Berapa lama punya plan akhirnya syukur alhamdulillah, pada cuti sekolah baru-baru ni dapat juga saya, aini dan Norkhanifah menziarahi cikgu Bedah di kluang. Cikgu Bedah ni merupakan warden asrama SMSAB Muar dan dah macam mak sebab selama 5 tahun dok asrama sampai habis SPM. Hai kalau di kenang kenangan di asrama emmm sampai sudah pun tak habis sebab banyak sungguh kenangan yang telah kami lalui apa lagi kalau masa sekolah tu jenis budak nakal... hahahaha dah tentu le nama naik je.
Sejak dah berjumpa di facebook dan dah mula berjumpa dengan kengkawan masa sekolah dulu kami semuanya memang berhajat nak menziarahi cikgu Bedah dan perasaan tu meluap-luap setelah mendengar perkabaran mengenai kak Tina yang telah meninggal dunia baru-baru ini yang juga merupakan warden asrama. Cikgu Bedah ni sebenarnya merupakan cikgu dan disamping itu merangkap kepada cikgu warden. Oleh kerana dengan cikgu Bedah le selalu kami bergurau senda dan selalu kena marah (tegur) jadi ingatan pada dia lebeh kuat lagi.
Mengenangkan cuti sekolah baru ni ada 2 minggu saya pun tanya aini hari apa yang dia free. Kebetulan sepupunya kahwin hari ahad dan isnin dia berada di kampung jadi boleh le ke kluang pada hari isnin 6hb Jun 2011 jadi saya pun apply cuti 2 hari. Boleh balik kampung sekali dan hari isnin boleh ke kluang. Hari selasa baru balik KL. Tapi dek kerana sibuk lupa lah pulak nak dapatkan alamat rumah dan nombor talipon cikgu Bedah dari Jah. Malangnya Jah berada di Itali pulak jadi tak dapatle nak call tanya. Cuba pulak contact sesorang tapi dia gelakkan kami dan suruh cari sendiri. Huh kalau tahu itu jawapannya tak payah le buang duit call dia. Itu pun Aini yang kena. Orang memang le malas nak call orang tu. Buat ngabehkan boreh jo. Jadi kami berdua tawakal je ke kluang dengan harapan kalau niat betul mudahan tuhan permudahkan.
Oleh kerana Norkh kerja pagi dan sudah tentu balik kul 2 dan dari JB nak sampai Kluang makan masa 2 jam lebeh juga jadi kami pun bertolak lambatlah. Pukul 12 baru sampai rumah aini dan masuk tol Yong Peng hanya mengambil masa setengah jam je dah sampai kluang. Oleh kerana masa panjang lagi nak tunggu pukul 3 lebeh kami pun meronda dulu. Mula-mula ke Pekan Air Hitam lepas tu pusing semula ke kluang dan singgah di Kluang Mall. Makan tengahari dan solat barulah meronda kat kluang mall tu cari something buat cikgu Bedah.
Ni yang kami beli buat cikgu Bedah.
Hah namanya Donashi. Kita orang beli yang pack 18 pcs kongsi berdua. Comel dan manis rasanya. Macam-macam perasa sampaikan tak tau nak pilih mana.
Selesai semuanya di Kluang Mall kami pun menuju ke Kampung Melayu. Almaklum le tak tahu alamat, jadi menjajau juga le cari rumah. Berpusing-pusing. Kaunter pertanyaan pertama ops mane ada kaunter, kita orang nampak seorang pakcik berniaga tepi jalan tu yang terus tanya tu. Dia kata jalan terus, ada selekoh hah nanti nampak kedai tanyalah orang kat situ. Kita orang pun jalan dan jalan dan jalan nampak kedai kita orang pun berhenti. Aini pulak tanya orang di kedai tu. Dia kata pergi belah belakang kedai tu. Kami pun pusing ke jalan belakang nampak orang sedang nak meniaga pasar malam. Tanya orang kat pasar malam dia org bukan orang situ jadi tak tahu. Pusing lagi keliling padang kecil kawasan pasar malam tu nampak lah rumah sedang renovation dan kebetulan ada org sedang bersembang dgn kawannya. Kali ni saya pulak tanya. Katanya depan masuk jalan kecil dan rumah yang ke3 rumah aruah Cikgu Sidek. Bila keluar balik kira lah rumah yang keberapa. Sekali nampak papan tanda macam rumah mak andam. Eh takan le adik cikgu bedah mak andam. Sebelahnya kita org macam syak je rumah cikgu Bedah sebab teringat gambar yang Jah letak kat FB masa dia datang berziarah. Lepas tu baru kita orang perasan.
" Eh aini bukan ke tadi ni jalan yang kita lalu ke? Hah ko tenguk depan tu kan kedai." aku tanya aini.
" Haah kan!' Jawab aini. Kita orang pun turun dan cuba menanya rumah yang kita orang agak rumah cikgu Bedah. Sekali keluar adik cikgu Bedah. Hah betul lah. Alhamdulillah akhirnya dapat jumpa Cikgu Bedah.
Ni Rumah cikgu Bedah dari depan jalan.
Kita orang pun masuk dan rupanya cikgu Bedah sedang mandi. Ni ruangan dalam rumah cikgu Bedah. Rupanya cikgu Bedah tinggal berdua sahaja. Bila cikgu Bedah keluar ja aku pun terus salam dan peluk cikgu.. Huhuhu rasa sedih dan menitis airmata aku sebab tak sangka dapat juga peluk cikgu Bedah. Dekat 20 tahun lebeh tak jumpa. Kali akhir aku terserempak masa hantar mak dan aruah bapak pergi Haji kat Lapangan terbang Senai. Cikgu Bedah satu penerbangan pergi menunaikan haji masa tu. Masa tu tahun 1990 kalau tak salah lah kata cikgu Bedah dia pergi tahun tu. Orang pun dah lupa bila mak dan aruah bapak pergi.
Ni lah cikgu Bedah. Masih seperti dulu. Walaupun dah uzur dan jalan gunakan tongkat tapi ingatannya masih lagi baik. Mana anak muridnya yang selalu dia ingat katanya bila selalu sakit dan selalu pergi hospital. Hah macam Jah, Norhayati Ghani memang lah dia ingat. Macam kami yang nakal ni yang ponteng pergi kelas agama pun dia ingat. hahaha
Kedatangan YB Norkhanifah datang mengadap. Jenuh juga nak bagi panduan melalui talipon macamana jalan nak sampai rumah cikgu Bedah.
Cikgu Bedah senyum je menyambut kedatangan anak muridnya.
Norkh siap bawa album dulu-dulu nak tunjuk kat cikgu gambar kita orang. Dasyat le ko norkh.
Hahaha teruk sungguh dengan seat 2 orang kami ber3 dok bergambar. Tersepit aini di apit gergasi2. hahaha
Sambil bersembang Norkh siap boleh call kak Quratuiaini yang rupanya duduk kluang. Kerja sebagai cikgu. Tapi kami sempat sembang sekejap je dan beransur balik. Pukul 5 lebeh kami pun chau setelah bergambar bersama. Bukannya tak boleh sembang lama-lama maklum le kami berdua perempuan. Takut le nak balik malam-malam.
Dalam perjalanan balik dah cadang nak singgah Pekan air hitam beli pisang salai buat mak dan juga keropok atau buah-buahan. Sekali sebelum masuk simpang tol kluang nampak ada sederet gerai cepat2 aku bagi signal dan terus singah. Jadi tak payah le ke pekan air hitam.
Hah tenguklah tu macam-macam ada. geram sungguh dengan buah-buahan yang macam-macam dan kerepek serta kueh yang pelbagai jenis. Orang beli nenas madu dan pisang salai serta beberapa jenis kerepek. Kopak duit. hehehehe tapi seronok.
Selesai je terus masuk tol dan balik semula ke muar. Salah keluar exit tol sekali tenguk rupanya tol sebelum pekan Yong Peng alahaiiii nampak gayanya jauh lagi ni . Yong Peng ada 2 exit keluarnya iaitu selatan dan utara. Ingatkan sama dengan yang masa pergi rupanya salah perhitungan. Jadi sampai rumah aini dah magrib. Mak aini suruh makan dulu sebelum balik. Alahaiiiii mak aini ni jadi aku pun makan dulu sebelum balik. Sian pulak tenguk mak aini dah siap hidangan takan tak makan pulaknya. Selesai je orang pun zoom balik Bakri. Dalam 45 minit dah sampai rumah. Alhamdulillah sepanjang jalan tak ada apa-apa yang terjadi walaupun kereta tak banyak maklum le jalan kampung dah tentulah sunyi tu yang orang zoom cepat2 sebab takut dah malam weiiii... hehehehe, dan juga bersyukur sangat akhirnya kami dapat juga menziarahi cikgu Bedah. Sepanjang bersama aini seronok sangat berbual dan rasa sekejap sahaja kami berdua bersembang dalam kereta. Dengan norkh lagi lah tapi mudahan ada lagi pertemuan antara kami dia masa kan datang. Amin
notie, rindule nak sembang mambang ngn ko lagi..bila ek..
ReplyDelete