JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu
memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu ; mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI
kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA
hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersama mu…… dan mungkin TIDAK
dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU
sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal
dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan
KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk
kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan
bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi
TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI
sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan
BERKHASIAT …… Mengapa
kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu
ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI
sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan
MENYESAL ……
Begitulah
juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh
membawa KEBAIKAN kepada
diri mu…… MENYAYANGIMU
…. MENGASIHIMU ….dan
MENCINTAIMU …. Mengapa
kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
…… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor
utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN
orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR dengan apa yang kita
sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada
yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti
tidak mungkin sama seperti yang
hilang”
|
Ya, benar, manusia tidak sempurna, ada kelebihan dan kelemahan,..guna kelebihan untuk menambahbaik kelemahan..
ReplyDeleteYa betul tu. Setiap ciptaan Tuhan ada kelebihan dan kelemahannya. Sentiasalah bermuasabah diri selalu.
ReplyDeleteapa2 pun yang ALLAH beri dan tentukan utk kita, redha lah...dan sentiasa bersyukur kepada-NYA..kalau ada apa2 lagi kekurangan dan kelemahan, berusaha utk baiki dan berdoa selalu kepada ALLAH...hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
ReplyDeleteyup betul betul *gaya upin Ipin* buat muasabah diri yang kadang terlupa bahawa semua ciptaan Tuhan itu sebenarnya indah.
ReplyDelete