Tuesday, April 12, 2011

Gathering UB di Tasik Titiwangsa


  Walaupun kena musibah hari sabtunya tapi agenda berkelah di Tasik Titiwangsa  dengan geng Ulat Buku tetap berjalan juga ya. Saya masak ayam percik dan ubi rebus layan dengan sambal tumis. emm kecur je teringat ubi rebus yang empuk layan dengan sambal tumis sambil di sulam dengan air kopi. Wah sodap tu. hehehehe. Jadi bila dah reda perasaan gundah gulana lepas solat tu teruslah berpencak silat di dapur. Siang ayam dan kopek bawang dan bahan-bahan nak masak ayam percik tu. Lepas tu buat kuahnya pulak. Daging ayam di perap dengan rencah-rencah yang telah di mesin dan besoknya boleh panggang. Manakala kuah pulak dah bancuh semua terus tenggek atas api sampailah ianya pekat sambil tu campak le kain baju dalam mesin basuh. hahaha Bukan apa takut besoknya tak sempat.

  Jadi pagi ahad pukul 6 lagi dah bangun. Terus je panggang ayam. Maklumle 3 ekor nak masak ni. hehehehe banyak kan. 2 ekor nak bawa dan seekor untuk orang di rumah. Yelah masak sedap-sedap takkan semuanya di bawa mestilah ada habuan untuk di rumah juga. Lepas tu kopek ubi dan rebus. Selesai ja rebus terus buat sambal tumis lah pulak sambil di selang seli dengan memercik ayam yang sedang di panggang. 

  Selesai ubi di rebus dan sambal pun dah masak terdengar lah pulak kak maya depan rumah datang bertandang sambil bersembang dengan akak sementara nak menunggu india jual akhbar sampai. Oleh kerana rebus banyak juga ubi tu saya pun ajak kak maya dan kak nora untuk sama-sama bersarapan di halaman rumah depan di bawah pepohon nan rendang tempat selalu mereka bersantai jika datang bersembang dengan akak.   

  Janji pukul 10 tapi saya masih di rumah lagi. Ayam lagi seekor masih tak masak lagi. Ah tinggal je lah akak ada boleh lah nanti jamu kak maya dan kak nora. Seronok mereka bersarapan di  depan rumah, nak join saya pula dah ada agenda yang lain .

  Pukul 10. 20pagi, wabbit dah call dan masa tu baru ja sampai dan masih mencari tempat. Rupanya mereka park di Nelayan dan selepas playground dan melalui jambatan ada tempat lepak yang memang cun lah. Dan mereka semua dah separuh jalan mengisi pewot yang dah berkeroncongan. Melihat bermacam-macam makanan huh lapor ni belum sarapan. Hanya minum segelas olvatine campur susu je sebelum keluar rumah. Apa lagi sampai je terus belasah lah. huhuhu teruk sungguh. hehehe

Ni ayam ponggeng aka ayam percik masakan saya. Ala tergerseng lah pulak sebab ayam nya besar terlebeh masa di panggang. Tapi tetap sedap lah. Tak caya tanya mereka yang datang. kan wan, kan kaksu.  

Ni nasi lemak yang iejay bawa. Sedap dan cantik bekasnya macam nak berjualan je dengan rambu-ramba lagi tu. Bagaikan gadis dan nasi lemak. 
Ni spageti rambut kerinting ni nacha yang masak. Nampak pun sedap apa lagi makan pun sodap.

  Ni Carrot kek SR kiriman Nawwir. Last minit tak dapat hadir kerana neneknya sakit dan malam ahad tu terus balik Penang jengah neneknya. Tapi kiriman kek tetap ada sebab dah janji nak join. TQ nawwir atas kiriman kek yang sedap ni. Yummy

Ayam KFC anim yang bawa. Karipap kaksu yang bawa. Tart telur dan kelapa rasanya Lia dan wawa yang bawa. Terlupa nak ambil gambarnya sebab dah macam-macam makanan, mata pun naik kelabu nak makan yang mana satu.


Laksam yah bawa. Wah memang sedap lah kuahnya dengan rasa lemak berkrim pekat rasanya. Emm memang walah le.

Sandwich ni Ruby yang bawa. Walaupun  datang kemudian tetap menghadirkan diri bersama anak-anaknya. Kita orang tapau je bawa balik sebab dah kenyang. Tapi tu le saya pelik dah masuk dalam plastik 2 ketul tapi bila punggah beg tak nampak pun sandwich ruby ni entah mana lah ilang atau tersalah masuk beg ni. Huwaaaaaa Ruby nanti buat lagi nak rasalah air tangan Ruby.


Jom makan. Buah tembikai kuning tu wabbit yang bawa. Manis macam tuannya.

Amboi Yah bukan main mengangga mulut. hehehehe ni kalau dia tau mesti marah kan saya sebab ambil candid gambo. 

Apa saje lah tu iejay dok buat pengambaran ke apa...Kamera baru nampak... bestnya
Lepas makan lepak pulak di bawah sambil bercerita maklumle nak jumpa macam ni bukannya senang. Saya pulak tenguk lepak macam ni kalau bawa bantal ni huh sedapnya kalau zzzzzzz. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang pewot senang hati. Oh lalalala


 Sebahagian dah lepak kat bawah yang sebahagian lagi ni huhuhu tak habis-habis lagi layan pewot... hehehehe termasuk le saya yang dah ketinggalan keretapi. Dia orang dah kenyang saya masih lapor lagi sambil tu Ruby yang baru sampai join sama makan.


Oitttt sapa pulak yang mengendap ni hehehe


Dah selesai makan-makan selesai bercerita bagai agenda tapau menapau la pulak. Sebab Yah nak kena balik awal ada rumah kenduri perlu di hadiri manakala Ruby pula anak-anak dan suami dah menunggu di parking lot tak turun sebab salah seorang anaknya demam. Datang sekejap menjengah kami semua. TQ Ruby. Ruby ni penulis Jemari Seni yang femes dengan novel Kopi susu sepatu biru dan Percayalah. Pesta buku nanti dengar ceritanya akan ada novel baru. Wah tahniah ruby.


Ni sessi bersiap sedia nak bergambar beramai-ramai. Eisya tu napalah pulak.

Menunggu wabbit siapkan kameranya sempat lagi candid gambar mereka semua.


Testing 1 2 over. Ok ready


Eh macam kenal je sapa tu ek. Berbondong-bondong je semuanya.

Wah rupanya kak su, nacha dan yah. Penuh tangan semuanya sampai tak cukup kiri kanan tangan. hehehehe 

 Apa pun acara makan-makan bersama geng ulat buku telah berjalan dengan jayanya walaupun ada beberapa orang yang cancel pada last minit sebab ada hal penting. Nawwir, Jid, Mama Era yang tiba-tiba tidak dapat hadir. Tak palah oleh kerana kali ni kami berkumpul tidak kena halau lagi jadi lain kali boleh buat kat situ lagi lah. Kalau ramai mesti lagi syiok.   



4 comments:

  1. jelessssssssssss :((

    ReplyDelete
  2. hehehehe sian dia nanti kalau jadi bermastautin kita picnic lagi le.

    ReplyDelete
  3. uwaaaaaa sonoknya, kakmOn pon rasa dah lama tak outing huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Hush kalau owang bonai ado lagi syiokkkkk gitu...lepas picnic leh bergolek guling tepian tasik sambil nyanyi lagu hindustan peletum peletum....hehehehe Miss owang bonaiiii Cayang kak mon

    ReplyDelete