Ok pada hari yang telah di tetapkan tu kami pun mulakan agenda ke Hotel Singgahsana. Nacha tunjukan jalan. Rupanya si June, adiknya dan nor dah sampai dah kat hotel pukul 1 lagi. Amboiiiii copeknya. Tapi bagus juga boleh depa chopkan tempat. Sampai je terus sign nama dan dapat door gift. Wahhhh cun le beg kertasnya, mug dan gambar Remy. Tenguk makanan pun macam sedap je. Rupanya agenda bermula pada pukul 3. Jadi melangut le menunggu. Pukul 3 petang baru Remy sampai wahhhh dia pakai spek hitam macam my feveret actor bollywood lah Arjun Rampal. Aiseyyyyy tergamam tenguk dia yang bersalam dengan semua dari satu meja ke satu meja. Alahaiiii Remy. hehehe
Masa tu juga ramai pemberita datang menyerbu. Wah mana le depa dapat cerita ni ek. Selepas berucap dan selesai acara potong kek. Semasa acara makan bermula, Remy telah di kidnap oleh pemberita. Selesai Remy kene interview Treasure hunt pun bermula. Riuh sungguh mereka semua. Selain daipada itu ada juga game dan cabutan bertuah. Nor menang acara berebut kerusi. Masa ni memang kelakor bayangkan si Remy nak menang dia pi tarik kerusi seorang peminatnya yang dah nak duduk pun. Sekali terbongkang budak pompuan tu atas lantai. hehehe kelakor. Lepas tu pengadilnya budak perempuan yg cute dan petah bercakap. Memang kelakor habis masa tu. Aku cuma masuk game tiup belon tapi tak menang sebab yg akhir tinggal aku, sorang budak dan Remy. Rupanya Remy takut nak tiup belon. Aje... Apa pun memang havoc acara pada petang tu. Dengan di sulami bunyi belon yang meletop dan meja sebelah aku yang ada pak latah. Si Lan tu memang kelakor lah bila melatah. Yg best tu masa cabutan no bertuah. Remy dok tipu Lan bila dia nak pi ambil hadiah rupanya bukan no dia. hahahahaha yg best Lan siap masuk bawah meja sebab malu. huhuhu Dewan riuh rendah dengan gelak tawa semua. Sambil tu Remy juga cerita bagaimana dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dimana dia memang comited dengan kerjayanya. Semuga berjaya dalam bidang lakonan dan akhirnya menang award best actor di malaysia. Caya lah.
Akhir majlis sessi sign otograph. Bila part nak tulis nama tu aku pun kata le nickname aku notie.. sekali dia pi gelak kan aku aduhaiiiii dia ingat naughty... aku pun bisik le n. o. t. i . e dan cakap jangan le cakap kuat-kuat malu... Aje.... tapi otograph dia catat dia pun notty juga.... ala dah agak dah... biasa le org lelaki kan.
Door gift Besday bash
laksa yang sedap sekali
Ni semasa baru sampai... rupanya dia lupa time sebab tu lambat datang
Bersalam dari satu meja ke satu meja
Potong pulut kuning. Rendang pun ado
masa game sedang di jalankan
Bergambar bersama tuan punya present dan present besday. Nacha siap bisik suruh pakai masa berlakon nanti. hehehe sempat lagi tu
masa game berebut kerusi
game tiup belon
Time sign otograph
Chewah
Acara sepatutnya habis pukul 6 tapi dek seronok dengan peminat sampaikan terlajak waktu. Hinggakan pengurusnya terpaksa tarik tangan ajak balik. Sebab lepas tu dia kena balik melaka. Mungkin nak celebrate dengan kedua ibu bapanya. Kat melaka kat paya rumput tu. Acara sepetang bersama Remy memang happening sesangat. Semua suka sebab Remy sporting dan merendah diri orangnya. kalau dia amalkan sikap seperti itu sampai bila-bila mudahan dia akan berjaya dalam hidupnya. Bukan macam sesetengah pelakon bila dah femes mulalah tunjuk lagak. Mudahan Remy tak macam tu dan peminatnya akan menyokongnya sampai bila-bila. Chaiyok chaiyok Remy yehhhh
No comments:
Post a Comment