Tuesday, October 16, 2012

Jenjalan Korea 2008 Bhg 3

   Ok kita sambung semula cerita pi Korea 2008 yang tak habis2 lagi tu. Kali ni kami telah di bawa ke tempat kediaman Presiden Korea. Walaupun tak masuk ke dalam rumah hanya di luar sahaja. Ada satu kawasan di depan kediaman tersebut dimana  para pelancong boleh mengambil gambar berhadapan dengan Kediaman Presiden. Hanya itu sahaja kawasan yang dibenarkan. Nak masuk mana boleh, ada pak Guard tu hah tengah2 jalan tu. Opss  pak guard lah pulak sebenornya askar lah. Nama rumah Presiden tu kalau tak salah Blue House. Tapi lokasi rumah dia memang bestlah sebab latar belakang dia ada gunung ganang melatari sekeliling panorama.

                                                           Berdepan dengan Rumah Presiden

Pintu masuk ke Blue House, hah nampak tu merata askar  yang menjaga kediaman Presiden Korea ni. Ni pun kita orang seberang jalan dan konon-kononnya nak tenguk dekat-dekat kut-kut lah Presiden dok bersiar-siar ke.... hehehehe


Askar berkawal berhampiran dengan Rumah Presiden

  Selesai berposing depan kediaman Presiden, kami telah di bawa ke Sungai Cheonggyecheon yang begitu bersih dan jernih. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Bayangkan sungai tersebut sebelum ni memang kiranya kotor sangat tapi dek kerana nak menjadikan ianya satu tempat pelancongan, sungai tersebut telah di bersihkan dan hasilnya tada.... sebuah tempat pelancongan yang mengamit orang datang. Bayangkan kat tengah-tengah bandar boleh ada air yang terawat dengan bersihnya. Memang orang korea begitu pandai memanipulasikan sesetengah tempat menjadi lokasi pelancongan yang menyebabkan orang ramai datang ke negara mereka. Satu contohnya Kdrama mereka seperti Winter Sonata dan sekarang Kpop pula. Kalau lah Sungai kat KL tu bersih huh boleh lah sewa bot ke bersiar-siar di sungai seperti kat luar negeri seperti kat Peranchis tu. Aisey terberangan lah pulak.


Bawah jambatan.... bersihnya kan kalau berkelah bawah ni pun best lepas tu terus terjun hehehe

Air jernih mengalir membuatkan rasa nak terjun tiruk je. hahahahaha kalau kat kampung huh memang terjun tiruk je le. Teringat pulak parit kat Kampung akak aku Parit Sulong. Dolu2 memang selalu mandi sungai la ni air dah keruh dah tak boleh mandi sungai lagi. 

Replika keretapi di Hotel bersebelahan casino 7 luck

                                       Model keretapi laju serta model rumah yang comel je

      Lobi hotel yang dihias cantik. Oleh kerana dah nak krismas banyak perhiasan krismas boleh di lihat.   
  Selepas tu kami telah di bawa ke 7 Luck casino. Almaklum lah opis mate wan semuanya china dan hanya kami ber2 je muslim, oleh kerana yang lain semuanya nak berjudi kita orang berdua melilau je kat hotel yang bersebelahan dengan casino tersebut.  Menunggu geng-geng wan menghabiskan duit di casino 7 luck tu.

Santapan tengahari

  Setelah puas melilau disekeliling hotel yang cantik tu lepas tu lepak pulak kat lobi hotel sampai nak terlelap-lepal menunngu depa semua habis berjudi. Bila dah selesai  depa berjudi adalah masa untuk makan tengahari. Kali ni sedap makanannya macam nasi goreng gitu. Tapi seperti biasa kimci memang mesti ada. Rumpai laut dengan telur dadar tu emmm nampak sungguh mengiurkan. hahahahahaha dah penat semuanya nampak sedap.

Depan kedai makan tu ada lah peniaga buah-buahan. Buah limau dia nampak segar dan besar. Opismate wan ramai yang kerumun dan membeli buah. Mr park tourist guide kat korea yang tolong tawarkan. 

  Selesai makan kami telah di bawa ke tempat shopping femes di seoul iaitu MyungDong. Tempat ni bagaikan tempat shopping di Bukit Bintang di KL. Segala macam fesyen pakaian, alat solek, kasut dan jenama moden yang terkini semuanya ada. Remaja-remaja korea kiranya memang gila berfesyen sungguh. Fesyen semuanya  yang terkinilah.   

Tapi yang tak boleh tahan ialah model Bae Yong Jung aka Jun Sang dalam citer Winter Sonata. Besor ko patung papan gambar model alat solek ni. Masa ni model masih Bae Yong Jung tapi masa aku pergi Mid valley tak lama kemudian aku nampak modelnya Kwon Sang Woo. Tapi takde model kayu cuma poster dia terpampang besar di gerai alat solek tu. huhuhu my feveret actor. Terasa macam nak bergambar dengan poster Kwon Sang woo di midvalley tu tapi aku segan. Kat korea takpe takde orang dok gelakkan. hahahaha camtu sekali dok minat. 

Suasana yang meriah dengan pengunjung-pengunjung yang membeli-belah.

Ini sebenornya eksyen je kunun2 jadi promotor alat solek juga. Kecuh juga kedai alat-alat solek kat situ sebab promoternya rajin promote barang-barangnya. Yang aku suka masuk sebab dapat free gift yang kecil2 atau sample barang. Dok kumpul yang tu lah keluar masuk kedai. hish hish haru sungguh. Nak beli mahal. Ada tak ada pun belilah sepack topeng muka. Yang boleh dipakai seminggu sekali untuk melembabkan muka.  Tapi tak di nafikan kulit orang korea begitu mulus-mulus dan licin bersih. Apa rahsia mereka kan. Adakah kerana amalan memakan kimchi membuatkan kulit mereka cantik dan bersih? 

wah jalan ke namdaemun dan city hall lah.

Selepas tu kami di bawa merentasi jalan bawah untuk melintasi jalan ke seberang. Kat sini kami dinner di Seafood Ebishura.

Pelbagai makanan laut terdapat di restoren tersebut dan orang sangatlah ramai. Kami makan berasingan daripada opismate wan yang lain.

 Wallpaper dia cantik macam almari buku je padahal dinding je. Kami makan berdua je asing dari yang lain dan agent Apple dan Agent Korea Mr Park makan bersama kami. Makanan laut dia memang fresh. Udang besar-besar. Harga emmm mesti mahal kan. Kata wan opis mate dia terutamanya Big boss iaitu taukeh syarikat tersebut memang memilih tempat yang best-best. Kalau makan memang tak berkira tentang harga yang penting setelah penat berkerja mestilah dapat memuaskan hati menikmati kehidupan. Jadi harga pakage ni memang berbaloi2 mahal lah apa lagi tempat yang kami pergi memang kira high taste juga lah. Lagi pun inilah trip berjalan syarikat yang pertama kali syarikat wan buat. Jadi semuanya enjoy. Seronok juga melihat kerenah opismate wan bersama keluarga berjalan bersama-sama melancung.

 Selesai makan malam kami di bawa ke tempat shopping yang lagi hapening iaitu Dong daemun. Tempatnya macam kita pi Bangsar gitu malam-malam lagi meriah.
Berhadapan dengan tempat shopping tu lampu berwarna-warni menghiasi. cantik sangat. Selepas krismas kan mereka nak sambut tahun baru.

   Ni gerai ditepian jalan. Kebanyakan baju-baju dan pelbagai fesyen pakaian. Almaklumlah orang korea kan kecil-kecil. Ada tak ada pun aku cari tshirt buat oleh-oleh. Setelah keliling bangunan kami telah masuk shopping kompleksnya kalau tak salah Doota ke apa namanya. Dari satu tingkat ke satu tingkat kami menjelajah. Aku tak berani teraing dari wan dan kawannya takut sesat. Ala den lupa plak nak ambil gambar didalam shopping kompleks tu. Lepas tu sampai kat atas kami dah jumpa satu tempat cenderahati. Adeh aku dan wan serta seorang lagi opismate dia sikit punya lama sampaikan kena jemput oleh agent Apple sebab orang lain dah naik bas tapi kami masih lagi dok meroyan mencari cenderahati yang kami suka. Harga memang lah mahal. Tapi aku banyak beli keychain dan tshirt. Selain dari itu beg bonjot hasil tangan orang korea dengan sulaman yang cantik buat adik beradik aku. Duit habis kopak kat situ. Sebelum ni teragak2 nak beli sebab tak ada yang berkenan dan lagi tak muat (baju ler sebab tak ado big sixe hahaha) sekali jumpa kedai cenderahati hah ko lupa dirik sat. Tshirt pun sixenya limited je takde triple sixe adeh. Apa pun puas hati sebab cenderahati family dah ado. Lepas ni cuci mata jo. Selepas tu balik hotel titun sebab udah capik dong jenjalan. Hah layan je gambar deko lampu yang cantik2 ni.




Abaikan lah entah siapa tu dok tercanguk kesejukan. hehehe

Kita sambung bahagian 4 ya.



   

No comments:

Post a Comment