Thursday, June 23, 2011

Team Building punya citer Hari Akhir


Hari akhir seperti biasa setiap pagi kena pergi senaman pagi. Pukul 6.45 ja dah kena pergi padang. Ari tu buat taichi kat tepi kolam renang kali ni kat tenis court la pulak.

Ada macam  atlet je gayanya padahal nak senam pagi jo.

Ni sessi memakai kasut sukan selepas selesai bersenam. Senam tak yah pakai kasut sukan weiii pakai kaki ayam jo. Penat ayam berkejor sebab kakinya kena pakai. hehehe

 
Sarapan time. Ada nasi dagang tapi orang tak minat sedap lagi makan meehoon.

Gaya mesyuarat ahli tingkap je. Amboiii khalid tau le minum teh tarik. Over le

   Ni pulak upacara membuka hamper. Kiranya pembahagian barang-barang le. Sementara nak ke aktiviti seterusnya lepak dulu sambil tu mengemas barang sebab habis je pukul 1 kena daftar keluar, lepas makan tengahari terus balik. Yeh nak balik KL.


Pukul 9 semuanya berkumpul mengikut kumpulan di dewan untuk sessi aktiviti minda pulak. Kiranya ujian dan sesi memerah otak. Ni tengah berbincang macamana nak selesaikan masalah.

Koordinator tunjukan kertas  bagaimana dengan titik tu semua boleh di cantumkan dengan 4 garisan tanpa mengangkat pensil.
Diberi 10 klip dan apungkan sebanyak 9 dalam air dalam mangkuk. Huh susah wooo
Ni pulak bagaimana sekeping kertas boleh digunakan untuk membuat bulatan dengan semua kaki peserta boleh dimasukkan kedalam lubang tersebut.
Kertas tersebut jadi rantai sue la pulak. hehehe

  Lepas tu pergi ke tempat lain untuk ujian berpasukan pula. Bagai mana cara supaya semua ahli boleh melompat ke sebelah tanpa mengoyangkan tali tersebut. Kiranya kesian juga pada sah dan encik fazli sebab kena jadi batu tunggangan bagi budak perempuan untuk melepasi tali tersebut.
  Ni pula mengangkat bola dengan mengepit menggunakan tali dari sebesar bola sehingga ke sekecil-kecilnya dari hujung sana dan masukkan dalam baldi. Susah juga dan jenuh le nak kepit bola tu. yang besar ok tapi bila makin kecil bola huh jenuh le wei. Sebenarnya tak kira besar ke kecil ke pangkat seseorang kalau tiada muafakat antara semua maka setiap kerja tidak dapat disempurnakan. Jadi jangan le fikir kau besar pangkat kau boleh pandang hina kat orang bawahan padahal setiap kerja kalau tidak ada orang abwahan boleh selesai ke? Yang penting sebenarnya tidak kira besar ke kecil ke pangkat, kerjasama dari semua pihak dapat menyelesaikan kerja. Macam kata wonderpet "apa yang penting, kerjasama" .


  Setelah selama 3 hari berkampung di Tekam Resort maka tibalah masanya untuk kembali semula ke KL. Dengan pengalaman yang tidak pernah di perolehi dan juga aktiviti yang begitu mendebarkan maka selesailah semuanya. Selesai makan tengahari semuanya bersiap nak balik.

Dalam tempat letak beg pun sempat lagi tu posing. Peace

Menunggu bas kat tepi longkang

Khalid dengan shah ni memang madang je gaya over.

Chow kit, chowkit. Sapa nak berhenti di chow kit.

Semua hepey nak balik.

  Felda Residence Tekam pun selamat kami  tinggalkan dengan segala kenangan dan memori indah yang banyak telah kami  tempuhi. Tapi kalau lain kali nak buat Team buiding lagi kat tempat lain kita orang dah chop dengan CC Bohari jangan lupa kita orang. Pergi team building lagi seronok dari pergi kursus dalam kelas mendengar ceramah bertali arus tapi selalunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri dengan mata asyik je lah nak lelap. huhuhu teruk sungguh. Sayonara Jerantut.

No comments:

Post a Comment