Thursday, September 6, 2012

Jamuan Raya Opis

Menghias Bilik Komputer yang di jadikan tempat jamuan.

 Assalamualaikum semua,

 Rezeki bulan raya melimpah-ruah rasanya pada minggu ni. Mana taknya 3 hari berderet-deret jamuan hariraya. Hari Selasa Jamuan Kementerian, Hari rabu jamuan di pejabat dan hari khamis jamuan di Bahagian P & P pula.

 Kita cerita jamuan di pejabat dulu lah. Yang di kementerian aku dah citer sebelum ni. Kali ni big boss jemput jemputan agak ramai juga iaitu Perangkaan, Mimos, Bahagian Belanjawan iaitu jiran sebelah. Seperti biasa jamuan buat potluck tapi ada yang share seperti rendang daging dan ayam depa buat collection berapa staf yang nak share dan order sahaja di cafe bawah.  Meriah juga lah sebab dekoration yang cantik oleh Dr Fazlin dan Dr Shaema serta Dr Azrul. Kalah lah deko bersama Eric.


Masa ni kami beramai-ramai tolong menolong di pantri. Mana juadah yang belum siap di susunatur di dalam pinggan. Dr Ferwan sponsor buah-buahan. Fuh banyak buah anggur pemberiannya. Tak termasuk tembikai yang dah di potong-potong siap ada airbatu didalamnya.

Ni pulak sessi bersolek... Comel Dr Fazlin setelah disolekkan oleh Mai



Minuman stesyen

     Satay daging dan satay ayam di sponsor oleh Encik Daud. Satay dari UK (Urat Keting) Bangi. Tangan-tangan yang banyak tu sebenornya sessi testing di pantri. Seronok jadi orang dapur sebab sebelum dikeluarkan ke hadapan yang menyediakan boleh ngap dulu rasa,  apa lagi satay yang panas-panas baru keluar dari oven ni memang sedap di testing dahulu sebelum majlis bermula. Boleh gitu. Untung jadi orang dapur tau. Dah kenyang sebelum majlis bermula. hahahahaha

Posing tema yang sedondon sebelum majlis bermula.

Bila jemputan sampai terus je jamuan pun bermula. Apa lagi bila Timbalan Pengarah Bhg P & P, Dr Rahimah sampai. Tapi bahagian VIP mereka makan di bilik GIS. Ni semua yang hadir sedang menikmati juadah.

                                                        
Selain daripada jamuan hariraya kami juga meraikan harijadi  staf  bagi bulan 6,7 dan 8 

Ni sessi memotong kek besday beramai-ramai. Sebenarnya ramai ini cuma sebahagian sahaja yang boleh masuk dalam frame gambar.
 Staf sedang berebut-rebut nak kek harijadi. Huh bila dah ramai-ramai macam-macam kelakuan yang timbul. Apa pun jamuan harijadi diadakan setelah para jemputan telah selesai menjamu selera dan dah balik. Kiranya sambutan harijadi acara yang terakhir sekali. Setelah menyampaikan hadiah selepas tu sessi memotong kek. Selepas sessi makan-makan apa lagi acara membersihkan kawasan. Apa pun jamuan hariraya berjalan dengan lancarnya.

No comments:

Post a Comment