Asalamualaikum,
Hari Ahad yang lepas kita orang plan berjumpa dengan beberapa staff lama yang dah keluar. Ada wasshap group jadi tertubuhlah Ex opismate opis lama dengan exboss lama. Sekarang opis dah tukar nama dan boss pun dan berganti tapi mesti tak sama dengan yang lama kan. Jadi kononnya nak buat reunion opis mate lama gitu. Tapi bila cuti sekolah ni daripada ramai tiba-tiba last minit sorang sorang kata tidak dapat hadir. Exboss pulak pi jenjalan ke Indon. Oleh kerana dah set tarikh kita orang proceed je seperti ikut jadual.
Jadi pagi tu, berpiknik lah kita orang depan PICC. Banyak gazebo kat situ siap ada tempat permainan lagi. Yang hadir akhirnya cuma 4 orang daripada 9 orang yang akan hadir. Apa pun piknik tetap piknik.
Hah makanan macam-macam ada. Mahadhir bawa mee siput, June pula bawa mee goreng dengan rendang ayam serta nasi lagi. Kak kay yang baru balik dari Outstation dari serawak bawa kek lapis serawak. Aku cuma beli roti canai dan kuih. Mula-mula nak goreng mee tapi bila june kata dia bawa mee goreng. Huh nak cepat beli aje lah kuih dan roti canai.
Masa sampai di Putrajaya tu dalam pukul 10 pagi. Rupanya ada aktiviti berbasikal berkeluarga. Ramai juga yang ambil bahagian.
Dari tempat kita orang lepak nampak tu tempat permainan budak-budak. Anak mahadhir puas main kat situ. Bila dah haus datang kat mak dia nak minum.
Ni je yang hadir.
Berhampiran dengan PICC.
Kawasan persekitaran.
Setelah selesai makan-makan dan bersembang, dalam pukul 11 kita orang pun bersurai.
Hanya 4 orang sahaja. Yang baju oren dan budak kecik tu isteri mahadhir dan anaknya. Posing sebelum balik.
Kemas-kemas selepas tu jom balik. Perut dah kenyang.
Nun di sana ada tempat parking dan juga ada tempat makan juga. Tapi aku tak pernah masuk.
Dari tempat parking.
Dari lampu traffik tu nampak tu gazebo yang kita orang duduk tadi.
Suasana pagi yang mendamaikan.
Dari PICC menghala ke Putrajaya.
Keindahan reka bentuk jambatan di Putrajaya.
Selesai piknik di putrajaya. Balik semula ke Ampang, perut dah kenyang, mata pulak yang dah nak lelap. hehehehe.
Selamat menyambut Maulidur Rasul dan cuti Krismas. 4 hari cuti jom balik kampung. Semuga selamat perjalanan kalian semua. Aamin.
seronoknya berkelah di tempat yg bersih n suasananya nyaman n tenang...selamat bercuti balik kampung notie...salam maulidur rasul.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. putrajaya bila time tak kerja memang tenang kalau time kerja fuh banyak kenderaan tu. SalamMaulidur rasul buat PI
DeleteSyoknyeeeee... Tak ajak Jay Emm sekali? He He He...
ReplyDeleteMemang syiokkkk. Nak ajak macamana dia punya camping lagi best
Deletesalam maulidur rasul....JM dah lari ke Siam.. hehehe
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul.... ya betul. JM punya panorama lagi best dengan bunga matahari lagi.
DeleteSelamat bercuti panjang notie...
ReplyDeleteSelamat bercuti bunda... dah naik kerja ni em malasnya nak kerja setelah cuti panjang... hehehe
Deleteberempat pun jadik..yg penting bersua muka..Putrajaya ni tenang je kan..
ReplyDeleteSebab dah set date malas lah nak cancel. Kalau bukan time bekerja banyak tempat yang aman dan damai je. Masih banyak lagi yang akak lum terokai lagi hehehehe.
Delete