Sunday, October 9, 2011

Acara Makan-Makan

  Citer acara makan-makan ni sebenornya agenda minggu akhir raya tapi baru ni nak citer. Almaklumle busy sokmo hahahaha padahal takde mood nak update citer tapi nak citer juga walaupun dah lambat. Bukan apa nak tepek gambar makanan nak bior hangpa semua kecur je tenguk. hehehe

Ada 3 hari berturut agenda makan sahaja emmm nampak gaya lepas ni kena diet ler weiii asyik melantak ko huh  sungguh buruk laku mu itu wahai cik not tapi nak buat macamana dah lah hujung syawal, masih ada agenda makan-makan yang perlu di layan. hahahaha cakap saje ler malas nak masak hujung minggu la weiiii. Tapi serius cakap tau memang dari hari sabtu hingga isnin hujung minggu  tersebut  memang agenda makan-makan.

Ok hari sabtu agenda pertama. Menghadiri jamuan kesyukuran dan hariraya oleh Kakinovel di Wangsamaju. Jemputan diterima melalui kaknor dan kebetulan sabtu takde kemana-mana emm boleh lah ikut kaknor. Dari melepak kat rumah layan tv, game dan Fb baik le jenjalan sambil kenyangkan pewot. hahahaha

Ila dapat tempat ke 2 anugerah pilihan pembaca. Syabas ila.

Seperti biasa bila beraya acara makan mesti ada satay, ketupat, rendang, lemang dan sampingan meehoon. Sedap sebab makan free. hehehehe Terima kasih Kakinovel semuga semakin success.
Cabutan bertuah dapat ini. Rasanyacabutan bertuah dgn KN dah 3-4 kali  dapat. Alhamdulillah. 

  Agenda kedua pula pada hari Ahad potluck hariraya geng Ulat Buku dimana kali ini lia offer rumahnya tempat port kami berkelah. Maklumle baru pindah rumah. Tapi nak sampai rumah dia huh makan langsat juga le dengan kaknoor dan ryn sampai entah mana jalan aku dah sesat. Siap ada jumpa kuil pulak da. Akhirnya bertemankan kaknoor dan Ryn selamat juga kami sampai rumah lia dikala orang lain semuanya dah menjamu selera. Aku cuma bawa roti Jala dan kuih kasui. Malas nak masak pi rumah kak Faridah order je lah ya. hahaha Rajin punya anak dara.

  Ni apam polka dot kak noor bawa. Kan trend sekarang kuih bintik2. hehehe Asalkan yang makan tak naik bintik-bintik udah le ye. Hish sedap kuih bintik kaknoor ni sampaikan anak ruby tapau bawak balik. hahahaha kaknoor yang bagi satu tupperware ni bila tenguk dia syok makan.

Ni laksam Yah dan kaksu bawa. Sodap

Ruby dengan anak bujangnya Daniel junior. Kecik2 dah hensem dah besor huh mesti ramai makwe ni. Comel anak Ruby
Entah apa le yang dok sembang sampai bergelak tawa tu.

Kuih Badam buatan tangan Ryn. Boleh order raya haji nanti. Sedap serius cakap. Tenguk tangan anak ruby diam-diam dia kidnap masuk mulut. hehe

Cheese Tart yg marbeles air tangan Ryn

Lama juga lepak kat rumah Lia sambil bersembang dengan Mamaerra. Maklumle lama sungguh tak jumpa dia sejak sakit dulu. Dapat peluang seronok lah bergebang. Walaupun Wan dan yah serta kaksu dah beredar dulu kami tetap layan lepak lama-lama kat rumah lia. 

  Agenda ke 3 pula hari Isninnya sambutan hariraya di pejabat aku pula. Seperti biasa buat pot luck. Kali ni aku bawa sambal goreng. Acara bermula pada pukul 12 lebeh di bilik Komputer sebab bilik mesyuarat sedang digunakan. Sambil jamuan raya juga sambutan besday dan juga hadiah buat Doktor Ilyas yang dah keluar dari PIK.

Puding Hasil tangan Doktor shaema. Huh tenguk pun dah kecur apa lagi bila makan.

Meehoon tak tahu siapa bawa.

Comel je tart buah-buahan di meja VIP.

Rendang ayam

Ayam ungkep hasil tangan Doktor Ismat. Sedap walaupun nampak berminyak-minyak.

Satay mesti tak tinggal.

   Aduhai bila tenguk 3 hari agenda makan-makan mak datuk kus semangat tapi bersyukurlah dan  alhamdulillah lah diatas rezeki yang tuhan beri. Nampak gaya kena pi joging ler ni. Berat badan naik bagai di pam-pam aje padahal malam bukannya makan sangat dan dapur tu boleh di hitung berapa kali kami masak kat rumah sebab nak kurangkan makan. Tapi huwaaaaaa kena exercise le wei. Apa pun layan je lah ye gambar makanan yang aku dah tepek ni. hehehehe layan mata wei.

2 comments:

  1. fuh..makan jgn tak makan....mak aku kata kalau rasa nak makan apa2 tu baik makan..jgn tahan2..takut nanti kempunan.

    FIL aku pernah kata, makan tak yah pantang...kalau sakit gi klinik, dpt ubat, makan pulak ubat...

    Guru beso aku kata, penat kita kerja...jadi tak salah kalau peruntukkan sikit duit utk makan apa yg kita teringin makan..sementara nafsu makan ada...nanti kalau Tuhan dah tarik nikmat makan, satu apa pun tak lalu..betul tak? hehe...lu pikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  2. hahahaha yo lah makan tetap makan cuma kena kurangkan je untuk kesihatan

    ReplyDelete