Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Thursday, July 21, 2011
Cerita Loyar buruk dpt hilangkan stress
Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Loya Buruk 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap.
Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin
doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."
Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...
tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."
Moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..
Loya Buruk 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia
di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..
Sesekali layan citer macam ni boleh ilangkan stress almaklum le wanita Malaysia ikut ranking yang ke 16 paling stress. huhuhu
Sunday, July 17, 2011
Hari Puja Usia
Comel tak kek besday polka dot ni.
Semalam merupakan hari puja usia saya.Alahaiii yang ke berapa waduh semakin bertambah usia sebenarnya semakin berkurangan usia kita di dunia ini. Kenapa di sebut Hari puja usia hehehe sebenornya ayat ni saya jumpa bila berkawan dengan orang Brunei. Cun pulak ayat dia kan! emm Tak pe apa pun sebelum tu dia dah bagi ucapan awal sehari. Dalam sambil bekerja malam sempat lagi tu. Ayat pulak tu emmm telah buat orang bagaikan di awangan tapi zup kena pijak bumi nyata. Kang berkhayal sampai tak sedar diri pulaknya. Realitinya dia ........kenangan silam saya. Tapi apa pun mengenali Dia merupakan hari indah dan memori di Segamat akan mengimbau semula kenangan itu.
Malahan pintu rumah muka buku saya juga di penuhi dengan ucapan dan doa dari kawan-kawan, kenalan maya, akak dan anak buah saya terima dengan bersyukur sekali. Tiada kek besday mengiringi hari tersebut tapi ucapan dari kalian semua buat saya terharu. Sebab saya rasa doa kalian semua itu lebeh berharga dari kek besday yang tidak seberapa. Yang penting ingatan itu.
Budak-budak sekarang sebenarnya beruntung. Bila tiba hari jadi ja boleh demand macam-macam pula kat mak bapa nak hadiah apa. Saya nak demand macam tu waktu kecik-kecik dulu huh jangan haraplah nak merasai itu semua. Maklum lah di besarkan dengan keluarga yang ramai dengan kehidupan yang miskin sambutan harijadi tidak begitu penting di kala itu malahan mak dan bapa pun lupa harijadi anaknya. Walaupun begitu kehidupan kami walaupun sekadar cukup untuk kehidupan di waktu itu namun saya dan adik-adik masih lagi rasa seronok. Pagi-pagi tolong mak atau akak pergi angkat susu getah, lepas tu menolong memesin getah. Nak menoreh memang le tak reti sebab kecil lagi. Malahan penah tersadung akar kayu srupp susu getah yang di kutip tumpah. huhuhu Apalagi berlenang airmata teringat nanti mesti kena marah dengan mak. Tapi nasib baik akak tolong cover bila mak tenguk susu getahnya kurang dari biasa. Kadang cari biji getah simpan untuk di jual bila ada orang cari biji getah. Untuk apa biji getah tersebut entah le masa tu tak tahu pun nak tanya apasal apek cina tu nak biji getah banyak2. Hah berebut2 dengan adik ke kebun getah sebelah rumah mencari biji getah. Budak sekarang tahu ke biji getah tu macamana? Entah2 pokok getah pun tak tahu. Padahal bau busyuk susu getah le tu yang buat duit jadi wangi. Duit jualan biji getah tu bila dapat walaupun beberapa ringgit tapi masa tu dah rasa besar. Dah terbayang nak beli jajan apa? Nak beli ais kepal kat kedai cina kat Batu 6. Terbayang kesedapan ais kepal dengan siraman air gula. emmm masih adakah lagi orang berjualan ais kepal macam tu? Masa tu manalah tahu halal ke tidak kedai cina yang jual. Main belasah je janji sedap.
Bila bulan ramadan menjelma mak pun sibuk menjemur tepung untuk membuat kuih koya. Sibuk pula menyediakan beras untuk dibuat kuih Deram. Beras tersebut akan di tumbuk dan diayak untuk dijadikan tepung. Tepung tersebut mak akan adun dengan gula merah pula. Balik sekolah tengaharinya dah kena tolong mengoreng kuih deram. Masa tu walaupun penat tiada alasan untuk bermalas-malas lepak tidur kecuali akan mendapat teriakkan kuat bila masih tak muncul lagi di dapur. Masa tu bau kuih deram memang dah lali kat hidung malahan bila raya tak pandang pun walaupun orang kata kuih deram mak sedap hingga merata yang mengordernya. Lepas tu buat kuih sagun potong. Dengan menggunakan tin yang telah di ubahsuai menjadi oven dan dimasak menggunakan api kayu. Keharuman kuih tersebut telah mula luput dalam kehidupan kami malahan telah hapus. Tak tahulah samada cetak kuih sagun tu mak masih simpan atau kak limah yang menyimpannya. Cetak aduanan kuih tersebut sebenarnya dibuat sendiri menggunakan tin minyak tanah yang di potong menjadi bekas adunan kuih sagun.
Hai melalut pulak cerita zaman dulu-dulu. Bukan apa seiring dengan pertambahan usia masa silam semakin berlalu dan hanya tinggal dalam ingatan dan kenangan kita sahaja. Saya mula merasai sambutan harijadi semasa duduk di asrama. Walaupun tak ada duit nak beli kek tapi masih sempat duit lebihan belanja yang di simpan di beli coklat untuk sedekah pada kawan sedorm. Masa tu seronok kalau dalam sebulan tu ramai kawan sambut besday sebab nanti bila balik sekolah je atas katil dah ada macam2. Tak pasti pulak samada ianya diwajibkan atau tidak dah lupa cuma teringat bagi kawan2 je bila tiba harijadi. Masa tu walaupun hanya sekeping biskut coklat tapi dah rasa seronok. Duduk asrama manalah ada banyak duit kecuali ada duit biasiswa lebeh sikit barulah boleh beli apa yang kita teringin.
Bila dah mula kerja lagi lah tak sambut sangat. Sebab masa kat Segamat masing-masing buat hal sendiri ja. Ada tak ada pun masa saya baik dengan kak Sal saling ucap dan mendoakan diri masing-masing. Tapi bila dah duduk dan bekerja di KL dan mula mengenali kawan-kawan alam maya dan bila pejabat juga mula menyambut dan membuat majlis harijadi untuk stafnya barulah rasa di rai. Walaupun majlis yang dah terlambat atau terdahulu sebab dihimpunkan dengan kawan yang lain tapi tetap majlis diadakan pun dah rasa begitu berharga sekali. Apa lagi ucapan-ucapan dari kawan-kawan. Dan bila mengenali geng Ulatbuku ianya semakin bersemarak. Malahan ingat lagi masa potluck pertama kami di Tasik Perdana, saya rasa nak nangis sebab mereka semua bersusah payah beli kek dan bagi hadiah dan meraikan saya dan anim yang kebetulan date birthday selang sehari. Kenangan bercanda dan makan-makan di situ memang sungguh mengasyikan dan pengalaman yang begitu berharga buat diri saya. Apa pun hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Mempunyai kawan seperti kalian semua membuat diriku begitu berharga. Semuga kita sekelian hidup sentiasa di rahmati dan diberkati Allah SWT hendaknya. AMIN. Saya sayang kalian semua. Muah muah muah Kalian semua begitu berharga.
Friday, July 15, 2011
Doktor Cinta - Dyadila
Sinopsis cerita:-
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya
Komen saya:-
Kisah bermula di mana Mazliana hj Nordin yang kebetulan berada di Klinik kakaknya Dr Azlin telah di sangkakan sebagai doktor oleh Tengku Iskandar dan Zikri semasa datang ke klinik Dr Azlin kerana Tengku Iskandar terseliuh semasa bermain bolasepak. Yang kelakau nya Mazliana hanya mengurut je bukannya di check sebagaimana doktor yang biasa merawat pesakit. Tapi kedua mereka terpaku memandang keayuan Mazliana semasa mengurut kaki Tengku iskandar. hehehe sempat lagi tu cuci mata doktor yang mengurut. Nasib Mazliana doktor palsu kalau Doktor asli huh dah kena inject mata tu.
Mazliana Hj nordin merupakan anak bungsu yang periang dan manja dengan kedua ibu dan bapanya.Walaupun tidak sepandai kedua kakaknya namun Mazliana ada keistimewaannya yang tersendiri yang suka menolong orang dan suka membuat orang diseklilingnya suka kepadanya malahan seorang pelukis yang handal walaupun tidak begitu dikenali. Setelah kejadian di klinik tersebut Mazliana asyik je terserempak dengan kedua mereka.
Yang pertama semasa jogging di taman telah menolong Mak Engku iaitu Mak Tengku Iskandar yang tiba-tiba sakit pinggang dan terjumpa pulak dengan Zikri yang datang menjemput Mak Engku. Selepas itu semasa makan bersama Dr Azlin dan tunangnya Johan yang merupakan bekas pensyarah Mazliana yang Mazliana cukup tak suka sebab ada adegan di zaman belajar yang membuat dia benci dengan Johan tapi dek kerana kakak kesayangan yang dah jatuh cinta dengan bekas pensyarahnya itu dia terpaksa terima.
Mazliana juga mempunyai kawan rapat iaitu Syamin farhana aka mimi comel. Moto hidup dia belajar biar lepak result biar gempak. Anak pak tahir jutawan kampung yang sebenornya anak orang kaya di kampung sebab kat rumah kat kampung pun ada orang gaji. Moral of the story jangan hina orang kampung sebab orang kampung low profile. hahaha ayat dalam novel ni memang tak boleh blah lah. Ayat memang kalakau habis dan sempoi. Sebab itu ianya menjadi top semasa di siarkan di blog penulisan 2U. Bila di bukukan semuanya menunggu dan laris bagai pisang panas.
Seterusnya Tengku Iskandar dan Zikri telah berpakat untuk mencari girlfren olok2 buat Tengku Iskandar sebab Mak Engku dah memaksa Tengku Iskandar supaya berkahwin. Dengan pertolongan Syamin aka mimi yang merupakan setiausaha Tengku Iskandar telah mencadangkan Mazliana sebagai calon dimana pada masa itu Mazliana memerlukan duit untuk membantu Taufiq membuka perniagaan burgernya disamping menambah pendapatan keluarganya yang susah. Taufiq dikenali semasa Taufiq mencuri begnya kerana mencari duit untuk maknya yang sakit.
Helah mereka yang mempergunakan Mazliana telah memakan diri mereka sendiri bila Mak engku menyukai Mazliana dan menghantar rombongan meminang Mazliana. Walaupun sebagai tunang olok-olok dengan sign kontrak lagi namun sedikit demi sedikit tanpa disedari keduanya telah mula jatuh hati. Dalam pada itu zZikri pun dalam diam menyukai mazliana.
Tapi disebabkan pakatan Tasha (yang suka pada Tengku Iskandar) dan Liyana (yang merupakan girlfren Nazmi iaitu kawan baik Mazliana yang ingat Mazliana punca kematian Nazmi) untuk tidak mahu melihat Mazliana dan Tengku Iskandar hidup dengan aman telah membongkar rahsia yang selama ini mereka simpan. Akhirnya kedua belah keluarga telah mengetahui pembohongan antara Mazliana dan Tengku Iskandar telah menyebabkan kedua keluarga begitu marah terhadap Mazliana. Disebabkan pakatan jahat antara Tasha, Liyana dan Julia Hana bekas kekasih Tengku Iskandar yang nak kembali semula kepada Tengku Iskandar menyebabkan seolah-olah Mazliana seorang yang jahat. Malahan Mazliana menerima tamparan hebat apabila kedua ibu dan bapanya kemalangan dan meninggal dunia. Masa ni memang sedih melihatkan musibah yang telah melanda Mazliana. Semua kawan dan keluarga memandang seolah Mazliana telah melakukan kesalahan yang besar sampai mereka tak boleh memaafkan. Di waktu ini juga Tengku Iskandar baru mengetahui jika dia sebenarnya telah jatuh cinta dengan Mazliana tapi Mazliana telah berpatah arang berkerat rotan untuk menerima Tengku Iskandar semula. Masa ni rasa sedih sangat pada Mazliana sebab musibah yang melanda dek fitnah orang membuatkan dia terpaksa menghadapinya seorang diri. Sedih sebab orang yang rapat dengan dia tidak mempercayai lagi diri nya walau bagaimana dia menidakkan kejadian yang telah menimpa dirinya.
Mazliana membawa diri ke ke London dan selama 3 tahun hidup menumpang di rumah sewa kakaknya yang sedang belajar. Di sana juga dia bertemu Hadi Ridzwan pelukis terkenal yang menyukainya. Walau berbagai cara digunakan untuk memikat mazliana tapi hatinya telah menjadi keras dan beku dengan siraman cinta. Dalam pada itu dia juga mula mengenali Doktor Cinta yang selalu memberi semangat dan pendorong kepadanya. Bagaimana kesudahan cinta mazliana agaknya? Adakah dia akan memilih Hadi Ridzwan yang sentiasa disisi ataupun menerima semula Tengku Iskandar yang masih mengharap kemaafan darinya ataupun Doktor CInta yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepadanya. Jawapannya hanya dapat di perolehi dalam novel Doktor cinta. Walau bagaimana pun bagi diri saya memang best ceritanya sebab ayat dia memang sempoi malahan ada part yang sedih rasa nak banjir juga lah dengan lautan airmata. Orang suka part Zikri meminjam payung dari seseorang yang akhirnya merupakan kakak Mazliana. Teringat pulak adegan dalam Nyanyian Tanjung Sepi Dr Zainur bagi pinjam payung pada Lida. Dan akhirnya Kakak Mazliana bercinta dengan Zikri.
Wednesday, July 13, 2011
Menziarahi Cikgu Bedah
Berapa lama punya plan akhirnya syukur alhamdulillah, pada cuti sekolah baru-baru ni dapat juga saya, aini dan Norkhanifah menziarahi cikgu Bedah di kluang. Cikgu Bedah ni merupakan warden asrama SMSAB Muar dan dah macam mak sebab selama 5 tahun dok asrama sampai habis SPM. Hai kalau di kenang kenangan di asrama emmm sampai sudah pun tak habis sebab banyak sungguh kenangan yang telah kami lalui apa lagi kalau masa sekolah tu jenis budak nakal... hahahaha dah tentu le nama naik je.
Sejak dah berjumpa di facebook dan dah mula berjumpa dengan kengkawan masa sekolah dulu kami semuanya memang berhajat nak menziarahi cikgu Bedah dan perasaan tu meluap-luap setelah mendengar perkabaran mengenai kak Tina yang telah meninggal dunia baru-baru ini yang juga merupakan warden asrama. Cikgu Bedah ni sebenarnya merupakan cikgu dan disamping itu merangkap kepada cikgu warden. Oleh kerana dengan cikgu Bedah le selalu kami bergurau senda dan selalu kena marah (tegur) jadi ingatan pada dia lebeh kuat lagi.
Mengenangkan cuti sekolah baru ni ada 2 minggu saya pun tanya aini hari apa yang dia free. Kebetulan sepupunya kahwin hari ahad dan isnin dia berada di kampung jadi boleh le ke kluang pada hari isnin 6hb Jun 2011 jadi saya pun apply cuti 2 hari. Boleh balik kampung sekali dan hari isnin boleh ke kluang. Hari selasa baru balik KL. Tapi dek kerana sibuk lupa lah pulak nak dapatkan alamat rumah dan nombor talipon cikgu Bedah dari Jah. Malangnya Jah berada di Itali pulak jadi tak dapatle nak call tanya. Cuba pulak contact sesorang tapi dia gelakkan kami dan suruh cari sendiri. Huh kalau tahu itu jawapannya tak payah le buang duit call dia. Itu pun Aini yang kena. Orang memang le malas nak call orang tu. Buat ngabehkan boreh jo. Jadi kami berdua tawakal je ke kluang dengan harapan kalau niat betul mudahan tuhan permudahkan.
Oleh kerana Norkh kerja pagi dan sudah tentu balik kul 2 dan dari JB nak sampai Kluang makan masa 2 jam lebeh juga jadi kami pun bertolak lambatlah. Pukul 12 baru sampai rumah aini dan masuk tol Yong Peng hanya mengambil masa setengah jam je dah sampai kluang. Oleh kerana masa panjang lagi nak tunggu pukul 3 lebeh kami pun meronda dulu. Mula-mula ke Pekan Air Hitam lepas tu pusing semula ke kluang dan singgah di Kluang Mall. Makan tengahari dan solat barulah meronda kat kluang mall tu cari something buat cikgu Bedah.
Ni yang kami beli buat cikgu Bedah.
Hah namanya Donashi. Kita orang beli yang pack 18 pcs kongsi berdua. Comel dan manis rasanya. Macam-macam perasa sampaikan tak tau nak pilih mana.
Selesai semuanya di Kluang Mall kami pun menuju ke Kampung Melayu. Almaklum le tak tahu alamat, jadi menjajau juga le cari rumah. Berpusing-pusing. Kaunter pertanyaan pertama ops mane ada kaunter, kita orang nampak seorang pakcik berniaga tepi jalan tu yang terus tanya tu. Dia kata jalan terus, ada selekoh hah nanti nampak kedai tanyalah orang kat situ. Kita orang pun jalan dan jalan dan jalan nampak kedai kita orang pun berhenti. Aini pulak tanya orang di kedai tu. Dia kata pergi belah belakang kedai tu. Kami pun pusing ke jalan belakang nampak orang sedang nak meniaga pasar malam. Tanya orang kat pasar malam dia org bukan orang situ jadi tak tahu. Pusing lagi keliling padang kecil kawasan pasar malam tu nampak lah rumah sedang renovation dan kebetulan ada org sedang bersembang dgn kawannya. Kali ni saya pulak tanya. Katanya depan masuk jalan kecil dan rumah yang ke3 rumah aruah Cikgu Sidek. Bila keluar balik kira lah rumah yang keberapa. Sekali nampak papan tanda macam rumah mak andam. Eh takan le adik cikgu bedah mak andam. Sebelahnya kita org macam syak je rumah cikgu Bedah sebab teringat gambar yang Jah letak kat FB masa dia datang berziarah. Lepas tu baru kita orang perasan.
" Eh aini bukan ke tadi ni jalan yang kita lalu ke? Hah ko tenguk depan tu kan kedai." aku tanya aini.
" Haah kan!' Jawab aini. Kita orang pun turun dan cuba menanya rumah yang kita orang agak rumah cikgu Bedah. Sekali keluar adik cikgu Bedah. Hah betul lah. Alhamdulillah akhirnya dapat jumpa Cikgu Bedah.
Ni Rumah cikgu Bedah dari depan jalan.
Kita orang pun masuk dan rupanya cikgu Bedah sedang mandi. Ni ruangan dalam rumah cikgu Bedah. Rupanya cikgu Bedah tinggal berdua sahaja. Bila cikgu Bedah keluar ja aku pun terus salam dan peluk cikgu.. Huhuhu rasa sedih dan menitis airmata aku sebab tak sangka dapat juga peluk cikgu Bedah. Dekat 20 tahun lebeh tak jumpa. Kali akhir aku terserempak masa hantar mak dan aruah bapak pergi Haji kat Lapangan terbang Senai. Cikgu Bedah satu penerbangan pergi menunaikan haji masa tu. Masa tu tahun 1990 kalau tak salah lah kata cikgu Bedah dia pergi tahun tu. Orang pun dah lupa bila mak dan aruah bapak pergi.
Ni lah cikgu Bedah. Masih seperti dulu. Walaupun dah uzur dan jalan gunakan tongkat tapi ingatannya masih lagi baik. Mana anak muridnya yang selalu dia ingat katanya bila selalu sakit dan selalu pergi hospital. Hah macam Jah, Norhayati Ghani memang lah dia ingat. Macam kami yang nakal ni yang ponteng pergi kelas agama pun dia ingat. hahaha
Kedatangan YB Norkhanifah datang mengadap. Jenuh juga nak bagi panduan melalui talipon macamana jalan nak sampai rumah cikgu Bedah.
Cikgu Bedah senyum je menyambut kedatangan anak muridnya.
Norkh siap bawa album dulu-dulu nak tunjuk kat cikgu gambar kita orang. Dasyat le ko norkh.
Hahaha teruk sungguh dengan seat 2 orang kami ber3 dok bergambar. Tersepit aini di apit gergasi2. hahaha
Sambil bersembang Norkh siap boleh call kak Quratuiaini yang rupanya duduk kluang. Kerja sebagai cikgu. Tapi kami sempat sembang sekejap je dan beransur balik. Pukul 5 lebeh kami pun chau setelah bergambar bersama. Bukannya tak boleh sembang lama-lama maklum le kami berdua perempuan. Takut le nak balik malam-malam.
Dalam perjalanan balik dah cadang nak singgah Pekan air hitam beli pisang salai buat mak dan juga keropok atau buah-buahan. Sekali sebelum masuk simpang tol kluang nampak ada sederet gerai cepat2 aku bagi signal dan terus singah. Jadi tak payah le ke pekan air hitam.
Hah tenguklah tu macam-macam ada. geram sungguh dengan buah-buahan yang macam-macam dan kerepek serta kueh yang pelbagai jenis. Orang beli nenas madu dan pisang salai serta beberapa jenis kerepek. Kopak duit. hehehehe tapi seronok.
Selesai je terus masuk tol dan balik semula ke muar. Salah keluar exit tol sekali tenguk rupanya tol sebelum pekan Yong Peng alahaiiii nampak gayanya jauh lagi ni . Yong Peng ada 2 exit keluarnya iaitu selatan dan utara. Ingatkan sama dengan yang masa pergi rupanya salah perhitungan. Jadi sampai rumah aini dah magrib. Mak aini suruh makan dulu sebelum balik. Alahaiiiii mak aini ni jadi aku pun makan dulu sebelum balik. Sian pulak tenguk mak aini dah siap hidangan takan tak makan pulaknya. Selesai je orang pun zoom balik Bakri. Dalam 45 minit dah sampai rumah. Alhamdulillah sepanjang jalan tak ada apa-apa yang terjadi walaupun kereta tak banyak maklum le jalan kampung dah tentulah sunyi tu yang orang zoom cepat2 sebab takut dah malam weiiii... hehehehe, dan juga bersyukur sangat akhirnya kami dapat juga menziarahi cikgu Bedah. Sepanjang bersama aini seronok sangat berbual dan rasa sekejap sahaja kami berdua bersembang dalam kereta. Dengan norkh lagi lah tapi mudahan ada lagi pertemuan antara kami dia masa kan datang. Amin