut tapi oleh kerana gempa di tukar kepada hotel lain. Hah tu boleh tenguk  disini.
 
Ok berbalik semula pada cerita masih setia ni mengisahkan  Miera yang cantik merupakan waris Piliang yang tinggal yang di warisi dari maknya yang merupakan orang Minang. Mula-mula bab lagi kita dah boleh berbahasa Minang. Best juga tu sesekali berbahasa minang walaupun sepatah haram aku tak paham kalau takde alihbahasa. Jadi moyang miera telah bercadang nak menjodohkan Miera dengan Rudi agar harta pusaka turun temurun suku  Piliang dapat di berikan kepada Miera yang merupakan waris minang yang tinggal dan ianya akan berterusan seandainya setelah berkahwin Miera memperolehi anak perempuan. Cakap minang ni lain sikit ek dari cakap nogori walaupun mereka asalnya dari adat perpatih juga kan. Dimana melebehkan anak perempuan dari anak lelaki.
 
Oleh kerana moyang Miera dah uzur jadi dipanggillah keluarga Miera untuk balik beraya sambil tu nak di jodohkan dengan Rudi. Rudi ni ada kacukan belanda huh aku rasa mesti hensem ni sebab kalau tenguk citer indonesianya cowok-cowoknya yang kacukan mesti hensem giler. Jadi kena le bayangkan Rudi ni macam artis cinetron Indon yang hensem2 tu. Agak2 cam Ari wiboro tak? huh hensem tu.
 
Miera ni walaupun cantik dan ramai kawan lelaki tapi hatinya masih belum terbuka lagi kepada orang lelaki walaupun peminatnya seperti Kudin dan Zali dok kejor-kejor tapi semuanya dia anggap kawan je. Tapi gesekan gitar di waktu malam dan alunan suara seseorang bersebelahan dengan rumahnya telah membuat hatinya bergetar walaupun tanpa melihat dan mengetahui siapakah gerangan suara yang berkumandang mengusik hati perempuannya. Bila dia resah mengenangkan hasrat moyangnya itu bila mendengar suara tersebut membuatkan keresahannya hilang di bawa bayu malam. Chewahhhh.
 
Pertemuan dengan keluarga di Minang mempertemukannya dengan Rudi yang terus sahaja setuju di jodohkan dengan Miera tapi Miera yang berat hati sebab hatinya masih belum terbuka walaupun Rudi tu baik dan ganteng sih. Perjalanan ke Bukit Tinggi juga membuat aku mengimbau kenangan di Bukit Tinggi yang nyaman itu. Hish ni tak leh jadi ni aku kena simpan duit lagi le nak melancung lagi ke Bukit Tinggi. Harap-harap tahun depan tiada lagi bencana melanda. Risau juga ni. Oittttt apa ni citer pasal Miera melencung pulak nak jenjalan ke Bukit Tinggi. hish hish.
 
Oleh kerana Moyang Miera masih belum puas dengan Miera dan juga nak beri peluang merapatkan hubungan Miera dengan Rudi telah menyebabkan Miera terpaksa tinggal seminggu lagi dan semasa tinggal di Padang di rumah Omnya musibah bencana gempa bumi berlaku. Retetan peristiwa gempa yang berlaku tu membuatkan kita bagaikan merasa sama keadaan yang berlaku di sana. Kalau kita tenguk keadaannya dalam tv apa lagi kalau mengalaminya boleh membuatkan kita trauma apalagi dengan anak-anak kecil yang kehilangan kedua ibu bapanya dengan sekelip mata. Kesian juga tu tenguk keadaan mereka.
 
Hah masa bencana ni lah munculnya Dr Malik. Jejaka yang membuatkan hati Miera dug dag sebab sama-sama pandang memandang tenguk menenguk. Bencana juga telah merapatkan Miera dengan Dr Malik tapi akhirnya Miera makan hati sebab Dr Malik adalah tunang orang.  Miera cuba menjauhkan diri tapi Dr Malik tetap mendekatkan diri sehingga lah merka sama-sama balik malaysia dan bertemu dengan tunangan Dr Malik si Mia anak Tan Sri yang sememangnya cantik dan memang sepadan lah dengan Dr Malik. huhuhu sedihnya idaman hati tunangan orang. Nak lupakan tapi ianya sentiasa dalam ingatan. huhuhuhu.
 
Bagaimana kesudahan antara Miera dengan Rudi dan Dr Malik? hah kena beli lah ye. Apa pun pada aku tetap best melayan romatika d amor antara Dr malik dengan Miera di Padang walaupun hati tersagat pedih sebab hakikatnya buah hati tunangan orang.  Pedih tu perasaan tersebut sebab aku pernah mengalaminya.
 
 Cuma ada 2 kemuskilan yang aku tak puas hati setelah mengakhiri Masih setia tu. Siapa Dr Malik dah tau tapi huraian siapa yang memetik gitar dan mengalunkan lagu-lagu pada waktu malam tidak di huraikan. Lepas tu bila part Miera di katakan mengandung  tapi tiba-tiba timbul pulak part memandang anak-anak yang sedang tidur. eh bila masa beranak padahal baru je confirm oleh Doktor mengandung anak pertama. ayo yo
 
Apa pun tajuk masih setia rasanya bagus untuk Dr malik kut yang setia pada tunangannya walaupun hati terpikat dengan Miera. hehehehe

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete