Cerita yang aku nak citer ni sebenornya dah nun berbulan-bulan lepas ianya berlaku tapi sebab pertama kali pi melantak Durian jadi nak jadikan cerita nostalgia dalam hidup aku kenalah juga cerita dalam blog. Almaklumle blog aku ni tempat aku mencoret perjalanan dan kisah apa saje yang aku suka untuk di jadikan kenang-kenangan. Tapi masalahnya aku ni bukan penulis blog tegar yang selalu bercerita kejadian yang fresh berlaku. Kalau aku jadi wartawan le huh memang kena pelakung dek boss ajelah sebab lambat update cerita terkini hiburan sensasi. Sebab tu tak leh jadi wartawan tapi minah kepoh ala Joyah pun takleh juga sebab selalu ketinggalan keretapi almaklum le train ekspres dah ada wei jadi nak di kategorikan apa ya. hahaha Apa-apa ajelah wei. Selalu saje rasa macam nak tulis tapi lepas tu hah nanti le dan bila dah lama, terbiar saje cerita tersebut jadi pekasam dalam memori kepala otak aku. Lepas tu nak mengarang cerita agenda M tahap gaban so ikut mood le ya nak update. Ok berbalik citer makan durian la pulak. Mukadimah je dah merapu lah aku ni.
Rasanya setiap tahun bila musim buah-buahan terutamanya buah Durian, rambutan, manggis dan sebagainya tiba, Taman Warisan di Putrajaya selalu juga buat agenda makan durian dimana bayar sekian harga hah nak melantak berapa banyak pun lantak le. hehehe. Maklumle perut manusia berapa besar sangat nak melantak buah sampai termuntah. Tapi tu lah kadang jeling je banner yang terpasang di tepi jalan bila depa promosi makan buah-buahan sebab nak pergi sengsorang malu lah pulak jadi terpaksalah tahan hati je tenguk depa menjamu buah-buahan terutamanya Buah Durian Raja segala buah. Nak ajak akak huh akak aku tu mane boleh bau buah durian kang sebatu dia lari sebab mabuk dengan baunya yang kuat. Ngalahkan mat saleh sungguh akak aku tu. hehehe Kalau akak aku tahu aku ngutuk dia huh kena perambat le aku weiiii. Dah le aku suka durian tapi dek kerana akak aku tak suka malahan kalau nak makan suh pi jauh-jauh huh terpaksa lah tahan hati melihatnya bila banyak terjual di pasar malam atau di kaki jalan.
Jadi kali ni bila ternampak banner di sepanjang jalan di Putrajaya promosi Jom Makan Buah wah bestnya. Lagi pun lepas tu dah nak masuk bulan puasa kiranya melantak nak menyambut puasa le gayanya. hahaha ada ke macam tu. Hentam saje lah labu weiiii. Dan nak jadi cerita pulak bila tanya member opis siapa suka makan buah-buahan terutamanya durian ghupanya Kak Temah memang hantu durian apa lagi aku pun ajak le dia pergi. Lepas tu kak ariyati pun nak join sama... wah ni sudah best.
Tukang kopek durian. Mintak je nak berapa biji nak balun depa tukang kopekkan.
Oleh kerana hari Jumaat dan rehat pun panjang jadi bila cukup time je 12.15 pm kita org pun pi serbu dengan ganasnya almaklum nak melantak durian. Hish teruk sungguh aku n gang. Semasa kita orang sampai Taman Warisan belum ramai orang yang datang malahan durian masih banyak berbakul-bakul. Rupanya dia buat 1 kawasan yang berpagar dimana kena bayar sebanyak Rm16 seorang dikaunter masuk. Di bagi air mineral 1 botol. Di buat pagar supaya kita dok dalam tu makan seberapa banyak nak makan tapi tak boleh bawa balik. Tapi kali ni hanya ada buah durian, rambutan dan manggis je jadi bila dah bayar terus cari port nak melantak. Selain dari itu terdapat juga gerai menjual buah-buahan di sebelahnya. Macam-macam buahan ada. Siap duit aje le.
Ok kita layan gambar lah pulak ya. Ready action.
Manggis dan rambutan
Fuh ulas durian yang gebus dan mengecurkan.
Mula-mula pilih seorang sebiji. Tamak sungguh cari yang besar(akulah tu) padahal yang kecil-kecil tu lagi lemak berkrim. Tapi memang sedap lah buah durian D24 yang di bawa. Jadi sesungguh hati menghabiskan 3 biji dahulu sambil tu di sulam dengan manggis. Dah licin 3 biji baru Kak Temah ambil lagi 2 biji tapi perut masing-masing masa tu dah tak larat. Jadi makan slow-slow sambil menikmati kesedapan buah. Berbalui-balui apa bayar Rm16 dapat durian yang mahal yang memang rasanya penuh di tekak kesedapannya. Kiranya kali ni aku puas sungguh melantak durian.
Amboi kak Temah sakan sungguh dok melantak.
Di bawah khemah tempat melantak durian. Macam-macam gaya makan.
Gebuskan buahnya. Yang kekuningan buahnya memang lemak berkrim lah rasanya. Lagi kalau dapat yang jenis kucing tidur memang lagi walah sebab makan 2 ulas kenyang sesungguhnya kenyang. Buah dia tak banyak tapi isi dia memang padat malahan bijinya kecik je. Aku penah rasa durian kucing tidur masa di Segamat hasil kebun Pak Rusli. Dulu dok Segamat memang puas makan buah durian sebab durian Segamat memang bagus di banding durian di tempat lain. Kat Buluh Kasap tu Cina dari Singapura sanggup datang jauh-jauh hanya kerana nak merasa buah Durian Segamat.
Banyak berbakul-bakul. Rupanya baru sampai pagi tu dari mana lupa pulak nak tanya.
Ni lah hasil melantak kita orang ber3. Yang sebutir ni aku dok terkial-kial nak habiskan maklum le dah penuh tangki perut dek buah-buahan. Tak habiskan sayang le jadi habiskan juga walaupun slow motion makan. Rupanya bagus juga datang hari pertama sebab buah masih banyak. Kita boleh pilih buah yang baik-baik dan sedap. Bila tiba hari Sabtu dan Ahad buah sudah berkurang dan yang teruk hari Ahad lah sebab dah tinggal saki baki yang dah tak best buahnya. Malahan kalau nasib tak baik dah habis buah Duriannya. Jadi di lain kali kalau ada agenda makan buah lagi kena pi hari pertama le.
Buah cempedak di luar pagar hehehe
mak oi notie......durian mmg favourite aku.......dulu masa kecik2, aruah atuk aku ada kebun durian....tp jarang2 dpt merasa sbb aku kat aitam, atuk aku kat sg abong..maklum dulu2 mana ada mcm skrg..anak2 skrg mewah..mak bpk depa ada keta, senang nak kemana2..dulu naik bas turun bas..nak ke rumah atuk aku pun time raya je.....dah beso2 sek men lak dok asrama, susah nak kuar....lps spm dok kejap ngn atuk aku..masa durian tgh mahal...pagi2 lg mesti ada apek sorang tu dtg beli doyan...atuk aku jual, byk RM beb....jadi atuk aku 'sayang' la nak suruh aku melantak doyan....tp dpt la rasa...kalau yg dah kena tebuk tupai sebelah tu, sebelah lg masih bole mkn..hari2 aku doa je, ada ler buah reject...yg berlubang ke..kecik ke...fuh nikmatnya, nak2 yg kuniing n pahit tu....peh....kalau mentua lalu pun tak nmpk le...
ReplyDeleteFIL aku pun ada kebun doyan....tp dulu masa aku muda2 dok jauh kt tg sedili nun..musim doyan terlps je...dpt merasala sikit2..kalau ada duit nak beli pun berkira jgk sbb doyan mahal...
skrg ni dah dok sini, musim doyan dpt rasa doyan tp takut la pulak nk melantak byk2....aku ada darah tinggi, laki aku kalau mkn doyan byk, sakit dada mcm lelah....hmmm...jd nak mkn tu kena fikir jugak masa depan hehe...
dulu FIL aku byk kebun doyan..tp sejak dia tak leh mkn sgt sbb ada diabetes, dan harga durian lak tak semahal dulu...dia tebang n ganti ngn pokok getah..kebun doyan tu ada lg tp dah tinggal 1/2 ekar kot...ha, nanti bila musim doyan, aku call ko n norkh.....bg korang melantak doyan.....amacam?
Wah ko ada darah tinggi... Aku ingatkan aku yg triple G ni mcm2 penyakit tapi so far semua ok. Cuma border kolestrol tu pun kena kawal je. Sebab tu mkn doyan ni tak leh di layan sgt tapi sebab dah berjaman tahan hati tu yg ada pluang tu walap je. hehehe Kena check sekali sekala lah body tu takut mcm2 benda sangkut. Mcm aku ni pun kdg takut je kalau sangkut 3penyakit tertinggi iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Kalau ada salah satu yg 2 nanti dok ikut sama nempel. Maklum lah kan dah muda2 ni semuanya kena kawal yg penting sihat kan? Tapi sebenarnya hati dan perasaan kita sebenarnya yang mencorakkan diri kita. Kalau think positif dan hepey insyallah semuanya terpancar di raut muka kita. Ewah melalut pulak aku.
ReplyDeleteYahooo ko call je zup aku lah org pertama menyahut panggilan mu. hehehehe