Sunday, December 27, 2015

Jom Balik kampung - Kenduri dan gotongroyong

Assalamualaikum,

  Seronoknya dapat cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul dan Krismas. Apa lagi agenda balik kampung lah yang seronok. Pada aku setelah ketiadaan orang tua ni agenda berkumpul semua adik beradik lah yang seronok. Kalau tidak dibuat macam ni ikatan ukhwah sesama kami hanya terjalin semasa balik kampung beraya seperti tahun-tahun sebelum ini. Jadi bila balik rumah kampung sedih tenguk keadaan sekeliling yang semak samun.

 Oleh kerana itu jika nampak cuti panjang cadangan akan dikemukan samada buat gotong royong atau sukaneka atau kenduri. Jadi pada kali ini akak yang sulong pulak buat kenduri aruah pada Hari Jumaat. Manakala agenda bergotong royong pula pada hari Sabtu. Tapi tahu ajelah bila cuti sekolah ni jemputan kahwin banyak dan juga agenda cuti masing-masing. Jadi bagi yang free sahaja yang boleh join. Apa pun alhamdulillah walaupun tidak semua tapi acara meriah lah juga.





Agenda 1 - Kenduri Aruah di Parit Sulong pada 25hb Disember 2015

 Kenduri ini dibuat di rumah akak aku yang tua di parit Sulong , Batu Pahat. Kita orang balik rumah Aruah mak dulu hari khamis. Kemas rumah dulu sebab dah lama tak balik. Malahan Mak menti pun dah menganas. Habis wayar aircond bilik Aruah mak di gigitnya. Lepas tu almari bilik depan pun digigit-gigitnya. Hish. Mak Menti ni lapor agaknya. Nak tangkap siang hari dia nyorok. Malam masa kita orang ramai dah sah le dia nyorok. Pandai tu Mak Menti menganas time orang tak ada. Encik Cak pulak banyak no buang taik dia di merata tingkap. Hish... lastik kang baru tau. Memberak je taunya.

 Pagi Jumaat, pagi-pagi dah buat sarapan, kononnya nak datang awal rumah Akak aku... huhuhu pukul 11 juga baru sampai sebab banyak persinggahannya. Yang adik aku Faizol pula kena hadiri reunion kawan sekolah dia jadi lambat sikit lah. Aku pula singgah rumah Maz ambil kek lapis masam-manis, sekali maz pergi Parit Bakar lah pula hantar roti yang kawan-kawan order. Kenalah tunggu. Tunggu punya tunggu tak nampak bayang Maz pun depan rumahnya. Sekali ada orang keluar. Tanyalah tuan rumah...rupanya aku salah rumah. hahaha Patutlah bila call Maz, dia kata dah sampai rumah tapi bila aku sampai tak nampak bayang dia pun. Nasib baik tuan rumah tu tau rumah Maz, dialah yang  tunjukanlah jalan.

  Kita orang tak masuk rumahnya hanya dapat jumpa sekejap jadilah kat luar. Ambil kek berbual sekejap terus ke Parit Sulong. Sampai rumah akak aku dah ramai yang membantu. Menantu dan anak saudara jiran tetangga sebelah dah ramai menolong. Meriah sungguh makanannya.
 

Akak aku yang kat melaka pulak buat tapai pulut. Macam tau-tau je abang ipar aku teringin nak makan. 


Tapai pulut yang sungguh menyelerakan. Ramai ni peminatnya.

Seronok kenduri ni bila semua bergotong royong menolong. 

Ni buah tangan buat orang yang hadir kenduri. Acara bermula selepas solat Jumaat. Dan dalam pukul 2 lebih hujan pulak turun. Walau pun hujan tapi yang hadir ramai juga. Sampaikan beg hijau ni habis. 

Tapi tang ni yang tak boleh tahan. Dalam pada sambil menolong, tangan masuk mulut. Sedap roti John ni. Lembut dan penuh dengan sos. Azie menantu akak aku yang no 2, order 3 bekas. 2 bekas habis kena makan semasa kat dapur . 1 bekas pula bawa ke depan pun selesai. Takde lebihan nak bawa balik. hehehe Ni kalau buat masa marhaban mesti lakukan. Kalau lah orang yang jual tu dekat Bakri huh memang time raya bila buat marhaban keluarkan ini dan air kotak je. Mesti beres makanannya.

Selesai je kenduri setelah tetamu semuanya dah makan dan dah balik, apa lagi yang kat dapur semua menyerbu ke depan. Senang makan ramai-ramai kat depan. Lagi pun lauk-pauk masih banyak lagi. Seronok makan ramai-ramai. 

Tiba-tiba anak buah aku keluarkan kek birthday. Rupanya 22hb hari tu birthday kak Jal. Ni kiranya pakatan anak dia lah julie dan hisham. 

Yang kelakor tu rupanya birthday abang Ipar aku juga. Nak juga tiup lilin. Kitaorang semua pakat gelakkan abang ipar sebab malu-malu pada mulanya. Ya lah dia kata dah tua-tua pun nak tiup lilin. Tapi anak buah punya pasal on jelah. hehehe


Seronok tu sambil makan sambil bercerita. Nanti ada je cerita lucu yang keluar. Selesai petang tu kita orang pun balik rumah mak di Bakri. Makanan yang ada  tapau bawak balik.


Agenda ke 2- Gotong royong.

  Hari Sabtu pula agenda bergotong royong. Kak nong terus je tidur di Bakri malam tu. Manakala Adik pula lepas singgah rumah Bakri balik Taman Duyung melaka, sebab sabtu dia kerja. Kak Limah pula oleh kerana semalamnya tidak dapat hadir, kali ini dia talipon Adik aku Faizol suruh jemput dia kat Tanjong Agas. Kak Nora  pula ikut Faizol sebab nak hantar benih pokok Jambul Bol dan Jambul Gelas pada kawannya. Aku pulak kena masak makanan tengahari. Kak Nong dan Kak Ambah dah sibuk kat luar membersihkan semak dan samun. Tang tung tang tung aku masak selesai hampir pukul 1 tengahari. Manakala Faizol dan Kak Nora dari pukul 10 pergi Tanjung Agas tak balik-balik lagi. Rupanya mereka beli apam balik kat bandor muor, sampai 2 jam menunggu sebab ramai sangat yang nak beli. Apam balik tu femes kat muor dari aku sekolah lagi sampai sekarang masih lagi orang tu berjualan. Masa tu adik aku Faizan pula yang balik. Semalam isteri dia Shida,  sakit chicken pox jadi tak sempatlah ke rumah Kak Ijah. Ni pun dia datang dengan kedua anak daranya. Shida tinggal kat rumah. Masih sakit lagi.

  Pukul 3 pula aku dan Kak Nora pergi jemputan, kawan Kak nora Kak Noraishah Md Tap tu senior aku jadi kami pergi bersama lah. Kak Nora bila dah jumpa geng sekolah huh habis lah. Depa semua sempat lagi tu tukar-tukar anak pokok. Alahaiiiiii. dalam majlis jemputan pun boleh. Adeh. Selesai jemputan, bila sampai rumah, Kak Ijah dan anak serta cucunya dah sampai. Anak Kak nong, Azli dan Yazed pun dah ada. Sebelum tu masa kita orang nak keluar,  Kak Jal dan Julie baru sampai lepas pergi jemputan. Tak lama kemudain Hisham pun balik. Wah ramai juga ni. Cuma anak Kak Limah je yang tak ada. 

Mula-mula bersihkan depan. Bersihkan sikit lepak sambil borak. hahahaha Masa ni panas berdenting. Pukul 3 petang.

                                                      Rumput-rumpai  yang menjalar

Ni tak tau apa cerita sampaikan Yazed gelak besor. Kita orang kalau dah berkumpul ada je agenda usik mengusik. Anak saudara semuanya nakal-nakal. 


Pergi ke belakang rumah pulak nampak Kak Ijah dan Kak Limah.  Ni bersihkan bawah pokok Jambu Bol dan Jambu Gelas. 

Banyak buah kelapa yang jatuh merimbun sampai tua melambak kat bawah,. Sayang kan. Semuanya kita orang bakor je. Kalau tak nanti dia jadi pokok. Kat belakang dah banyak pokok kelapa tumbuh sendiri. 

Teringat anis anak Kak nora demam, jadi suruh Faizol cari air kelapa. Habis setandan kepala muda. 

Apa pulak akak aku meeting ni. Meeting bawah pokok jambu gelas dan pokok Kuini.

Ni ambil dari kebun belakang menghala ke depan rumah. Tu semua tu tengah tolong ambil buah kelapa.


Tiba-tiba Kak jal jumpa cendawan besor dekat dengan busut.  

Kak Nora ni tak habis lagi dengan anak pokok Jambu Bol dan Jambu gelas. Oleh kerana kadang pokok jambu tu berbuah tanpa kita orang sedari, jadi bila buah tu melambak akhirnya jadi benih. Tu yang merimbun anak pokok jambu Bol, banyak kat bawah pokok Mak dia. hehehe  



Mana buah kelapa yang elok kita orang kutip. Ni selalunya sempat bersihkan sampai takat depan tu. Lepas tu yang belakang tu masih semak. Tinggal sedikit je lagi sebelum sampai sempadan kebun orang lain.  

Tak cukup lagi rupanya. Cuba pula tandan muda pokok kelapa ni. Ni buah dan air dia sedap.

Chewah julie memotong batang pisang ..memang le mudah je cantas. 

Yang putih tu bukannya kabus ya. Mana yang kering rumputnya,  kita orang bakor je tu adalah asap ya.

Tadi kat depan, sekarang kat belakang pulak. 

Tak sabar nak rasa air kelapa muda. Dah penat minum air kelapa muda .... sedap dan manis. Asli dari atas pokok. 

Kak ijah sedang demonstrasi bagaimana minum air kelapa untuk buat ubat. 

Teguk 

Sampai habis dengan sekali teguk dengan bacaan Bismillah dan selawat. Fuh habis ko satu biji kelapa. hehehe

Ni Faizan pula nak mencuba tapi tak leh lawan Kak ijah punya petua. Baru separuh minum dah berhenti.

                                                                              Julie pula nak rasa.

Semua kerumun nak rasa kelapa muda pula setelah minum air kelapa muda. Habis 1 tandan kena petik.


Sedap layan kelapa muda dalam kebun. 

Kelapa muda yang tak di makan, di kopek masuk dalam bekas. Letak air batu fuh sedap.

Kak Nong dan Kak jal... potong dahan kelapa yang dah tua. Dulu-dulu masa kita orang kecik-kecik, ni lah kerja yang kita orang kena buat. Bersihkan kebun, potong pokok atau gergaji dahan pokok getah buat kayu api. Kadang kena tolong menoreh getah. Aku ingat dulu tolong kutip getah yang dah beku dalam bekas. Tak pun kutip susu getah. Ada sekali tu tersandung dahan pokok, habis susu getah kena kat rambut. Jenuh nak membuangnya. Rasanya kena gunting rambut yang dah kena susu getah. Habis rambut jadi gonjeng. Yang tak tahan tu kena marah. Yalah kalau sebaldi susu getah tumpah, tu lah duit yang jatuh tau. Nasib baik aruah mak saudara aku bela aku kalau tak kena rotan le dengan aruah mak sebab dah jatuhkan susu getah. Bau getah zaman dahulu adalah bau duit bagi kita orang yang susah zaman dahulu.    

Pokok kelapa sawit yang Kak nong tebang tu tumbuh sendiri. Mungkin dari benih buah pokok kebun sebelah. Duri dia tajam. Kalau kena bisa tau.

Disebabkan jalan kebun yang tak elok, Kak Ijah dan Kak Limah kena pakai tongkat. Nasib baik musim panas, dan daun kering jadi tak banyak nyamuk yang berkerumun. Ikutkan dah musim hujan tapi rumput kat kebun kering dan garing tu yang sedap bila di bakar. 

Entah dari mana lah Kak Jal dapat upih pokok Pinang. Di heretnya bawa keluar.

Upih Pokok pinang ni boleh buat main tau. Tarik daunnya dan yang putih tu kita duduk atasnya. Pernah main tak? Ni permainan budak zaman dolu-dolu. Keliling rumah lah diheretnya. Yang duduk tu seronok le. Yang mengheret tu seksa. Selain daripada tu macam-macam upih tu boleh digunakan. 

Chehh gaya  Azli menebang pokok pinang. Hiap.

Akhirnya tumbang pokok pinang. 

Dah nampak bersih kan walaupun tak semuanya dapat di bersihkan. Sekurangnya tak semak lagi jadi cik melingkor takdelah nak datang. 

Nampak pulak buah asam epal banyak. Tapi sebab tinggi. Apa lagi rock le dahan bior jatuh buahnya. Tak tahan sebab banyak kerengga. Boleh buat jeruk.

Ni Yazed dan Kak nong tenguk siapa pula?

Rupanya Kak Nora sedang berwhatsapp dalam kebun. Lorrrr sempat lagi tu update status dengan cik abang  yang dah balik awal sebab ada kerja. 


Ok dah selesai.Dah petang.  Jom balik. Ni entah bila lah dapat buat gotong royong lagi. Kalau boleh buat selalu, rasanya boleh bersih kebun tu tapi masing-masing ada komitment lain jadi ada takde pun bila nampak ada cuti panjang, cadangan gotong royong di usulkan. Lagi pun masing-masing duduk jauh. Sesekali je boleh menjengah. 

Berakhir agenda gotong-royong. Hari Ahad orang KL semuanya balik awal takut jalan jem. Insha Allah raya cina tahun 2016 nak berkumpul lagi .


Update terkini:- Oleh kerana ada orang tak tahu macamana buah jambu Bol. Aku tepek gambo dia ya.Kidnap dari Encik Google.

13 comments:

  1. Luas juga kawasan rumah mak notie...berkumpul semua adik beradik membersihkannya tentu seronok...rumah kampung ni mesti dijenguk selalu dijaga kalau dibiarkan mudah dirosakan pelbagai anasirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kebun belakang tu sebenarnya dulu kebun getah. Bila tanam semula setelah pokok getah di tebang, pokok getah yang baru di sulam mati bila kena banjir. Jadi akhirnya kebun getah dah tak ada aruah mak tanam pokok kepala dan pokok pisang. Pokok kelapa pula ada yang tumbuh sendiri. Jadi tu yang bersimpang siur sebab tumbuh sendiri. Tu lah kadang risau juga Mak menti tu banyak.

      Delete
  2. Seronok ye bila dapat kumpul sama2 dan makan sama2.. memang tak ingat penat bila dah reramai tu.. sedap sungguh degan tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan... Air degan fresh dari pokok kaedahnya. Bila ramai memang seronok.

      Delete
  3. Best kannnn... sekali sekala... Balik kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS.. memang best balik kampung bila dapat berkumpul ramai-ramai. Balik kampung tak ramai tak best le

      Delete
  4. Tapai pulut tu... Adussss... Kecuhhh air liur nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha letak aiskrim atas dia fuh memang sodap hingga mengalir air liur. hehehe

      Delete
  5. Assalam. Seronok bila kumpul ramai2. Jambu bol tu apa? First time dengar. Bagila benih sikit. Boleh tanam belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Encik Othman selamat datang. Tak pernah dengar jambu bol. Cuba google lagi kecur tenguk gambar buahnya yangkemerahan. Jom lah datang rumah aruah mak saya kat Muor. Banyak tu benik dia melacak kat bawah pokok ibunya.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. seronok berkumpul ramai2 mcm ni..adik-beradik, anak2 saudara semuanya sporting2 belaka..

    dah lama tak tengok upih pinang..huhu...ooo..ada caranya minum air kelapa muda utk berubat..ingatkan dlm gelas...hihi..

    ReplyDelete
  8. Nohas...adikberadik ramai. Anak buah pun ramai. cucu saudara pun ramai. Bila dah berkumpul memang haru semuanya. Alhamdulillah semuga ikatan silaturahim kami berkekalan hendaknya. Upih pinang tu mainan zaman dulu. Air kelapa muda dapat yang manis dan isi yang lembut huh memang habis satu tandan di kerjakan. hehe

    ReplyDelete