Saturday, April 16, 2011

Potluck opis pulak

Kek buatan Dr Azrul...yummy sedap hingga menjilat jari. Semua tanya resepi sebab sedap sangat.

  Agenda baca yasin dan selepas tu disusuli dengan makan-makan selalu juga di buat di pejabat saya. Dan kadang buat potluck sambil tu celebrate besday staf yang berkenaan pada bulan yang berkaitan. Setelah masing-masing sibuk dengan pengumpulan data bagi tahun 2010 sampaikan 3 bulan tak bagi cuti kecuali yang betul-betul penting baru boleh cuti. Jadi setelah pengesahan data bagi Fakta kesihatan dah buat jadi ada lah sikit lega tapi report annual tahunan la pulak yang belum selesai. Walau pun begitu beberapa mesyuarat bagi program tertentu bagi pengesahan data dah dibuat. Fakta kesihatan tu kalau boleh nak dikeluarkan dalam bulan ni juga. emm entah sempat atau tidak. Saya pun pening dah betul-betul complete data masing ada je perubahan. Dan akhirnya data dari perlis dah confirm jadi sekarang kena pulun annual report bagi sokongan lah pulak.

   Ok berbalik pada potluck tu majlis diadakan pada hari jumaat 15hb Aril 2011 tapi kebetulan paginya ada mesyuarat pula dimana staff sokongan dengan Timbalan Pengarah Dr Rahimah, jadi majlis makan-makan di tunda ke tengahari. Lama juga mereka bermesyuarat hampir pukul 12.30 juga. Oleh kerana terdapat staf sokongan yang agak ramai juga yang terlibat, agenda baca yasin di anjak ke pukul 2 manakala makan-makan start dulu. hehehehe takan le nak tunggu sampai pukul 2 , pukul 12 ja masing-masing dah lapar. Nak beli makanan kat cafe, makanan pot luck dah ada jadi Boss suruh mula makan dahulu. Apa lagi dapat izin semua serbu. yehhhhh hehehehe makan sedap le katakan.

Ok show time menu.

Ni kek Dr azrul dan kueh bingka tak tahu sapa bawa.

Kek sponge gula hangus kak temah yang bawa.

Tomyam campur ni rasanya depa pakat share ramai-ramai dan yang masak rasanya Mai. Pun sedap sryuppp
Sambal tumis udang ado, sambal belacan ado, telur dadar pun ado.
Ni mee hoon goreng saya bawa share dgn Maizan.

Puding karamel Pn suhaya masak dan rojak buah-buahan dicecah dengan rojak buah Dr azrul bagi.

Kueh karipap dan apam gula hangus kak Ju beli di cafe je. hehehehe

Meja kecil je penuh dengan macam-macam makanan.

Chewah Pn su nak rasa Tomyam yang mai masak(Baju merah). Sebelahnya Dr Ismat dan Sister Hamidah
Smile amboi.... boss kat belakang bukan main tunduk je makan.
Cheersss jom makan
Staf sedang menjamu selera
Amboi boss makan bersama abang Daud. entah apa temberang Abang Daud tu sampai tangan terawang-awang. Boss dengar dengan kyusuknya.  
Majlis membaca yasin semua staf
Sebahagian staf yang turut hadir memeriahkan bacaan Yasin.

    Selesai je bacaan yasin, mesyuarat maklumbalas SMRP web-based dengan bahagian pengurusan maklumat pulak. Emm malas nya nak masuk tapi Boss perempuan tu siap perli saya pulak bila tenguk saya tak masuk lagi bilik mesyuarat. Hish dia ni memang le selalu je suka buat orang bengang. Berlagak sungguh. Dalam meeting pulak saya kena buat minit mesyuarat. huh lagilah saya bengang. Yang lagi bengang tu Boss perempuan tu dah pergi semua hospital tenguk pilot projek  SMRP web-based tapi bila maklumbalas ada part tertentu dia pun tak faham nak cerita dengan orang BPM huh lagi le orang BPM tak faham. Entah lah tak retilah nak cakap, kang cakap banyak dia kata kita tunjuk teror tapi memang tak puas hati lah pada beberapa masalah yang timbul. Dia sendiri tak paham SMRP stand alone nak suruh komen SMRP web-based huh lagi le tak paham. Sepatutnya dia kena paham bagaimana proses kerja sistem SMRP stand alone yang semua hospital dah guna dan serasi pakai untuk selaraskan dengan SMRP web-based lah pulak. Bagaimana ada certain-certain input atau sistem dalam stand alone tu yang perlu ada dalam web-based, kalau tak huh memang kacau bilau le beberapa tahun nak collect data hospital. Alangkan SMRP tu nak stabil pun makan tahun malahan sampai version 4.9 barulah stabil semuanya ni yang web-based pulak. Dah ada pengalaman orang lama macam Encik azmi tu tak nak pakai cakap dia jadi sekarang saya pun malas nak cakap. Susah lah nak deal dengan boss yang rasa dia pandai je semuanya walaupun sebenornya dia tak paham dan tak tau tapi tak nak tunjuk kat orang bawah yang sebenornya dia tak tahu. Aduhaiiiiiiii sakit jiwa raga jumpa orang macam ni.


No comments:

Post a Comment