Monday, November 18, 2013

Jangan mencari terlalu sempurna





Assalamualaikum,

Bila baca artikel ni aku jadi sedar diri bahawa aku tak sempurna malahan semua manusia tidak sempurna kecuali Allah SWT.  Jadi kalau ada sifat-sifat yang tak baik emmm kena sedar diri banyak-banyaklah dan bersyukur banyak-banyak atas limpah kurnia yang Allah beri selama ini. Untuk muasabah diri sendiri supaya sedar diri. hehehe bolehlah ek. Kalau tak sedar-sedar diri juga huh tak tahulah den nak buek lagu mano. hehehe


JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”    

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula ke
dalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu ; mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja……    
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersama
mu……    
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……    

Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada……    
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada diri
mu……    
MENYAYANGIMU
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !    

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”




4 comments:

  1. Ya, benar, manusia tidak sempurna, ada kelebihan dan kelemahan,..guna kelebihan untuk menambahbaik kelemahan..

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu. Setiap ciptaan Tuhan ada kelebihan dan kelemahannya. Sentiasalah bermuasabah diri selalu.

    ReplyDelete
  3. apa2 pun yang ALLAH beri dan tentukan utk kita, redha lah...dan sentiasa bersyukur kepada-NYA..kalau ada apa2 lagi kekurangan dan kelemahan, berusaha utk baiki dan berdoa selalu kepada ALLAH...hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  4. yup betul betul *gaya upin Ipin* buat muasabah diri yang kadang terlupa bahawa semua ciptaan Tuhan itu sebenarnya indah.

    ReplyDelete