Sunday, September 9, 2012

Jamuan Bahagian P & P pula



Assalamualaikum,
Hai nampak gaya Jamuan raya masih belum susut lagi. Selepas jamuan KKM selepas tu Opis kali ni Bahagian pula. Bahagian P & P mengandungi 8 bahagian. Dan pada kali ini kami menerima Pengarah yang baru bagi mengantikan tempat  Pengarah lama iaitu Dr Rahim yang telah pun bersara. Kiranya baru kali ini lah nampak Pengarah baru. Opss lupa masa jamuan di opis Pengarah ada datang sekejap selepas habis meeting. Tapi kiranya ini pertama kali lah Bahagian P & P berkumpul beramai-ramai bersama Pengarah baru kami.

Ni lah pengarah baru kami Datuk Dr Noraini Baba

Seperti biasa ucapan dahulu selepas tu meraikan staf baru juga staff yang telah keluar dari bahagian,  samada berpindah ataupun sambung belajar.  Selesai semuanya terus makan time. hehehehe


Meja VIP

Staff yang telah keluar dari Bahagian P &P

                                                                       Staff yang hadir


Makan time

Juadah yang sentiasa ada iaitu satay dan kuah kacang serta nasi himpit serta kuih.

Hait dah nak habih.... copek-copek.
 
 Selain itu ada juga soto yang sedap kuahnya siap ada begedel lagi cuma taugeh tak ada. Selain tu ada juga nasi minyak tapi sebab dah makan satay banyak dengan kuah kacang serta nasi himpit lepas tu rasa pulak meehoon soto, perut dah konyang. Tapi bila kak temah talipon kata nasi minyak banyak lagi apa lagi aku and the gang pun naik balik lah  tapau pula bawa balik. Syukur alhamdulillah rezeki melimpah ruah di bulan syawal ini.  




No comments:

Post a Comment