Day 3 - Lokasi 12 - Full House
Assalamualaikum, Wah lama sungguh cerita pi korea tertangguh. Boleh tenguk sambungannya sebelumnya disini.
Selepas melawat cafe Coffee Prince, semua dah gembira sebab selepas tu adalah ke lokasi Full House. Kalau sesiapa yang minat Rain hah memang suka lah. Sebab dalam Full House tu Rain nampak cute sangat bila dia kena kahwin kontrak dengan owner Full House iaitu pelakon Song Hye Kyo, yang selalu buli Song Hye Kyo. Memek muka dia bila geram memang cute sangat. Emm macam nak kena tenguk balik Full House je. Dan kebetulannya selepas balik dari Korea NTV7 sedang tayangkan cerita Full House apa lagi lah semuanya teringat-ingat tempat yang kami dah ambil gambar. Lokasi dia sebenarnya adalah terletak disebuah pulau iaitu pulau Sindo dan kami terpaksa menaiki feri untuk kesana. Feri dia besar juga sebab kenderaan boleh naik atasnya..... ala macam naik feri Pulau Pinang tu. Sementara menunggu feri sampai, kita orang menunggu di tempat menunggu, dimana ada pelbagai makanan di jual juga tempat membeli tiket feri. Terjumpa lah botol minuman yang menggunakan Hyun Bin sebagai model. Nacha siap beli dan simpan botolnya. hehehe peminat Hyun Bin lah katakan. Masa tu Hyun Bin sedang femes dengan cerita Secret Garden dengan pelakon Ha ji Won. Dan selesai pengambaran Secret Garden tu dia pun masuk latihan tentera yang merupakan latihan yang wajib buat warga korea Selatan. La ni rasanya dah habis kut latihan dia. Almaklumlah dah 3 tahun aku simpan cerita jenjalan ni. hehehehe
Kepulauan Sindo
Penumpang berjalan kaki dahulu naik feri
Lepas tu baru kenderaan menaiki feri
Ni kita orang lepak kat dalam feri beramai-ramai.
Bila feri dah jalan kita orang pun naik ke atas untuk melihat keadaan sekeliling. Memang cantik tapi tak tahan dengan angin musim autumn, sejuk sampai ke tulang. Terdapat banyak burung-burung berterbangan disekeliling feri.
Pemandangan dari dalam feri.
Akhirnya sampailah kami di daratan Pulau Sindo. Bila bas dah turun dari feri kami pun naik semula dan terus menuju ke Rumah Full House. Pulau tersebut sungguh nyaman malahan terdapat juga penduduknya yang menanam padi? emmm padi ke? Aku tak ambil gambar dia lah tapi kalau nak naik basikal keliling pulau rasanya boleh kut emmm mesti best kan kalau boleh naik basikal keliling pulau sindo.
Ni gerai jualan macam dalam movie dia time sejuk boleh makan makanan panas-panas.. Masa balik sementara menunggu feri sampai kita orang lepak kat bawah dan nampaklah gerai ini. Iejay yang dok usha makanan kat gerai tersebut dengan di bantu oleh nazmi... lupa pulak nak ambil gambarnya sebab dia berasap-asap periuk yang berisi air entah apa tah.. lepas tu macam fishcake bercucuk2 tu celup dalam air tu dan cecah sambal... ala kat pasar malam Jalan TAR kadang ada tapi aku tak tahu nak cakap bendanya tu macam mana. Oleh kerana ada nazmi yang pandai kecek korea dia lah yang tanya benda tu dibuat dari apa dan sebagainya dan akhirnya mereka berdua yang sodap mencecah dan memakan benda ala tu. Huhuhu kita orang tak berani sebab rasa cuak jadi pandang je lah iejay dan nazmi makan. Adey Iejay bukan main suka bebenor makanan korea..... aku cuma boleh layan kimci je dengan bimbimbap.
Hulala inilah depan rumah Full House... hah tenguk tu basikal dia yang digunakan oleh Rain bersiar-siar bersama isteri kontraknya
Ni lah bilik rain
Ni dari atas bilik... kalau kita ingat balik cerita dia hah tingkap cermin tu lah yang si heroin kena lap cermin... dan di meja tu dia mengarang novelnya. Tangga tu pun tempat si heroin kena cuci kalau tak salah aku le. Dah banyak lupa tapi ingat dia kena buli oleh Rain.
Hero dan heroin serta pelakon pembantu
Ni gambar dari tepi pantai. Rumah tu sebenarnya mengadap laut.
Lokasi 13 - Lokasi Sad Love Song
Selesai mengelilingi rumah Full House kami semua pun menuju ke rumah Sad Love Song pula. Masa ni dah nak malam. Jadi bila sampai ja masih terang tapi tak lama kemudian belum habis posing bagai dah gelap. Huhuhu sekejap bonar. Rumah untuk lokasi Sad love Song ni tak terjaga macam Full House. Tapi rumah tersebut sebenarnya cantik tau. Kena tenguk balik lah cerita Sad love song tu. Aku suka cerita tu sebab Kwon Sang Woo berlakon beb. Sedih cerita tersebut sebab walaupun mereka terpisah dan berjumpa balik tapi akhirnya terpisah juga buat selama-lamanya. Sebab hero mati tapi meninggalkan waris lah. Lagu dia pun sedap walaupun sayu je. Dah tajuk pun sad Love song memang mendayu-dayu lah perasaan. adeh.
Rumah ni macam atas bukit sikit tapi memang sayang lah sebab tak dijaga sangat. Kalau dia boleh buat macam Full House mesti best tapi promosi cerita pun nak ada juga. Cuma Full House tu rantingnya up sikit sebab ada Rain yang masa tu baru nak naik.Tu yang orang lebeh tahu cerita Full House dari Sad Love Song. Padahal heroinnya dah sampai international tau sebab pernah berlakon dengan Jackie Chan. Ala lupa tajuknya tapi best juga cerita tu. Jackie Chan dari zaman dahulu datang ke zaman sekarang kerana nak menyelamatkan Permaisurinya. Best juga cerita tu.
Kisah cinta 3 segi yang mengitu menyayat hati.
Kwon Sang woo saranghaee.
Lokasi 14 - Dongdaemun tempat Shopping
Selepas selesai kat Pulau Sindo kita orang balik semula ke Itawon untuk makan malam dan seterusnya agenda shopping pula kat Dongdaemon. Berapa punya banyak doraemon daa....... Kalau tak cukup duit minta kat doraemon la... hehehehe kalau boleh memang aku dah buat... hehehe
Dongdaemon memang syurga shopping di Korea. Kalau tak singgah memang tak sah. Selain dari Myeodong, Namdaemun, Dongdaemun memang meriah kalau malam. Bangunan kat situ terdapat juga Dota yang femes. Kalau musim nak raya krismas, bangunan dia memang cantik dengan hiasan lampu-lampu yang dideko begitu cantik sekali. Boleh jenguk Dongdaemun tahun 2008 yang aku pergi masa winter.
Dongdaemun night market dia sepanjang keliling bangunan Dota tu memang meriah habis lah dengan orang korea yang begitu ramai. Seronok tenguk kedai makan dia yang berplastik tu. Kalau dalam drama korea benda tu memang mesti ada. Nasib baik dia jual makanan yang bukan boleh kita makan jadi takde lah boleh lepak dalam tu posing. hehehehe. Lepas dah puas keliling Dongdaemun semua balik hotel udah capek dah tapi rasa seronok. Masih banyak lagi lokasi ni. Kita sambung hari ke 4 pula ya
No comments:
Post a Comment