Cover muka depan blog Remy... cantikkan cahaya remang-remang senja.
Assalamualaikum semua. emmm bila mata dok ngantuk sambil berpinar memandang Pc apa lagi ler aku pun pi terjah blog org lain tiba-tiba... mata aku ternampak.... opsss pusing balik ayat oooooooo rupanya Remy Ishak ada blog juga. Alahaiiiii napa ler aku ketinggalan beca ni , orang lain dah berjaman tahu baru hari ini aku tahu. Takpe ada masa nanti aku terjah blog dia, buat masa sekarang pi follow dulu blog dia. Jadi kalau ada update cerita terkini atau apa filem dan drama lakonan yang telah di lakonkan bolehlah tahu.
Apa pun semangat Remy memang tabik spring lah. Masa pergi Besday bash dia yang pertama dulu, masa tu dia baru je di nobatkan sebagai pelakon popular tv, dia ceritalah kisah hidup dia sebelum menjadi pelakon popular. Memang banyak ranjau dan rintangan yang di tempuhinya sebelum dia berjaya seperti sekarang. Kiranya bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian. Aku cukup suka dan tertarik semasa menonton drama Sindarela dulu dimana masa tu rasanya baru lagi Remy dalam dunia lakonan. Start dari situ Remy terus menuju puncak dan tidak menoleh-noleh lagi ke belakang. Apa pun chaiyok-chaiyok Remy. Semuga Remy mendapat anugerah Pelakon terbaik. Amin. Insyallah jika di kekalkan sifat merendah diri dari dulu hingga sekarang di samping sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah puas dengan hasil lakonan dengan Izin NYA insyallah berjaya satu masa nanti Sebagai peminat aku akan tetap menyokong lakonannya tapi jangan lah banyak sangat gosip kisah cinta ya. Tak best ler kalau banyak sangat kontroversi mengenai kisah cinta yang kadang menjejaskan nama Remy. Apa pun sebagai peminat kita orang sokong 120 peratus. hahahaha terlebih sudah sungguh aku. Hah pi ler terjah blog Remy Ishak .
ko ni not...aku ni minat jgk sikit2 kat remy tu, tapi bila ko dah war2kan, nak juga sesekali jengah blog dia....tabiklah, ada masa jg nak buat blog..
ReplyDeletehahahaha terpengaruh juga ko ek. hehehehe
ReplyDelete